Thursday, May 31, 2012

Surat Dari Syu

Di satu malam yg tak dingin,..
dengan rajinnya aku mengemas barang dalam bilik.
Check stationary dalam pencil box yang lama..
Makanya terjumpa surat cinta..
Biarlah aku abadikan dlm blog ni sebelum ia hilang dimamah usia..
atau reput dimakan Cik Mut (semut).
Surat dari Syu masih dalam simpanan.
Mungkin sekarang dia dah lupa dia penah bagi surat.
Yelah bukan selalu orang bagi surat kat kita..
Surat yg ditulis dengan hati yg ikhlas dan sebak..
Seingat aku, Syu bagi surat ni masa dalam dewan..
Tiba-tiba je dia hulurkan surat ini
Entah bilalah dia karang surat ni..

Surat 1
 Aku sering teringat2 kata2 itu 'Please Say No utk certain condition'
Sekarang aku sudah agak berjaya mengatasinya..
Kita kena tegas sikit, jgn ikut je kata org kalau kita tak mampu dan hati tak ikhlas
Menolong biarlah bertempat..
dan kena ingat..
Kalu kita tolong org, nanti Allah tolong kita balik..
Kalu kita permudahkan urusan org, nanti urusan kita juga dipermudahkan..

Surat 2
Lepas baca, aku terharu juga..
Tiba-tiba sorang rakan mahu baca jugak..
Aku hulurkan pada dia..
Lepas tu dia tanya soalan peribadi tentang 'Lelaki'..
mmm..tak sampai 10 patah perkataan..
Tuturku tersekat2..cannot go..
Dia cepat2 pegang bahuku dan tak bertanya lagi..
Aku senyum dan kami mula tumpukan pada acara yg sedang berlaku..

Itulah antara saat2 yg diingati semasa berkursus Gems kat Kuantan dulu..2010
Berjumpa dgn kawan2 yg baik tapi sekarang..
Itu semua Kenangan..

Saturday, May 26, 2012

Satu Hati Sejuta Cinta



Sekejap sudah nak masuk pertengahan tahun..
Bila sudah masuk pertengahan tahun ni..kita mesti memastikan matlamat dan impian kita hampir terlaksana..
Apa yg kita niatkan pada awal tahun..
Kalau belum terlaksana lagi tak mengapa..sume ade hikmah disebaliknya..
Kena kuat, usaha, sabar dan redha..

Tepiskan Risau dengan Redha..
Pohonlah Kekuatan dariNya..


Larilah dari pandangan mata semua orang yang mengenali..
Supaya mereka tak nampak mata sedang bersedih..
Supaya mereka tak nampak kepura-puraan gembira dan ketawa..
Biarlah didepan mereka kita ikhlas bergembira, ketawa dan senyum..

Tuesday, May 22, 2012

Hidup untuk Makan~Episod 1

1 Rejab 1433

Hari ini puasa ganti dan puasa sunat bulan Rejab.
Waktu lunch skrg ni tp tak kuar jadi tahap kelaparan menjadi2 waktu ni..hehe
So, utk menenangkan perut yg kelaparan..mari kita cuci mata tengok gamba2 makanan yg dimasak sendiri..hikhik

Mee Goreng~dapnyer, perah asam limau sikit..marbeles..ni baru siap masak sbb tu nampak mcm basah sikit..
Nasi Kerabu~Dah lama tak buat nasik kerabu..atas permintaan adik2 je baru buat ni..mujurlah sempat belajo dari arwah mak especially Kerabunyer, Kuah tumis, salak lada..cume ayam  tu wat style nasik ayam gugel sendiri..

Ayam masak lemak cili padi~time masak kat rumah sewa dulu..aku dan Sah mmg suke sgt lauk ni..
Sambal Belacan tumbuk sendiri tu yg menambah selera kami utk makan dengan lahapnyer..aumm..
Sardin Roll lagi..hmm mmg boleh gemuk dgn serta merta ni..
 
