Monday, November 4, 2013

Jalan-jalan : Cameron Highland

Pada 6 April 2013, aku, adik pompuan ikut abang dan kak ipar ke Cameron Highland.
Memang niat sebelum tu nk kesana dgn adik beradik reramai, tapi ibarat 'Orang mengantuk disorongkan bantal', tup tup abang aku ajak ke sana..Memang tuhan memenuhi keinginan hatiku..
Pertama kali menjejakkan kaki kesana dan cuaca yg baik serta pemandangan yg indah.
Abangku ni dh byk kali kesana, aku dan adik jer tak pernah pergi.
Tempat romantik mcm ni sesuai utk suami isteri tapi aku saje meromantikkan diri sendiri kat sini sbb nak release tensen kerja kot...hihik
DAY 1
Kami bertolak dari Gombak 0730 AM dan sampai ke CH 3 jam kemudian..
Ladang teh Cameron Valley
Nampak tak rama-rama hinggap dikepalaku..
Memang banyak ladang teh kat CH, tapi abgku port kat sni..sini tempat yg plg popular.
Kat sini ape yg boleh buat hanyalah posing sana sini dan menyegarkan mata dgn kehijauannya saje.
Suhunya agak sejuk tapi bila tengahari tu..biase2 je.

Sebelum kami ke tempat penginapan yg kami sewa, kami lunch dgn bekalan makanan yg kakak ipar sediakan. Dahler sejuk, mmg laju je mkn nasik kat situ..
Kat area sini ade meja..kami mkn kat sini je la..Ape2 pon yg penting Posing ok
Kat hotel ni la kami sewa. Cari kat mudah.my
Dekat je dengan Pasar Berinchang. Jalan kaki je. Kat pasar ni la tempat popular nak shoping itu ini
Sewa 2hari 1malam = RM250
Bila malam je, memang sgt sejuk. Sebab tu kat situ xdek aircond and kipas.
Aku yg jenis badan panas ni pon boleh rase sejuk sampai tulang sumsum.
Pemandangan dari bilik hotel
Petang tu kami ke Strawberry Park dan Cactus Valley sebelum shopping kat Pasar Berinchang sampai lah Maghrib..


Disebabkan aku duduk rumah tidak bertanah, hatiku meronta2 je tgk pokok2 bunga yg cantek2 ni..
Haih, ikutkan hati nak aje beli itu ini..geram aku.

DAY 2
Pagi yang sejuk dan indah saujana mata memandang..
Hari kedua, sejak pagi lagi kami keluar sebab banyak lagi tempat2 dan taman2 yg kami perlu pergi.

Kat Pasar Berinchang semalam kami beli mcm2 terutamanya Strawberry, baju, bantal strawberry, cenderahati utk kawan2..mcm2 la..
Tapi kat pasar ni kami fokuskan utk cari jagung dan limau CH.
Kat sini banyak jual buah-buahan dan sayur-sayuran yg besor2 dan segar2.
Xdek plak gamba Jagung dan buah2
Lepas tu kami pergi ke Taman Rama-rama. Kat sini ade taman kaktus dan haiwan2 eksotik
Bosan jugak aku tengok rama-rama ni..bila pergi ia terbang..
Lepas tu kami pergi ke Rose Valley.
Memang aku suka sini..pasal penuh bunga mawar mcm2 kaler, mcm2 jenis, saiz dan bau yg berbeza.
Sengih nampak kepala je..
Pastu jumpa plak Taman chrysanthemum/Kekwa ni..yg Allah mcm dalam syurga gitu
Rase mcm nak buat rumah je kat situ..Cantek sangat.

Dalam banyak2 bunga mawar itu, bunga yg aku pegang ni lah yang paling wangi tau..Seriously.

