Thursday, March 6, 2014

Hidup Untuk Makan~Episod 4

Ehem..ohoii..
dah lama tak cite pasal makan..
Memang aku sengaje buat diri sendiri lapar..kau pon lapar..kruk kruk kruk..
Sejak akhir2 ni aku  tak sempat nak menulis pasal aku bizi..
Yela kebizian aku sudah menyamai kebizian Kak Mah aka Rosmah Mansor..
Malam ni kepala hotak aku yg tak berjambul ni nk post pasal makan mmg tak leh nak sekat2 la..
Ikut perangai mmg tebiat nk amik gambo makanan sokmo pastu post kat instagram la, wechat la, fb la..
Walaupon ade org kate itu mental tapi bg aku..suka hati aku dan diorg la post gamba makanan sampai terliur org lain tgk..tak salah laa..
Kite just amik konsep Sharing asalkan jgn sampai menimbulkan riak dan jugak fitnah..ye adik2..
Kdg2 gamba makanan ni adelah satu bentuk kesenian jugaks..

Tapi post ni aku nk bebel pasal tempat makan je dulu..dishes yg aku masak nnti post yg akan datang la..
Sila mula..

@Restoran Gulai Panas
Sebelum antor adik aku ke tempat belajo dia kat Bandar Baru Bangi, dia ajak aku pi mkn sini..
nama kedai ala2 mskn kampung waktu lunch tp time malam sume ade, goreng2, western dan sup2..

Boleh tahan Nasi goreng dia RM8 ade mcm2..udang celup tepung 2,3 ekor, sosej, telur dadar sikit, dan daging msk merah..Ok la

Tapi beger bakar ni la aku tak leh lupa..daging dia sgt juicy gitu walaupon yg lain2 bese aje dari segi saiz..RM5++
Tengokla cheese meleleh dia..hmmm sedapnyer rase nk pegi lg..


Tahun lepas aku pergi outstation kat @Teluk Kemang, PD..Pastu boss makan kat sini..ya ampun sgt la puas hati dan sedapnye rase ikan siakap 3 rase ni..restoren ni betul2 tepi jalan besor tapi aku tak ingt nama restoren tu..macam takdek motif plak aku citer ni tp tengok jela gambo dibawah..



Lepas meeting habes kat Bangsar South dgn TnG, kami pon makan kat sini-- @Balifeel
memang tak feel Bali pon..campur2 makanan nyer..Ok la rasenye bg aku yg lapar tahap gaban mengamuk lepas meeting berjam2..tak ingat harga tp mungkin RM15++


Kat @pekan Sungai Besi mmg banyak org jual makanan..mcm syurga makanan plak..gerai2 tepi jalan tu mmg harga standart dari pagi sampai la malam..Ayam panggang/ itik panggang ni sebenarnya sedap jgk kuah sambalnyer..
Tapi sekali ni je kami pergi sini sejak harga minyak naik, nak bwk keta time lunch tu mmg malas..


 @Bandar Baru Sentul, berhampiran dengan LRT Sentul Timur..
Kat sini byk kedai makan goreng2 malam2..tengok 3 gamba dibawah..cantik plak dekorasi pinggannyer..
harga stendet..tak lama tunggu..
Nasi Goreng ayam

Chicken Chop

Nasi putih dan ayam goreng kunyit

 Baru2 ni aku belanje adik aku sorang ni  kat @Restoran Sari Ratu kat depan Pertama kompleks tepi Sogo..Dia tak pernah makan kat sini pasal takut nk masuk kedai ni..takut mahal lajokk..
Restoran ni berkonsepkan masakan Padang/Indonesia gitu..
Tapi dulu boss pernah belanje mkn ikan nila goreng ni RM20 seekor..
Sedap mkn dgn nasi putih cicah sambal kicap dia..
Mahal kan..hehehe
Last2 separuh je kami dpt habeskan dan separuh lg diberi pd org lain..


@Ana Ikan Bakar Petai,Bandar Baru Bangi
Ana Ikan Bakar Petai ade cawangan kat BBB..bukan kat Tanjung Lumpur aje ia popular..kat sini pon penuh orang..Kalu nk makan sefamili..lebih baik call dulu booking meja dan makanan..cepat jugak sampai..
Puas hati dan harga berpatutan..stendert harge..
 