Gulai Ayam~anda pasti tidak dpt menolak lauk ini diwaktu tengahari dgn nasik panas, Kacang Buncis Goreng dan Sambal Belacan tumbuk sendiri..Selepas mentekedaghah, gerenti otak dan mata anda secara automatik akan hang dan tertido dgn lenanya bak ular sawa kekenyangan..
Sotong celup tepung~ Satu hari terase nk mkn sotong ni, maka gugel la cmner nak buat ni..dgn menggunakan tepung jagung..ni kali kedua aku buat ni tapi hasilnya tak berapa nak jadi jgk la..Boleh try lagi kali ketiga..
 
Karipap ~ Omg..aku suke buat karipap dlu..arwah mak suke tgk aku buat karipap..aku buat, dia goreng..intinya dia jugak yg ajor..Memang sedap kalu wat minum petang dan brekpes..
Sayur Paprik + Ikan msk asam pedas (gambo blur)..aku sedang terliur tika menaip post ini..tgklah sambal belacan blender tak sesedap tumbuk sendiri...
Ayam masak Lemak cili padi~ sekali lagi bersama sambal durian yg ditumbuk oleh Nor..
Nasi Ayam Hafsah Ghani + Kuih gulung Izaty Hanafi = Aku tukang makan jer..sedapp!

Laksa Penang Hartini aka Saya Disini~Aku tak dapat menolak utk tidak post gambo ni..Aku tak pernah wat ni..Sedap!



Sunday, May 20, 2012

Perempuan Oh Perempuan

Ok post hangat minggu lepas di facebook yg dipetik oleh Ustaz Azhar Idrus adalah berkenaan Perempuan..


Memang ada benarnye ape UAI cakap tu..
Ia juga byk terjadi pada lelaki juga kan..(tapi lelaki menangis dlm hati jew)
perempuan ni ade byk sgt jenisnyer..berlainan sifatnyer..tak semua mcm tuw..

Tak sangka pulak ade satu komen pangjang lebar berkenaan hal ini dibebelkan oleh seseorg spt dibawah.
haha..aku memang agak setuju dgn hal ini..


'kesian dgn pompuan pendiam..xbyk ketawa..kerna bila ada masalah dia menangis dikhalayak' ~sekadar sinisan


aku paham sinisan itu dan..
pompuan pendiam sebenarnya 2x ganda berdiam diri bila ada masalah dan menangis dalam diam..
Lagilah kasihan pada perempuan jenis ini..ade sape2 nak ngaku tak..kuakuakua :-)

Wallahualam..

Friday, May 18, 2012

My Ex..


Sebelum buat kerja dengan lebih mendalam hari ni..aku nak mengomel sekejap..
Semalam aku balik ex-rumah kat Sri Rakyat utk angkut laci kayu..
Aku rase mcm environment kat situ semakin teruk..
Baru-baru ni after ribut, zink biru (zink penghadang tempat pembinaan) tercabut..kalau terhempap kereta atau sape2 yg berhampiran kat situ..hmmm
Kekurangan tempat parking yg selamat..
Kalaulah dibina tempat parking dan bukannya menambah lot rumah di tanah yg hanya sekangkang kera itu..
Vangangnyer org yg plan nak wat rumah kat situ..
dan semalam aku terdengar seorang pakcik komplen..'bayar sticker RM5 tp takdek parking'..
nanti kalu dah siap lot rumah tu, diorg nak parking mana? ehh kenapa aku pulak yg susah2 pikir ni..hmm 'Parking atas dahi masing-masing la..'
Kiri kanan bangsa Indon..
Semakin serabut!
Mungkin itulah yg menjadi suratan takdir dan hikmah aku berpindah..
Syukurlah..

Wednesday, May 16, 2012

Demam Rindu & Jatuh Hati





DEMAM MALAM

Sejak hilang kereta, environment kerja berjalan dgn perlahan sekali..bulan April dan May 2012 begitu under control..tak seperti tahun lepas, bulan May bulan pecah kepala..
Dengan cuaca yang tak menentu di awal May, aku mengalami demam yg agak pelik.. ianya melanda pd waktu malam sahaje..sehari selepas aku bermandi hujan ketika lunch..