Last tempat yg kami pergi adalah Cameron Lavender.
Kat sini aku hanya nampak dari jauh je ladang Lavender tu..tak dapat pegang, bau dan menghayati pon mcmane rupa Lavender..Sedikit hampeh

Tamat sudah episod jalan2 aku yg tak seberapa kat Malaysia ni.
Nanti bila rase nak beromantika kat CH, pasti aku pergi lagi..
Post kali ni banyak gambar dan biar gambar saje yg berbicara..
Sekian.

Wednesday, October 16, 2013

From Single to Engaged status

Lupakan sebentar persoalan Jodoh yg masih lagi ada bertanyakan..
Kalu ada idea dan cerita nanti aku sambung Part 2.
Aku perasan kebanyakan post pada tahun 2013 berunsurkan kejiwangan, harapan, keluh kesah..
bla bla bla..
Jarang pulak citer hal2 lucu..

Ni ha nak citer sket pasal Kawen...hmm kawen lagi..
Pasal persiapan majlis---Majlis Bertunang..
Adik aku 2 org ni dah nak kawen tahun depan..perghhh nebes aku..
Aku pulak yg nebes apehal..

Buat pertama kali, aku dan adik2 buat persiapan sendiri untuk majlis bertunang diorang..
Sebagai insan yg kreatif (ceh, terperasan la pulak), aku kena yakin pada diri sendiri.
Boleh ke aku buat? Itulah persoalan yang sering dipersoalkan oleh adik2ku..
Lantas aku menjawap "Atas apa hasil yg telah terjadi, kamu masih tak percayakan aku?"
hehehe..Sila Mula..

1. Hantaran dan Cincin
Hantaran ni aku tak masuk campur. Ikut diorang la nak beli ape..ikut kemampuan kan..
Cincin pon same..alah bukan aku yg nak pakai pon..
Tapi design utk bakul dan tema hantaran la yg kami kena fikirkan..
Nak beli kat mane yg murah2?
Jawapannya kat Nilai 3 dan Semua House Jln TAR KL..itu je yg aku tahu. Lain tempat aku tak tahu.
Pergi kat Nilai 3 banyak betul kedai barang2 kawen, besor2 plak tu kedainyer.
Kat situ, kami usha2 la mcmane diorg hias hantaran.. almaklumlah kami tak pernah buat.
So, kat situ kami akhirnya dapat cari bunga2, bakul2, manik2, span, riben, bla bla bla..
Harga berpatutan dan jangan lupa beli Majalah Pengantin tu tengok design2 terkini..
Hantaran adik pompuan utk tunangnyer. Tema Pink Purple
Untuk hantaran diatas aku cuma gubah Sirih Junjung, buah, cokelat, sejadah. 
Kemeja mcm bunga dan Pelikat mcm kemeja tu akak ipar aku yg buat. Dia pandai buat ni.


Hantaran adik lelaki utk tunangnyer. Tema Oren peach.
Untuk hantaran diatas, aku cuma gubah Sirih Junjung, buah, cokelat, handbag, telekung dan bekas letak cincin.
Telekung tu aku lipat hentam kromo je tapi makcik jiran bekenan plak tgk gubahan tu..kihkih.
Telekung gubah hentam kromo..
Tempat letak cincin. Ini adalah gubahan pertama aku n adiks
2.Baju tunang dan Tudung
Antara sewa baju dan beli..better beli.
Beli kat mane? Semestinya Jalan Tar/Masjid Jamek laa..
Katakanlah baju yg sama kat butik berharga rm300++ tapi kat sini boleh dapat dgn harga bawah rm200 tau.
Mane aku tau? aku tau la jalan TAR tempat aku main guli dulu2..
Alaa..baju tu tak yah la vouge sgt mengalahkan Nenek Rosmah..
Biar manis dipandang, tutup aurat ok..
Adik aku beli baju cantekss dia RM180 jerr...jerr??
Tudung Halfmoon Muaz Jln TAR 8hengget jer..
Tambah la sendiri lace dan manik kat tudung tu..barulah nampak mahal..
Bunga yg adik pegang ni  pon 10hengget jer..