@Murni, Bukit Jalil
Selain portion makanan nyer yg besar, setiap kali pergi Murni mesti nk kena order Nan Cheesenyer..
Tapi apesal rupa telur mcm tu je..gune telur gred dan cap ape tak tau..takpela asal kenyang..


 @Kek Cheese Meleleh kat Shah alam yg aku tak tau kat mane pasal ni pon kirim dgn opismate..
 Satu bekas RM20..aku beli 2..bile wat balik kampung tak sampai 10 minit licin..
Tapi kalu mkn2 byk2 cepat muak yela cheese byk..
Sedapnyerrr..bile mkn sejuk2..rase mcm eskem yg tgh2 tu..

First time uolls i makan beger bakar..ni citer tahun lepas nyer..beger bakar kat atas yg kat Kajang tu second time minggu lepas baru makan..
Ni @Beger Bakar Kaw Kaw ok kat Wangsa Maju..bager bakar Abg terbako aka Abg Burn aku tak rase lagi.
Beger dibawah RM9++ sekali air minuman..pakej lettew..tak lama tunggu
Sedap wehh..kenyang bangat..nasib baik aku amik beef yg bukan double punyer...

hmmm..itu je la..I nak close post ni..
Bukan senang nk tulis sekarang ni..idea dan mase yg terhad sejak akhir2 ini..
Minta maap la kalu buat anda lapar selepas habes bace post ni sbb aku pon tgh lapar ni..Baik aku tido cepat2..
K bai..

Friday, February 14, 2014

February dihati

Assalamualaikum..

Dah 3 bulan tak menulis dan membebel dihati..
Hari ni dah masuk bulan Feb'14, aku rase aku dah nyanyuk laa..
Baru 3 bulan tak updates terus aku buat perkara yg tak sepatutnya..
Aku 'terrrr''delete post Bukit Fraser tu (Post Nov'13)..
Nak marah sgt diri sendiri..
Apesal dgn aku ni..
Ingat senang ke nak tulis post tu..
dah ler idea tu dtg sekali jer..
Mane ade 'deleted item' or 'recycle bin' nak restore semula..
Nak marah sgt ni..apesal dgn aku ni..please slap yourself dan menghantukkan kepalamu di dinding..
Hmmm....
benda nak jadi nak wat camner..tapi 5 tahun blog ni kamu tak pernah pon delete karya kamu yg sudah publish..
Terase betul kehilangan.. :-((

2014
Bismillahirahmanirrahim
Tahun ini aku nak teruskan harapan, usaha, doa, dan perkara2 yg diimpikan..
Dengan rezeki baru dan pengalaman baru..
Aku sentiasa bersyukur..
Harus diingat, rezeki setiap insan adalah berbeza-beza..
Jangan bandingkan rezekimu dgn orang lain dan jangan bandingkan dirimu dgn orang lain..
Kerana rezeki yg ada itulah diberikan pada keluarga dan org lain..juga utk membayar hutang dan keperluan hidup.
Dengan rezeki yg sedikit inilah aku akan cuba menyimpan utk beberapa perkara.
Perkara yg baik bukankah akan dipermudahkan?

Tahun ini mungkin tahun yg akan menguji kesabaranku yg sudah terhakis tetapi aku akan pastikan ia tidak menipis..
Sebagai perempuan yg berkarier, kamu harus mendalami apa itu ertinya 'perempuan' dalam meneruskan kehidupan dan bekerja.
Berhadapan dengan insan-insan yg 'hati tidak cerah', itu adalah lumrah hidup..
Semalam mereka melukai hatimu, harini mereka sudah lupa apa yg telah mereka buat..
Dirimu jadi susah utk melupakannya..Senangnya hidup mereka..tak rasa apa2
Kesedihan hatimu adalah kemenangan sabarmu..
Benar, ia perlu masa...