Malam pertama~Mujurlah Nor ade kat umah minggu itu, aku minta tolong dia ambik itu dan ini..badan panas, tak larat nak bangun, takda selera nk makan (tapi rase nak makan gulai daging panas dgn nasi putih tak kesampaian), bila mandi menggigil satu badan..Makan Panadol Actifast dan balut kepala dengan tuala kecik basah time tido..Esoknya aku bekerja seperti biase..Sukses.
Malam kedua~Lepas balik kerja, terus pening, sama mcm malam pertama, malam kedua aku minum 100Plus + Panadol Actifast, balut kepala..tido dalam keadaan berpeluh..Esoknya aku bekerja seperti biase..Sukses.
Malam ketiga~Sekali lagi simptomnya sama, sampai rumah, tak larat nak bangun dan panas. Aku mula bertanya Encik Gugel perihal demam malam..jawapan yg aku jumpa adalah Demam Kura-Kura, Demam 'ada isi' (yakni pregnant)..OMG aku belum berlaki lagi..Esoknya Sukses.
Malam keempat~selepas magrib dan selepas menghantar Nor berpindah ke Kampung Baru KL, lebih parah aku sakit belakang yg teramat..tak boleh berdiri..aku mcm rase nak sembahyang duduk jew..tetibe panas badan melanda..terbaring jew malam tu~aku mula risau, adakah Demam Denggi? Sakit Buah Pinggang? atau ajal semakin dekat?..Jauh bebenor mikiornyerr..
Aku malas nk pergi klinik malam2..

Demamku kebah esoknya,  tak sakit belakang dah..tetapi beberapa hari selepas itu, ia dtg semula pada Petang Khamis. mase tu aku dirumah baru..kali ini aku mengalami bengkak gusi..sangat Damn! keje tak boleh fokus, lalu ptg itu aku pi Klinik..inilah jawapan doktor yg belajar ilmu perubatan dari Ireland itu..
Demam Malam mungkin terjadi akibat dari virus bengkak gusi (Gingivitis) yg mula menjalar pada malam pertama. itu saje? iyer itu saje..aku mcm tak yakin je dgn jawapan doktor ni..lalu dia bagi ubat itu ini..
Aku makan ubat tersebut, yg peliknya lepas jumpa doktor tu aku terus sembuh dari demam malam..cuma bengkak gusi ni yg aku tak tahan.. aku rela demam dari sakit gusi camni..Nak makan susah..jadi aku takdek mood nak makan..

JATUH MOTOR
Tadi balik keje..kat simpang traffic lite LTAT menuju ke Kinrara, mase lampu tgh merah dan sume keta berhenti, tetibe ade sebuah motor terbabas ditengah2 keta berhenti..huhu naseb baiklah..aku tercengang tengok 2 org ank muda itu terjatuh..mcmane motor diorg jatuh..bukan tuannya yg jatuh..motor tu jatuh dulu..nk kata jalan licin tak ujan.. kesian gila aku tengok diorg dari jauh. mereka berdua bangun, pemandu kereta sebelah kanan mereka (Lelaki melayu) tolong mereka angkat motor bawak ke tepi dan bagi beg yg tercampak.. tetapi pemandu sebelah kiri mereka (Lelaki cina) keluar dari kereta dan terus melihat keadaan kereta besarnya samada bercalar atau tak.. PHUiiii!

Keretaku dipulangkan


24/04/2012
8 jam selepas artikel ‘Tuhan Sedang Mengujimu’ di postkan… Keretaku dipulangkan..
Bagaimana?Siapa?Kenapa?Bila?Dimana? Satu persatu perlu dirungkai hari itu..
Sukar dirungkai bila aku perlu berhadapannya seorang diri..tiada pengalaman menghadapi situasi ini.
Watak 1:Teknisen TM~Jihan (Org Kelantan)
Watak 2:Pembeli Kedua~Kak Ros + hasben (org Kelatan)
Watak 3:Pembeli pertama~Pelajar UPSI (beberapa org)
Watak jahat:Pencuri~Zaidi bin Rahim (Sila google,, pasti ade..)
Watak 5:Adik Kak Ros (Lelaki)
Watak 6: Sarjan Ahmad Fauzi (Sarjan Misai Datuk K)
Ramai kan orang yang terlibat..
Lokasi: Opis EBI (11.00am)
Abangku datang utk membantu menyelesaikannya..
Pembeli Kedua adalah kawan kpd kawan Jihan..Menurut Jihan, pd pagi itu kat kedai makan kat Serdang, dia bersama kawan dia brekpes sekali dgn pembeli kedua-KakRos+hasben. Sudah ditakdirkan dokumen jual beli kereta tu dia tertengok krn Kak Ros bgtau kereta tu mungkin kereta curi. Jihan tengok alamat opis kat dokumen tu..dia familiar dgn company EBI (Alamat yg tertera)
Kemudian, dgn niat mahu tolong..Jihan datang ke opis. Dia masuk dgn sehelai tisu tertera nama dan no. plat keteku. Nak jumpa owner kete katanya..Bila melihat helaian tisu itu, aku rase bagai satu keajaiban..sukar diceritakan perasaan ketika itu..hehheh