3.Mini Pelamin
Perlukah pelamin?
Ikut pada masing2 lah. nak simple ke, nak grand mengalahkan majlis nikah ke..ikut la tapi jgn berlebih-lebih sgt ok.
Utk adikku ni, pelamin yg kami buat sekadar utk menyerikan majlis dan sgt simple dan sgt budget ok.
Mula2, kita kena lakar pelamin mcmane kite nak, warna ape, bunga ape nak letak, karpet, Langsir latar..
macam2 lah..pastu senanglah nak cari kat kedai..semua dah ade dalam kepala.
Kalu bergaduh idea tu biaselah kan..
Karpet berbulu baek punyer warna pink ni pon harge rm130..karpet ni la mahal sekali..beli kat Nilai3.
Langsing latar tu aku cari yg mcm ala2 frame bunga.. beli 1 setengah meter jer kat Jakel..bawah 10hengget.
Mase nak gunting kain ni bukan main berkerut adik aku..nampaknye dia ragu2 dgn ape yg aku nak buat..
Tapi aku ckap "Trust me..bla bla bla"
Tak yah pikir dah nak cacak2 bunga sana sini dah.
Yang tengah2 tu pon 4.50hengget jer satu. (4keping)
Bantal tu 9hengget satu, beli mase sale kat SOGO.
Bunga dalam pasu pagar tu murah jer..aku ingat nak gubah 4, tapi bajet adik 2 buah je..kiri kanan..
Pelamin angan dia tak musnah..


Pendek kata kita kena pandai manipulasi hiasan dan pilihan warna mesti kena dan match..
Paling penting, kena bertolak ansur dengan tuan punya badan. dah dia suka bunga Mawar.
Kalu aku, aku suka Orkid atau bunga pelik2 sket..kihkih.
Sweet tak? Simple jer kan..

 4. MakeUP
Makeup orang? aku tak penah buat..lg2 bila ade majlis.
Tapi disebabkan nak simple dan bajet, makeup jelah..
Adik tnya..Boleh ke?
Macam biase lah aku jawab "Atas apa hasil yg telah terjadi, kamu masih tak percayakan aku?"
dan sempat bermadah "Makeup ini ibarat melukis...Trust me"
Sambil membelek2 majalah tiru diorg makeup mcmane.
Mula2 aku celak kan kening adik aku yg kontot, pendek dan berterabur ni..
Last2 cuci balik sebab mcm SinChan daaa..
Makeup kena simple utk org yg cantik mcm dia..kalu tebal2 nanti mcm bapuk plak..kihkih
Aku plak tak sempat nak melaram..penat nak mampus..muka flawless sbb muka kami ke arah cahaya tingkap..pencahayaan yg baik katenyerrr..
Akhir sekali..kami kena kemas bilik, bersih bilik dan susun hantaran atas katil. 
Sebabnya ada tetamu nak tengok tuan badan dan hantaran.
Satu perkara yg kami lupa adalah cadar katil..last2 pinjam akak punya sebab nak matching sket dgn hantaran.
Tapi ia taklah penting sangat2.

Aku belajar banyak perkara dengan melalui dan melihat sendiri proses perjalanan kedua2 adikku ini dari     In Relationship betukar status ke Engaged.
Insyaallah mereka akan berkahwin selang sehari majlisnya pada akhir bulan Mei 2014 nanti.