"Let's Bygones be bygones"

Wednesday, May 1, 2013

Hidup Untuk Makan~Episod 3

Pertama kali pergi ke Ikea untuk makan meatball..
Ramai bebenor orang kat sane..
Pergi mase cuti raye cine kat area Bandar Utama, Damansara
Aku ditugaskan oleh 2 org adik aku utk mencari tempat duduk
diorg pi pesan makanan..
Hmm..adalah 4,5 kali aku tawaf pusing2 cari tempat duduk
after 2 hours baru dapat makan ni ok..
Memang aku akan berfikir 2 kali nak ke sini lagi semata2 mkn meatball
Ayam kepak tu memang sedap


Kat Secret Recipe, aku tak leh order makanan lain selain Spagheti meatball ni
other dishes memang tak masuk dgn selera aku.
Padahal sebenarnya aku suka bebenor dgn meatball
Kat dalam peti ais umah mesti ade stok meatball cap Azmy


Baru-baru, opismate bermurah hati bagi sebotol Taucu
Beli kat Temerloh gitu..
Aku pernah rase arwah mak masak ikan cencaru masak taucu
Sampai sekarang aku masih teringat kesedapan masakan itu
Pertama kali buat..
Rasanya masam2 masin gitu
Cubalah..tumis bawang putih dan merah
Tumis sekali lada kecil, masuk taucu , sikit asam jawa dan kicap.
Sebelum tu, ikan cencaru tu gorenglah dulu yer
Selain ikan, taucu boleh juga dimasak dengan ayam dan daging
Ikut selera masing2 lah..

Balik dari Cameron, ada banyak Jagung
Aku tak tau nak buat apa dgn Jagung ni
Malas nak rebus
Jadi aku merajinkan diri untuk buat Bubur Jagung
Pergi kedai cari susu cair, daun pandan, biji sagu, dan sayangnya santan takdek
Mula2 masukkan Jagung yg telah diparut,
Masukkan susu cair, daun pandan, gula dan sedikit garam..
Pertama kali buat ni tak berapa jadi pasal..
tak pandai bajet biji sagu ni betul2 masak pastu..
masuk pulak susu cair only..
Lama2 bukan jadi bubur..dah nampak mcm puding daa..
Memang fail.
Dahlah aku tak kenal biji sagu ni mcmane, gi kedai tanya org je..
Pastu berani pulak masukkan ke dalam bubur
Tapi tak pe, belajo masak kan..
Bubur mmg sedap kalu makan sejuk2
Tapi bubur jagung di bawah tak sempat masuk peti pon..
Pasal tak menjadi..hikhik
Tapi aku sempat la makan semangkuk..Sedap, tapi aku tak tergamak bagi orang lain makan..
Pokoknya kena masak pakai santan cair, sedikit susu cair dan lebihkan air..

Seriously aku tak penah masak ikan merah yg besar begini
Dah opismate bermurah hati bagi ikan besor gini adalah 2,3 hari terperuk dalam peti ais tak tau nak masak ape..
Aku pon google, ikan merah seswai masak ape yer..
Silap masak jenis ikan ni boleh mendatangkan ketidaksedapan tau.
So, masak gulai/kari yang sesuai..
Aku takdek masalah  nak masak kari ni
Dah memang feveret aku masak gulai2 or kari bila duk kat umah
Asal lapo je nak msk gulai ayam lah, gulai daging lah
Manelah tak gemuk gedebab..
Tapi ikan merah memang sedap sgt wat masak kari.
Buat simple sudah, gulai anak dara mcm ni je la..

Abes daaa..

Monday, February 4, 2013

Hidup Untuk Makan~Episod 2

Topik kita harini adalah masak yer tuan tuan puan puan
Ade yg tak pandai masak, malas masak, rajin masak, suka masak..
Anda kategori mana?
Lantak korang la..yg penting..
Rajin masak lebih baik dari pandai masak..
Saye pon belajar dari org lain dan juga Puan Gugel
dan juga Website yg best ini--> http://www.trymasak.my/

Anda mahu merasai Mee Kari pada tahap maksimum? Silalah masak sendiri..
Cara-caranya adalah..
Sila gugel sendiri..
Bila mee habes, kuah nya boleh dimakan bersama roti..
Roti nak expired pon boleh asalkan tak berkulat lagi.. 
Sakit perut anda tanggung sendiri nanti..

Tiada kesilapan bila saya masak Mee Kari Daging dibawah..
Cuma Mee sebungkus tak cukup utk 2 org makan..OMG


Seminggu Kemudian, saya mahu makan Kari Daging dengan Nasi putih panas2
dengan kicap + sambal belacan...
Anda terliur? Sila kawal yer..
Tiada Kesilapan juga memasak menu dibawah
Pastikan daging empuk, masak kari/gulai daging memang kena lama sikit
Yg penting, masa nak tumis tu..tumis betul2 biar naik bau, garing dan naik minyak
Jangan naik angin sudah..
Ape yg nak kena tumis?bahan2 tumis dan Kari itu sendiri ok..
Nasi licin dan kari masih berbaki dalam periuk? 
Jangan risau, anda boleh buat Lempeng dan juga makan bersama Roti Kosong.
Nak buat Lempeng sgtlah senang..Tepung Gandum dan telur shj.