Lokasi: Gerai Mamak AlBarkath Bukit Jalil (12.30pm)
Lepak di gerai mamak berbincang perkara itu..aku diam seribu bahasa..Risau jika harapan itu tidak kesampaian atau terjadi apa2 yg buruk ketika itu..Aku+Abang+Jihan menunggu kedatangan pembeli kedua..Jihan suruh Kak Ros bawak keta aku sekali. Tapi rupa2nya lakibini tu dtg dgn keta sendiri. Panas hatiku, nak aje aku call polis mase tu tapi tak boleh ikutkan sangat perasaan ketika itu.Silap2 keta aku dibawak lari pulak atau ditinggal ditepi highway..
Sampai je kak Ros dgn lakinya..Kak Ros ckp keta aku ada kat tangan pembeli pertama dgn kuncinya sekali. Malam tadi dia dah pulangkan serta merta kpd pembeli pertama krn mengesyaki kerete itu kereta curi. pembeli pertama juga telah memulangkan RM5700 kepada kak ros malam itu jugak selepas Kak ros menggertak pembeli pertama utk report polis jika wang tidak dipulangkan..
Kak Ros mmg pndai berbicara dan melawan. aku lihat Jihan dan Abang sudah panas hati dgn dolak dalik bicara Kak ros yg memakai blous dan eye shadow warna warni dimatanya (macam Negro..ehh..astagafirullahalazim) Geram hatiku melihat wajahnya..rase nak simbah air je kat muka dia mase tu smpai hilang eyeshadow pelangi dia..huh!
Kak Ros tanya aku samaada boleh ke bayar ‘sejumlah wang yg ada’ kpd pembeli pertama (kerana pembeli pertama telah kerugian membeli dgn pencuri). Tak habes Kak Ros tnya, aku serta merta menggeleng dan berkata ‘Tak Akan!’. Kepala hotak korang berjambul, owner plak nk kena bayar kerugian.. Mase tu aku rase nak penampor je muka Kak Ros sampai juling (Sampai dia takda hati nak pakai eyeshadow pelangi)..tapi aku sabarkan hati kerana hari itu aku kena ingat Allah telah memulangkan semula hak aku..
Didepan aku, Kak Ros berurusan dgn pembeli pertama (keretaku berada ditangan pembeli pertama). Akhirnya kami semua setuju utk selesai scr baik dan pembeli pertama bersetuju memulangkan kereta aku sebelum aku report polis. (Dia takut dia kena buang UPSI).

Pergi ke Serdang ambik keta, sebelum kami sampai, pembeli pertama letak kereta dirumah Kak Ros. Bila kami sampai, Kak Ros takdek, pembeli pertama takdek, hanya Adik Kak Ros yang tolong. Tahu pon takut!
Semua barang dlm keta aku dibuang, yg ada hanya surah Yasin, Selipar wedges yg aku baru beli kat Jln Tar, Stereng Lock (dah rosak) dan bau2 rokok yang busuk!
Antara barang yg tiada :- Semua kasut2 aku kat bonet termasuk kasut sport (aku wat mcm rak kasut),pendrive yg baru beli kat KLCC Fair, Car MP3 Usb, Semua dokumen salinan kereta, bantal leher, Bunga gantung yg Nor bagi, En.Sutun yg sentiasa tersenyum padaku, hon keta tak berfungsi, dll.