Wednesday, June 19, 2013

Catitan Hati

Catitan 1
Didalam lrt aku asyik melihat makcik tua itu membawa satu beg besar berisi kerepek2..berbaju kurung dan bertudung bawal lusuh.. Dia turun di masjid jamek.
Di tangga turun dari lrt itu, aku berjalan dibelakangnya..kemanalah dia mahu pergi..
Bertembung lagi ditengah2 panas didalam kesesakan orang ramai Pasar Jalan TAR. Makcik itu terus berjalan membawa kerepek2 itu
Aku duduk kepenatan ber'window shopping' lalu makcik itu melintas dihadapanku sekali lagi..
Ku lihat kerepek2 itu tinggal beberapa bungkus sahaja dari beg besar yg penuh kulihat tadi.
Lalu..dia berlalu pergi...
Kasihan makcik tu..dah tua2 boleh lagi mencari rezeki, lalu disebelahku sj tak meminta2 dan tak memaksa2 orang membeli kerepek dengannya.
Kenapalah aku tak membeli kerepek itu..Kalau aku tak makan pun, letak kat opis pasti habes jua..
Agak terlambat aku berfikir yang sebenarnya, tuhan memberi seseorang lalu dihadapan mata untuk menguji sejauh mana kemurahan hati kita..

Catitan 2
Aku selalu mengingatkan pada diri sendiri agar mempercayai orang yg lebih lama kita kenal yg mana perangainya kejap ok kejap tak ok daripada mempercayai orang yg baru kita kenal tapi perangainya sangat2 baik...
Kerana lepas tu, kita baru tahu siapa dia yang sebenarnya.

Catitan 3
Persoalan jodoh itu agak sukar
Bagi mereka yg tak punya apa2 seperti aku
Lalu aku memanjangkan akalku sebelum jemari laju menghina anugerahNya
Tiada ibu dan ayah mertua untuk diberi pada pasangan?
Tiada rupa paras dan tubuh badan yang menawan utk pasangan?
Tapi percayalah, jodoh yang baik adalah yg dpt menerima kekurangan kita.
Iya sebelum bercakap tentang kekurangan orang lain, pastikan diri kita memegang sebuah cermin utk melihat diri kita sendiri..

Catitan 4
Kita kena terima hakikat manusia boleh berubah
Manusia senang berubah seiring dengan perubahan hidup mereka sendiri.
Bila sudah kaya sedikit, bila sudah berpangkat sedikit, bila sudah cantik/hensem sedikit
dah lupa diri sedikit..
Itu belum banyak lagi..cuba kalu dah kaya banyak, naik pangkat tinggi, sudah cantik/hensem bangat..
Lagilah cepat lupa diri..
Dah lupa dah kawan2 masa susah dulu..
Sedih bukan..jangan sedih sgtlah..bukannya kita hadap sgt nak berkawan dgn org2 kategori lupa diri ni
hahaha
Tapi kan..bagi kita yg tak mudah lupa diri ni kan..kadang2 tu teringat jugak masa2 susah bersama dulu.
Takpalah kita ramai lagi kawan2 yg baik. Jangan bersangka buruk sangat yer.

Catitan 5
Bulan Ramadan yang mulia akan menjelma tak lama lagi.
Aku harap kawan2 dapat maafkan kesilapanku.
Tak dapat ungkap dimulut pun tidak mengapa kerana Allah Maha Mengetahui.
Sesungguhnya aku tak mahu mengambil hati diatas apa yg berlaku.
Masing2 ada kesilapan tersendiri.
Harap2 kita dapat beribadat dengan sebaiknya di bulan yang mulia ini.
Alhamdulillah kita dapat bertemu Ramadhan lagi.

Monday, June 10, 2013

28 Tahun Bernafas

7 June 2013

Ya Allah
Ampuniku ibu dan ayahku
Dari kecil hinggalah dewasa
Kau beri segala dugaan dan cabaran
Susah, senang, bahagia dan juga terluka
Sejak dari kecil..
supaya aku pandai membawa diri dan menjaga diri sendiri
Agar tidak menyusahkan orang lain
InsyaAllah.

Ya Allah
Aku sangat bersyukur dengan apa yg kau berikan
Disaat ini, Kau memberi aku seorang kawan yg memahami
Seorang pun jadilah dari tiada..
Terima kasih kerana masih menjaga persahabatan 7 sahabatku yang lain
Walaupun kami jarang berjumpa
Semoga kebahagiaan dan keberkatan sentiasa mengikat tali persahabatan kami.