Nak menghirup Tomyam ala2 Mango Chill dengan sepuasnya?
Membuat tomyam jenis ini mmg tidak guna perencah ok
Rahsianya letak santan dan susu cair
Pertama kali buat mmg tak jadi
Menjadi sebanyak 60%
Tengok gamba pon dah tahu kan..
Jangan risau, kita boleh improve lagi
Kesilapan memasak menu ini adalah ketiadaan Lengkuas mungkin
Saya masih memikirkan apa kekurangan dlm menu ini hari itu (Cewahh)
Adakah cara masak yg salah?
Kalu dah lapar, bedal je lah labuu..

Haa..teka apa menu dibawah..
Pandai..Telur Bungkus
Kesedapan telur bungkus adalah bergantung pada isi didalamnya
Tumis bwg putih dan merah--cili kisar-- daging kisar--sos..
Lepas tu masaklah ikut citarasa sendiri
Yang penting masa nak bungkus tu biar jadi..
Macam dibawah sy pakai 3 bijik telur
Lepas tu sy hamparkan telur tu dalam kuali selebar2nya..(ayat tak betul ni..)
Letak daging kisar pastu bungkus..
Kesilapan memasak ini adalah pilihan daging kisar itu sendiri..
Daging kisar ayam/lembu Ayamas lebih sedap berbanding Ramlu (Nama produk dirahsiakan)
Kenapa silap?nampak gambar mcm cantekk je..
Sebab tak laju diorang makan menu ni (anak2 sedara dan adik2ku) hikhik

Sy mengalami bengkak gusi dan demam..
Jadi sy mahu makan Nasi air/bubur shj
Pertama kali buat..
tumbuk halia dan bwg putih
Basuh beras dan masukkan halia dan bwg putih tadi kedalam beras
Letak air lebih..letak 1cawan santan dan sikit garam
Letaklah isi ayam/daging
Tapi kalu daging tu kena rebus dulu kasi empuk kat periuk lain
Pasal kalu bergantung pada RiceCooker mmg tak empuk kot..
Mcmana nak sukat air?
Sukahatilah tapi buat menu ini memerlukan pengalaman pertama..
Kesilapan memasak menu ini adalah sukatan air
Gambar dibawah selepas sy tambah air berkali2
Lebih cantik jika ade bawang goreng dan daun sup
Kicap tu tumbuk lah dengan lada kecik sikit
Baru marberless..

Ikan Bakar..
Ikan Cencaru sangatlah sedap dibakar dan dicicah dengan kicap
Kicap tambah asam limau nipis dan juga lada kecik..
Cukup makan nasi putih shj
Ikan Pari pula sangatlah sedap dicicah dengan air asam..
Sedikit belancan + lada kecik +Asam Limau nipis+garam+sedikit air 


Nasi Lemak..
Cian tak masuk gamba..
kekuatiran memasak nasik lomak adalah takut ia mentah dan lembik
Ikut cara org tua2..sukat beras dan air guna jari pon boleyy
Simple sj..letak daun pandan, kulit kayu manis, santan cair, halia dan sedikit garam
Mungkin untuk mengelak kekuatiran ini berlaku adalah dengan membaca Bismillah dan juga masak dengan penuh Kasih Sayang..
Sambal pula kena banyak pakai bawang besar kisar dan tumis dengan minyak byk dan sampai naik minyak..
Boleh latak Kulit kayu manis dan juga Gula Melaka
Ada sesetengah org letak belacan dan asam jawa..
Saya masih memikirkan rahsia sambal ikan bilis nasik lemak akak yg jual nasik lemak depan sekolah rendah tepi simpang tu..

Eh..dah abes daa..
Babai..

