Sunday, June 28, 2015

Panggilan Pulau Pinang

Aku sangat pasti akhir bulan May'15 jadual sgt padat, sehingga minggu tu aku jadi letih sedikit.
Maka aku pon amik cuti sehari utk merehatkan diri..tak termasuk weekend lah..Sebenarnya ini first time aku outstation luar dari negeri atas arahan boss..Maka beradalah aku di Penang selama 4hari3malam bersama 2orang opismate lagi.Kami ke sana menaiki kereta kompeni..
Sila mula..

Aku kurang mahir dgn geografi Penang, ada orang kata kalu naik jambatan tu maknanya ke Seberanglah..
Ni kali ke-2 aku merentasi Jambatan Pulau Pinang sejak tahun 1994, dimana dulu kami sekeluarga pergi ke Konvo kakak di USM pada tahun tersebut.

Maka kami pon sampailah ke Penang selepas 4jam perjalanan dari KL dan menginap di Evergreen Laurel Hotel.
Ini pemandangan dari luar bilik, dapat City view..hmm
Jika aku amik gamba lanskap 180 darjah, gambar kecik, jadi aku snap gambar pastu tampal2 mcm ni.
Sorang lagi opismate dapat Sea view..rugi aku tak dpt bilik view mcm ni..
Sarapan di hotel sebelum kerja..
Pada malam itu, kami ke Padang Kota utk makan makan dan makan..

dan kemudiannya kami mencari Pasembur dan memilih Kedai dibawah..
Kami sebenarnya tak tahu mana kedai yg sedap, pasal tu kami semua gugel jer tempat2 makan femes kat Penang..
haa..kasik zoom besaq sikit bab2 makanan ni..hekhek
lepas kami pilih2 itu dan ini..sotong,udang, fishball, cucoq, bla bla..dapatlah sepinggan besar dgn harga RM27
Lepas itu aku belek2 duk cari sotong celup tepung mmg takdak,, rupanya pinggan tertukar dgn pelanggan lain..jadi kami tak puas hati.

Maka kami order lagi sepinggan kerana tak puas hati.. (padahal sepinggan tak cukup)
Hak ni aku betul2 pantau pinggan tu tengok mamak yg cedok kuah sampailah proses bayar supaya sotong, udang yg aku letak tak terlepas ke tgn org lain lagi..
Sedap ngatt..yang ni tokei kedai kasik diskaun singgit..RM23
Bila duk KL pasti teringat Pasembur Penang..hikhik
haih mane la nk cari kedai melayu kat penang ni..mamak jer kiri kanan..layan jela
Dalam hati aku berdoa semoga aku tak jatuh sakit dek kerana mamak
beberapa bulan lalu aku demam seminggu lepas makan mamak kat KL..
hak ni takdek apa2 nasib baik.hehe
Restoren Kassim Mustafa menjadi pilihan hari ke-2
habes kerja, setiap malam pulak kami cari kedai2 ikan bakar tepi laut
untuk mencari Sotong Celup Tepung..
Alhamdulillah semuanya sedap2..
ni ButterPrawn..sodapp
Hari ke-3 selepas makan di Restoran Kapitan, kami menyulusuri bangunan2 unik dan usang di Georgetown. kami berjalan kaki sahaja selepas memantau satu laluan bas percuma RapidPenang
ada banyak lukisan mural dinding disini dan benda2 unik yg anda boleh lihat
Kedai diorang pon design unik dan cute..
aku pon bergamba kenangan sekali laa..hahaha
Esoknya sebelum balik KL, kami pergi ke Pasar Chowrasta untuk belik Jeruk Madu Pak Ali dan cenderahati gituu..

dah abes cerita.

No comments:

Post a Comment