Ya Allah
Terima kasih kerana menjagaku
Memberi kawan yg baik
Kasihilah mereka yang mengasihiku
Samada ada atau tidak, samada aku tahu ataupun tidak
Aku sedang belajar untuk menerima hakikat
Agar mereka tidak berasa beban dengan diriku

Disaatku sendiri..aku selalu tertanya-tanya
kenapa Kau ambil ibu dan ayahku terlalu cepat
Maka beruntunglah mereka yang masih ada ibu dan ayah
Tidak mengapa..

Permudahkan urusan kerja dan kehidupanku
Kalau aku susah, Kau tolonglah aku
Kalau aku sedih, Kau tenangkan diriku
Kalau aku rugi, Kau tolaklah bahagian itu,,
Mungkin ada hutang yg tak terlunas,
Mungkin ada hati yang tidak ikhlas,
Mungkin juga kerja dan makan minum yang tidak halal.

28 tahun bernafas
Mungkin sesaat dua kau menghentikan degupan jantungku
Mana mungkin aku akan menjadi orang yang tidak bersyukur padaMu kerana itu
Mungkin kini aku menghadapi saat-saat yang sukar
Hilangnya sebuah semangat dan tenaga
Mungkin mereka melihat diriku berubah, mungkin juga aku tak seperti dahulu
Mereka tak tahu aku sedang berperang menghadapinya sendiri
Aku kena bersabar..Kau pernah berjanji, sesudah susah, senang dan bahagia pasti menjelma.

Ya Allah,
Moga aku menjadi hambaMu yg solehah
Walaupun setiap hari aku membuat dosa padamu
Tutuplah aibku..
Tiada apa yang aku harapkan lagi..hanya......
Kasih sayang dariMu.

Wednesday, May 1, 2013

Hidup Untuk Makan~Episod 3

Pertama kali pergi ke Ikea untuk makan meatball..
Ramai bebenor orang kat sane..
Pergi mase cuti raye cine kat area Bandar Utama, Damansara
Aku ditugaskan oleh 2 org adik aku utk mencari tempat duduk
diorg pi pesan makanan..
Hmm..adalah 4,5 kali aku tawaf pusing2 cari tempat duduk
after 2 hours baru dapat makan ni ok..
Memang aku akan berfikir 2 kali nak ke sini lagi semata2 mkn meatball
Ayam kepak tu memang sedap


Kat Secret Recipe, aku tak leh order makanan lain selain Spagheti meatball ni
other dishes memang tak masuk dgn selera aku.
Padahal sebenarnya aku suka bebenor dgn meatball
Kat dalam peti ais umah mesti ade stok meatball cap Azmy


Baru-baru, opismate bermurah hati bagi sebotol Taucu
Beli kat Temerloh gitu..
Aku pernah rase arwah mak masak ikan cencaru masak taucu
Sampai sekarang aku masih teringat kesedapan masakan itu
Pertama kali buat..
Rasanya masam2 masin gitu
Cubalah..tumis bawang putih dan merah
Tumis sekali lada kecil, masuk taucu , sikit asam jawa dan kicap.
Sebelum tu, ikan cencaru tu gorenglah dulu yer
Selain ikan, taucu boleh juga dimasak dengan ayam dan daging
Ikut selera masing2 lah..

Balik dari Cameron, ada banyak Jagung
Aku tak tau nak buat apa dgn Jagung ni
Malas nak rebus
Jadi aku merajinkan diri untuk buat Bubur Jagung
Pergi kedai cari susu cair, daun pandan, biji sagu, dan sayangnya santan takdek
Mula2 masukkan Jagung yg telah diparut,
Masukkan susu cair, daun pandan, gula dan sedikit garam..
Pertama kali buat ni tak berapa jadi pasal..
tak pandai bajet biji sagu ni betul2 masak pastu..
masuk pulak susu cair only..
Lama2 bukan jadi bubur..dah nampak mcm puding daa..
Memang fail.
Dahlah aku tak kenal biji sagu ni mcmane, gi kedai tanya org je..
Pastu berani pulak masukkan ke dalam bubur
Tapi tak pe, belajo masak kan..
Bubur mmg sedap kalu makan sejuk2
Tapi bubur jagung di bawah tak sempat masuk peti pon..
Pasal tak menjadi..hikhik
Tapi aku sempat la makan semangkuk..Sedap, tapi aku tak tergamak bagi orang lain makan..
Pokoknya kena masak pakai santan cair, sedikit susu cair dan lebihkan air..