Jika anda masih tidak berpuas hati lagi dengan artikel ini sila ke-->

Hidup Untuk Makan~Episod 1
Nasi Dagang
Spagheti

Sunday, July 15, 2012

Hidup untuk Makan-Nasi Dagang

Minggu lepas balik kampung..
sampai je rumah mesti selera makan bertambah-tambah
yelah duk kat KL ni..asyik makan dan masak sorang2
makan benda yg sama plak tu hari2..
Nak masak sedap2 pon tak semangat.. :-)

Pagi ahad itu, aku dan kakak buat Nasi dagang same2
Pasal aku tak belajar dari arwah mak..kakak sulong aku ni tahu buat nasi dagang..
cuma Gulai Ikan Aye kakak aku ni tetap tak sama dgn yg arwah mak buat..
Ikan Aye adalah ikan feveretku..mmm (meleleh air liur terbayangkannyer)
Ni kali ketiga aku tlg dia buat tp still xleh ingat step..
Memang tak mahir lg lah Nasi Dagang ni..confident aku nak buat Nasi Dagang baru 60%.
Gulai tu tahu lah, yg lecehnya Penyediaan Nasi tu sendiri..

lepas kukus 3put beras biase+1put beras pulut-angkat dan gaul dgn santan cair+buh halba+hiris bwg merah+halia

Kukus kali ke2-barulah nasi masak sempurna

Kalau kuah gulai lagi pekat+acar timun=sedapnyerrrr

inilah hasilnyer-Selamat mencuba!Da

Tuesday, May 22, 2012

Hidup untuk Makan~Episod 1

1 Rejab 1433

Hari ini puasa ganti dan puasa sunat bulan Rejab.
Waktu lunch skrg ni tp tak kuar jadi tahap kelaparan menjadi2 waktu ni..hehe
So, utk menenangkan perut yg kelaparan..mari kita cuci mata tengok gamba2 makanan yg dimasak sendiri..hikhik

Mee Goreng~dapnyer, perah asam limau sikit..marbeles..ni baru siap masak sbb tu nampak mcm basah sikit..
Nasi Kerabu~Dah lama tak buat nasik kerabu..atas permintaan adik2 je baru buat ni..mujurlah sempat belajo dari arwah mak especially Kerabunyer, Kuah tumis, salak lada..cume ayam  tu wat style nasik ayam gugel sendiri..

Ayam masak lemak cili padi~time masak kat rumah sewa dulu..aku dan Sah mmg suke sgt lauk ni..
Sambal Belacan tumbuk sendiri tu yg menambah selera kami utk makan dengan lahapnyer..aumm..
Sardin Roll lagi..hmm mmg boleh gemuk dgn serta merta ni..
 
Gulai Ayam~anda pasti tidak dpt menolak lauk ini diwaktu tengahari dgn nasik panas, Kacang Buncis Goreng dan Sambal Belacan tumbuk sendiri..Selepas mentekedaghah, gerenti otak dan mata anda secara automatik akan hang dan tertido dgn lenanya bak ular sawa kekenyangan..
Sotong celup tepung~ Satu hari terase nk mkn sotong ni, maka gugel la cmner nak buat ni..dgn menggunakan tepung jagung..ni kali kedua aku buat ni tapi hasilnya tak berapa nak jadi jgk la..Boleh try lagi kali ketiga..
 
Karipap ~ Omg..aku suke buat karipap dlu..arwah mak suke tgk aku buat karipap..aku buat, dia goreng..intinya dia jugak yg ajor..Memang sedap kalu wat minum petang dan brekpes..
Sayur Paprik + Ikan msk asam pedas (gambo blur)..aku sedang terliur tika menaip post ini..tgklah sambal belacan blender tak sesedap tumbuk sendiri...
Ayam masak Lemak cili padi~ sekali lagi bersama sambal durian yg ditumbuk oleh Nor..
Nasi Ayam Hafsah Ghani + Kuih gulung Izaty Hanafi = Aku tukang makan jer..sedapp!

Laksa Penang Hartini aka Saya Disini~Aku tak dapat menolak utk tidak post gambo ni..Aku tak pernah wat ni..Sedap!