Pertemuan pertama selepas 7 hari hilang..
Selepas itu, aku dan abang ke Balai Polis Bukit Jalil utk report susulan. Aku balik opis dan tinggal semula keta kat Taman LTAT utk melindungi keta yg 100% tak selamat lg.
Esoknya aku cuti dgn harapan dapat berjumpa Sarjan Misai tapi dia pulak nk rest (hampeh sikit).
Waktu lunch, dgn bantuan Kak Syida, aku bergegas memindahkan keta dari Tmn Ltat ke Balai Polis BJ krn tak sedap hati.
Malam esoknya, dgn bantuan Kak Syida, kami ke Balai Polis Pudu utk berjumpa Sarjan Misai.


Balai Polis Pudu dimalam hari


Sekitar Balai Polis Pudu
Malam itu, kulihat sarjan Misai kelihatan segak dan harum. (kat bilik dia ade deretan botol perfume lelaki yg mahal2), bilik sedikit kemas berbanding sebelumnya. Aku berhadapan dgn dia seorang diri didalam bilik yg agak sunyi itu.. aku baca ayat kursi (sebab Kak Syida mase tu belum sampai bilik sarjan tu lg). 
Makanya bermulalah bebelan Sarjan Misai tanpa henti kerana tindakan aku seolah-olah menutup kes tersebut. Tak heran lah, kat atas almari dia ade sijil perhargaan-‘Perhidmatan Cemerlang’..hmm cemerlanglah sangattt.. Aku tadah telinga jelah..abes sume citer dia terhambur smpai dia kematian bini pon nak citer..ermmmmm.
Sejam kemudian, hal ini settle, aku kembali meletakkan keretaku kat Balai Polis BJ. Tgh drive, sarjan tu call, bgtau IC aku tertinggal atas meja dia..phuiii..nape la aku ni loklak sgt..Esoknya aku pi lg bilik sarjan tu ambik ic..hampeh!

Lepas tu aku pulang ke kampong utk urusan tukar kunci, alarm dan beli kunci solek yg baru (betul tak eja solek macam tu..argh belasahlah..)..sumenyer abes dalam 2k..ehh tak lah tipu jer..RM200 jew..Alhamdulillah..at~Kedai Kunci Segamat.
Lalu aku kembali ke KL utk urusan penghijrahan aku ke tempat yg lebih selamat.  Sekali lagi Alhamdulillah, urusan dipermudahkan, aku dapat jgk cari sebuah bilik/rumah pada minggu tu jgk..sekarang aku rasa aku dapat rumah dan tempat tinggal yg jauh lebih baik dari sebelum ini (Mudah-mudahan)..mungkin ada hikmah sume ini berlaku. 
Sekarang aku tinggal kat Blok B Taman LTAT, Bukit Jalil. Berbanding blok2 lain, Blok A dan B ade beberapa pak guard yg jaga 24jam (mungkin bekas2 tentera diorang ni). Sampai kehari ini..masih ade lagi brg2 aku tak abes angkut lg kat umah lama tu..kerana aku mengamalkan konsep ’Satu Hari Satu Barang’..Phuii..dah beberapa hari aku tak amalkannya.. teringat jugak bilik lama dan kenangan hampir 2 tahun duduk kat situ..Kak Syida mungkin jgk tak rindukan aku..hukhuk..xpelah..aku bukannye sape2 pon..Timakasih Kak Syida!

Persoalan dan hakikat yang masih bermain2 di mindaku..
~Aku hilang kereta selama 7 hari!
~Adakah pembeli pertama bersubahat dgn pencuri kereta?
~Jika tidak, adakah Kak Ros dan pembeli pertama mempunyai talian persaudaraan?
~Bagaimana pencuri mencuri keretaku dan tidak kereta org lain yg tak b'stereng lock lg?
~Adakah pusat servis Puchong bersubahat dengan pencuri? (aku servis kereta 2 minggu sebelum hilang, tinggal segugus kunci keta dan keta dari waktu lunch sampai pkul 6 ptg)
~Apakah penyebab isteri Sarjan Misai meninggal? ehh..

SEKIAN..