Seriously aku tak penah masak ikan merah yg besar begini
Dah opismate bermurah hati bagi ikan besor gini adalah 2,3 hari terperuk dalam peti ais tak tau nak masak ape..
Aku pon google, ikan merah seswai masak ape yer..
Silap masak jenis ikan ni boleh mendatangkan ketidaksedapan tau.
So, masak gulai/kari yang sesuai..
Aku takdek masalah  nak masak kari ni
Dah memang feveret aku masak gulai2 or kari bila duk kat umah
Asal lapo je nak msk gulai ayam lah, gulai daging lah
Manelah tak gemuk gedebab..
Tapi ikan merah memang sedap sgt wat masak kari.
Buat simple sudah, gulai anak dara mcm ni je la..

Abes daaa..

Sunday, April 28, 2013

Ke Puncak Broga

Pada pagi itu seperti dirancang, aku dan beberapa opismate mahu mendaki BUKIT BROGA, Semenyih Selangor.
Rancangnya mahu bertolak pukul 5 pg
Tapi last2 pukul 6 kami bertolak, jadi sampailah pkul 7 pg
Mase tu, sunrise sudah kelihatan nun dilangit sana
Mulanya aku pikir mereka tak serius utk pergi
Tapi jujurnya, aku tak akan menarik diri dari berjanji dgn org
Jika tiada aral....

Tanpa warm-up dan exercise ringkas,
kami terus melangkah mendaki perlahan-lahan
Tapi tak sampai 15 minit, aku semakin perlahan
Stamina kurang, Jantung berdegup laju
Kaki rasa sakit
Beberapa kawan sudah tidak kelihatan didepan mata
Sampai satu tahap
aku kena berhenti dan mereka perlu teruskan
Berada disitu..aku berasa loya dan bukit sedikit berpusing2 dipandangan mata..
itu bermakna aku kekurangan oksigen.
Aku suruh kawan2 terus daki
Aku mahu turun semula..serius mmg aku ckp begitu.
Sampailah mereka semua tiada didepan mata..
Aku keseorangan berdiri disitu melihat orang naik dan turun bukit
Sebelum membuat keputusan untuk turun semula..
Aku duduk sebentar disebuah batu dan bertanya seorang gadis yg sedang turun.
'Jauh lagi kah ke puncak?' Dia cakap 'Jauh kak, lebih separuh daripada sekarang..'
Aku mengeluh kenapa aku jadi begitu.
Tak sampai 10 minit aku kembali berfikir secara rasional
'Untuk apa aku susah2 bangun pagi ke Broga semata2 utk turun semula..'
'Sejak bila aku jadi seorang gadis mudah putus asa'? Getus hatiku sendiri.
Aku bagi support pada diri sendiri.
Dan aku tak suka menyusahkan orang lain walaupun kawan2 aku sendiri.
Kalau tak, mesti mereka kena tunggu aku yg agak lembap lagi lemah ini.
Aku sedikit rasa rendah diri dgn diri sendiri masa tu.
Lalu aku teruskan mendaki dan berhenti setiap kurang 20 langkah kaki.