Sunday, December 4, 2011

Siti Fairus dalam Kenangan


Wargghh..lama tak update ni..sian blog ini..tuan punye blog asyik menyibukkan diri dgn benda lain..last post is about Antara Sahabat dan Kawan. Mmg banyak perkara nak diceritakan tapi asal nak mengarang jer, aku pi bukak games The Sims Social, asal nak mengarang je, aku pi layan citer korea. Ape pon tak boleyy :-P
Baik lah sebelum Nov2011 pergi aku ingin bercerita tentang sahabatku ini, kisah ini berlaku sekitar bulan Oktober 2011:-

Arwah - tudung putih
Jun 2011


Last wishes..
Sekitar majlis perkahwinan Mira ~ http://niqstories.blogspot.com/2011/07/b-ulan-jun-xdek-post-lg-rupenyer.html, Yus datang juga tp kedatangannya agak lewat. Aku agak keletihan lewat ptg itu yg menyebabkan aku kurang berborak dgn yus. Aku lihat yus dari satu sudut.. sehinggalah kami menghantarnya pulang ke rumah, dalam kereta Fizah, aku duduk didepan, Yus dan Aini duduk di belakang, ketika salam terakhir dgnnya, aku menggenggam erat tgnnya kerana dalam hatiku, susah utk kami semua berjumpa lg selepas ini. Sebelum kereta beredar,kami dan Yus saling melambai2 tp pd mase tu aku melihat pandangan sayu Yus..aku juga sgt sayu.. kalaulah aku tahu ini adalah pertemuan terakhir aku dan Yus...hmm

Jumaat-07Oktober

Minggu ini aku dapat berita tentang keadaan Yus-Dimasukkan ke ICU dan kritikal. aku sebenarnya tak sedap hati bila dengar perkataan kritikal, lagi2 bila doktor dah suruh keluarga berkumpul..hmm yelah sbb aku dah ade pengalaman lalu.. tapi kesibukan kerja menyebabkan kerisauan hati dpt ditampung..minggu itu aku plan nak gi Kelantan lawat Yus naik bas express, tp mungkin dah takdir, masalah kerja menghalangnya..mase tu aku pikir mungkin Tuhan nak aku pegi minggu depan agaknye..adelah tu hikmahnyer-pujuk hatiku yg serba salah ni..

Jumaat-14Oktober
Tiba2 Mira call aku pada minggu ni bgtau dia mau balik Kelantan, Mira ajak aku balik sekali dgn dia. Dengan ini, aku kena berhempas pulas memastikan masalah kerja minggu lepas tidak berulang demi tidak menghampakan Fizah dan kawan2 yg menunggu kedatangan kami..dan hasrat besarku adalah utk membisikkan sesuatu di telinga Yus, membacakan surah yasin utknye krn dia dalam keadaan  spt koma. Yus ni kawan sejak kecik lg dgn Mira, smpailah belaja kat Poli. Kehilangannya lagilah dirasai oleh Mira. Berbalik pd saat genting aku mahu pergi ke Kelantan bersama Mira, hmm aku mmg fedup dah mase tu dgn kerja wep ade error-pending..kenapalah time aku nak pegi jauh ni ade jer masalah. Teringat plak aku mase nak pi Pulau Perhentian awal pg tu..haa yg tu lagilah malam kritikal besar punyer bagiku sebenarnyer..sakit hati raser.. ~ http://niqstories.blogspot.com/2011/07/panggilan-pulau-perhentian.html
Mira nak bertolak malam, berkali2 dia msej mitak confirmation tp aku xleh bg confirmation about time..yg confirmnyer aku mesti pergi Kelantan malam tu jgk! seharian aku mengejar masa utk siap wep dari pagi lg tp tiba pkul 6 ptg masih belum settle.. hampir pkul 8mlm aku masih di TPM dan akhirnya pkul 8.30 aku keluar TPM dgn perasaan bercampur baur... Sebenarnya aku sgt penat..badan dan otakku yg tak berjambul ni sgtlah letih.. sehinggakan bila smpai umah, aku rase tak sedap hati, aku rase mcm takut2 accident mase pejalanan ke Kelantan..rase nak cancel jer mlm tu gi Kelantan tapiii..mase packing baju dlm beg, tetibe jantung bergerak laju, mmg xsedap hati smpai Sah dan adikku Nor nampak perubahanku..
Tapi aku gagahkan juga pegi..aku pi rumah Mira di Sungai Besi dan parking kete kat sane, dan kami berdua bertolak dgn Myvi Mira dlm pkul 10 mlm. Maaflah Mira, hala pegi ni aku xleh tukar2 driver dgn mu sbb aku letih dan ngantuk sgt..minta izin tido sejam spnjg perjalanan tu pon dh ckup bg aku..
Sampai Kelantan 5pagi, kami disambut oleh keluarga mertua Mira yg sgt baik hati..lepas subuh, aku tido barang sejam dua.
Pemandangan rumah mertua Mira bila ku buka jendela bilik yg aku tumpang..hehe