Di setiap perjalanan ku naik ke puncak
Pelbagai perkara yg ku tempuhi
Melihat kanak-kanak kecil riang berlari keatas dan turun kebawah
Hanya memakai selipar jepun pon ada
Seperti menjadi tempat permainan mereka pula
Ada juga sepasang suami isteri yg sudah agak tua dan anak-anak mereka
Si isteri memang lemah macam aku juga
Tapi mereka semua tetap terus naik ke puncak

Aku berhenti lagi
dan kemudian beberapa orang juga berhenti ditempat yang sama.
Si gadis itu slim dan cantik, tapi keadaan dia sama seperti aku..lemah..
Si pemuda pemudi kawan2 mereka itu berhenti merokok berhampiran aku.
Mereka bergerak dalam kumpulan.
Melihat aku keseorangan berdiri sambil mengelap peluh yg tak henti2 keluar.. mereka menegurku..
sorang je ke? first time ke?
Lalu memberi support pada si gadis itu agar mencontohi aku..
Aku tersenyum tak sangka..argh..boleh merah pipi aku masa tu..
Aku tinggalkan mereka semua dan teruskan mendaki.

Aku berhenti lagi
Melihat 2 sahabat lewat 30an yg sentiasa bersama itu buat berfikir..
Sorang nampak berpengalaman, sorang lagi lemah macam aku juga.
Maknanya bukan aku seorang yg lemah kat situ.
Kali ini aku terasa loya semula dan muntah-muntah. Aku kekurangan oksigen lagi nampaknya.
Nasib baik aku tak makan ape2, hanya memuntahkan air liur dan isi ank tekak yg kosong.
Tarik nafas panjang2 dan buat regangan sedikit dan sambung mendaki lagi.

Aku berhenti lagi, dan selalu berhenti sekejap2 utk memberi keselesaan pada kaki
Lalu, aku bertanya pada sigadis yang mahu turun
Jauh lagi ke? itulah soalan yg selalu bermain di fikiran
Aku jumpa lagi org yang sama dan mereka menasihatiku
Agar berhati-hati kerna sebelum sampai ke puncak, jalannya curam dan berliku

Hampir sejam aku mendaki seorang diri
Aku sudah boleh nampak puncaknya
Nun disana, orang ramai gembira bergambar
Masing-masing meraikan kejayaan.
Aku pula tersangkut untuk daki, mahu guna tali pon tak jalan.
Aku tersangkut selama 10 minit tak tau nak buat apa.
2 perkataan yg selalu aku ucap di sepanjang pendakian..
'Bismillah' dan 'OhMaiGodddd..'
Bismillah ketika melangkah kaki dan OMG ketika melihat keatas sana..

Tiba-tiba muncul seorang jurulatih dan anak2 buahnya dibelakang aku.
Lelaki itu berkata 'Kamu semua jangan guna jalan ni, bahaya, kalu tak mampu..guna tangga seberang kanan sana'
Diriku sedikit riang mendengar perkataan 'tangga'
Yang peliknya mereka tak pergi pon ke seberang sana..
Aku pula sibuk2 nak kesana.
Sesudah mengesahkan aku berada dilaluan yg betul,
Aku mencari-cari mana tangganya..Laa..gambar dibawah la rupa tangganya..
Arghh memang sedikit susah nak panjat, tanah sedikit licin sebab hujan semalam.
Aku merangkak-rangkak guna tangan dan kaki..macam Ju-on daa..
 

Aku berhenti lagi..
dan sebelum menemui kawan-kawanku yg sudah lama berada dipuncak
aku berpusing melihat kebelakang..
Ohmaigod, indahnya ciptaan tuhan dan aku tak sangka aku sudah berada sejauh itu dari bawah.


Aku takdeklah sedih terharu pasal memang takdek masa nak layan blues kat situ mcm siGadis dibawah.
Didalam hatiku berkata 'Hei, satu hari nanti aku pon nak duduk kat situ dan layan blues sorang2 mcm dia ni'
Ermm..iklan negatif terus melintas 'Tapi kalu aku duduk atas batu tu, kemudian batu tu tiba2 tak stabil dan terus tergolek2 ke bawah bukit macamane' Memang innalillahlah aku.



Kata pepatah. 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'
Sikit-sikit melangkah, lama-lama sampai juga aku ke puncak Bukit Broga.
Sampai di sana, aku mencari2 kawan2ku yg bertuah itu..