Sabtu-15 Oktober
Pagi tu dlm pukul 9 pagi, aku sedang bersiap2 utk ke Hospital Kota Bharu bersame Mira dan hasbennyer..tp dlm masa itu jugak aku terima panggilan kematian Yus dari Fizah.. Aku terpana..
Kami putuskan utk terus ke rumah arwah krn jenazah sudah berada disana. Aku tak bwk baju kurung pon..sedih jgk pegi sana dgn seluar dan baju kemeja. tp mana lah nak tau benda ni nak jadi..
Antara 8 sahabat, yg dapat melihat wajah terakhir arwah adalah aku, Mira, Fizah, Norji, dan Aini. yang lain2 tak dapat pergi.
Sepanjang perjalanan ke rumah Yus, fikiranku kosong..tapi bila smpai je umah arwah, dan bila tengok je muka Fizah dan Aini.. tetibe je jadi sebak..


Naik rumah arwah, aku lihat jenazah nyer terkujur kaku. lantas aku mengambil wudhuk utk membaca yasin.. Aku tak tau, kenapa hatiku sgt terluka, sedih dan berjujuran lebat airmataku jatuh bila mulakan kalimah bismillah dan seterusnya.. yelah aku sgt berterimakasih pada Allah swt kerana dpt jugak aku bacakan yasin utk arwah seterusnya membuka kain kafan melihat wajahnya yg sudah biru, kelopak matanya tertutup rapat dan nampak wajahnye sgt menderita...
Arwah yus, semoga rohmu berada bersama org2 beriman, aku akan sentiasa doakan keampunanmu. Sebenarnya kamu lebih bahagia disana. Amin.

Siti fairus telah pergi pada 15/10/2011-9.30 pagi. Dia sudah tiada lagi didunia ini, dia mungkin tak  sempat membalas jasa ibubapanya, tidak sempat menikmati alam perkahwinan dan kehidupan didunia yg sementara ini. Dia jugalah sahabat pertama yg menjadikan 9 sahabat menjadi 8. Tak mengapa yus, kamu sudah lama menderita, kamu pasti lebih bahagia disana. Yus seorang yang baik hati, tiada perselisihan antara kami,dia seorang yg pendiam, bukan pemarah,susun katanya penuh sopan dan halus serta lemah lembut. Dia tergolong dalam golongan gadis yang baik hati.
Jadi Nik Anisah, mengapa kamu mengenangkan persahabatan ini, penting sangatkah mereka ini..
jawapannya adalah..NILAI PERSAHABATAN kami sgt tinggi..kenangan antara kami yg dulunya tinggal bersama satu rumah sgt indah, belajar bersama satu kelas, kemana sahaja kami 9 org tak pernah berenggang waima ke tandas pon kami bersembilan..sehinggakan ada yg cemburu melihat persefahaman antara kami.. persahabatan seperti ini sukar ku cari ganti selepas berpisah dgn kamu semua dan membawa haluan masing2 selepas itu..
Jadi mengapa dia ditakdirkan sakit begitu, apa salah dia, dia kata mungkin ini adalah dugaan hidup bagi dirinya. Aku berfikir, sbb itulah umur dia tak panjang krn Allah lagi sgt menyayanginya. Siti Fairus berhak mendapat ketengangan yg hakiki disana. Kamu sgt bertuah yus krn adakalanya di tiap doa solatku, aku menyebut namamu selepas nama arwah ibubapaku,keluargaku..berdoa semoga Allah ampunkan dosa2mu. Jika aku punya waris satu masa nnti, aku harap mereka juga berdoa utk keampunanku setelah aku tiada didunia ini suatu masa nnti..
*Email yg pernah ku kirim buat Yus ~ http://niqstories.blogspot.com/2009/09/ramadhan-3-tahun-yg-lalu.html

*Cerita 9 sahabat ~ http://niqstories.blogspot.com/2009/03/minggu-suaikenal-yg-tak-kenal-sapa.html
Lepas gi rumah arwah, kami mkn disini..nasi ayam..potongan ayam plg besar pernah aku jumpa dalam sejarah nasi ayam
Fizah
Simanis Aini dan Norji..kalau lah kita boleh bersama semula..
Mira dan hasben