Aku rase lega...tapi.....
Penutup kamera sudah hilang entah kemana..
Penutup yg pernah kami cari semula bersungguh2 di Tropicana Resort 2 tahun lepas hilang tanpa disedari.
Mood menurun sebanyak 30%. tapi aku cepat2 mengusir sifat mazmumah itu.
Kami tak boleh berlama2 disitu, cuaca makin panas.
Lagipon mereka sudah lama diatas

Turun semula kebawah, aku tidak keseorangan lagi
'dan tak mustahil aku boleh keseorangan lagi' jika aku tak kuat semangat
Yelah, kaki dah macam parkinson, bergetar2 dah..
Actually, aku memang susah nak jumpa orang yg betul-betul boleh bersabar dgn kelemahanku.
Walaupun agak terasa hati, tapi apa aku boleh buat..
Lagipun benda yg lepas usahlah dikenang..
Yang penting aku selamat..
Aktiviti macamni sebenarnya memerlukan stamina dan emosi yg kuat.
Jika tiada salah satu, akan gagal.
Berbekalkan kekuatan emosi shj buat aku berjaya tawan Broga..
Aku tak kira jika orang lain anggap panjat Broga itu bukan susah pon, tapi ia adalah perkara penting buat orang yg lemah macam aku ni.

Ini bukan pertama kali aku panjat bukit, ini kali kedua.
Pertama kali di Bukit Cenderawasih, Perlis dgn berselipar dan berseluar jeans.
Siap nak kena kejar dgn Beruk liar lagi..
Sama juga seperti di Broga, di pertengahan bukit, aku loya dan muntah.
Amazingnya, selemah-lemah aku, aku boleh daki sorang2 ke puncak Broga for the first time dan tak mustahil juga aku boleh daki sorang2 selepas ini.
Memang aku puas berpeluh hari itu dan sangat2 berterimakasih dengan kawan2ku hari itu.
Alhamdulillah kepada Allah swt..Tuhan Penjagaku..

Sebelum itu, silalah nonton video lagu jiwang 'Sabarlah hati'
Video klip ini dibuat di Broga juga. minit ke 3.05 si Elly Mazlein berdiri di tempat yg sama dgn gambar aku posing kat batu belah batu bertangkup tu..



Tamatlah kisah ku ke Puncak Broga.

Wednesday, April 10, 2013

Bermimpi Tok Guru


Dipagi Subuh yang hening aku terjaga dari tidur.
Selepas solat Subuh, hati rasa sedikit hairan.
Kerana sebentar tadi aku bermimpi berjumpa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
Di dalam mimpi itu,
aku dan Tok guru berada di sebuah pondok buruk yang menempatkan anak-anak yatim.
Kami berdua memberi bubur kacang kepada mereka.
Dengan berserban dan memakai jubah,
Wajahnya sangatlah kukenal.
Beliau membawa periuk sederhana besar berisi bubur dan aku memegang senduk mencedok bubur dari satu pinggan ke satu pinggan.
Hujan rahmat turun dengan lebat, membuatkan atap pondok itu bocor.
Air hujan menitis sedikit ke dalam periuk itu.
Tok Guru berusaha mencari pelindung agar air hujan yg menitik tidak masuk walau sedikit pun ke dalam periuk bubur itu.
Dia juga menyuruhku agar berusaha melindungi bubur itu dari tempias hujan.
Perilaku yg lembut dan penuh kasih sayang ku lihat.
Begitu kasihnya Tok Guru kepada anak-anak yatim itu.
Mimpi sebentar antara Tok Guru dan aku itu sudah cukup bagiku.
Waima dalam mimpi itu sendiri, perasaan tersentuh dalam hatiku itu ada..
Inikan pula bila terjaga..
Cukuplah di alam mimpi, sudah terserlah keperibadian mulianya.
Mimpi yang baik datang dariNya.
Wallahualam.