Sunday, March 29, 2009

Minggu Suaikenal yg tak kenal sapa

9 Jun 2003, pertama kali aku menjejakkan kaki di PDT..sama macam korang semua..namun kini nama PDT sudah tidak wujud lg didunia ini krn sudah bertukar nama menjadi PSMZA, satu nama yg cukup asing bg kita..
Sepanjang minggu suaikenal..aku tidak mengenali sesiapa kecuali rakan sebilik..
Pun begitu,kami tak pernah bersama kerana selalu saja terpisah disaat² genting semasa MSK.dan dlm minggu itu aku hilang 4kg berat badan. Maunya tak hilang..makan tak kenyang,mandi tak sempat, tidor tak cukup, minum tarakk..sampai satu tahap rasa nak teguk jah air paip tp aku takut cirit pulak..bayangkan kalau kena cirit time kena jalan itik..sapa susah..encik kojichacha jugak..aku ada jugak hati nak amik 2gelas air sirap masa time makan tuh..tp aku takut jugak kalau² akak ajk msk jeling² kat aku..batal jela niat tuh…

Aku start tinggal berjauhan dgn family bila masuk poli dungun dlu..byk sgt kenangan aku dpt mase duk situ..smpai skrg pun x bisa ku melupakannya..cehh. especially geng2 aku yg 9 org tu..skrg aku miss so much all of them. disini aku nk cerita skit ttg kwn kesayanganku sume ni..

Mase kena ragging at 1st week(minggu suaikenal) aku jumpa YUS (bkn nama sebenar)dr rantau pnjg. aku tertengok muka dia sebenarnya sbb muka dia mcm ank org india..hehe. aku tengok jer dia sbb mase kena ragging, dia asyik gelabah je..yuh ni pendiam orgnyer, kecik molek, manis, takut lipas a.k.a serangga. jd aku selalu la kaco dia dgn lipas. Lepas aku bunuh lipas tu aku akan baling kat dia, sure jiran2 terbangun dgr jeritan batin yus..hehe..tp x tahannyer, maser dia menjerit tu, tgn dia duk pukul2 org berdekatan dia, sakit tuww.aku penah rase. so, lps baling kat dia, aku lari menyelamatkan diri..sesuatu yg amat aku rindu ttg yuh adalah sound bersin dia yg begitu merdu, nyaring dan good pitching..hatt..chuummm..


Mase week tu jgk aku kenal NORJI.tu pun dlm surau poli..sapa yg period kena duk belakang, so aku duk la sorang2, pastu terjumpala plak dgn minah kelantan yg peramah ni, dia org bachok sbb tu mulut dia becok sekali. norji ni suka ketawa, suka wat lawak.. aku dgn dia sepesen la cuma aku pemalu skit dr dia. hehe.. hal dia yg wat aku xle lupa mase kat restoren nasi ayam, time nak byar tu, dia jalan laju kearah abg cashier tu, disebbkan tapak selipar dia licin, makanya, dia terbabas xsempat nk brek,hahahaha, nasib baik xterlentang..kami cepat2 kuar dr tmpt tu lepas bayar n tergelak2 sepanjang jalan..gelakkan aku pd dia x terhenti disitu, mase smbhyg maghrib berjemaah kat surau poli hari tu jgk, aku masih xboleh berhenti gelak mse sembhyg..mmg xkusyuk igtkn hal tu..


haa..yg ade tahi lalat manis di pipi tu nama dia INA from Gaal, pasir puteh. dia begitu bebangga dgn kmpungnya..hehe
Disebbkan aku suka keluar pergi tengok tv..masa tulah aku kenal si ina yang montel nih…ina pun ada gaya tersendiri..dia suka sgt pakai tuala hijau kat kepala dia..pastu dia keluarkan sikit telinganya menampakkan dia seorang yang digeruni persis Firaun..mula-mula jumpa ina, dia sangat natural orgnya,menampakkan dia orang kampong yg sejati..aku tegur dia sebab aku tahu dia sekelas dgn aku..sapa yang tak kenal dengan gadis bertahi lalat di tepi pipi ni..itulah trademark ina yg menjadi ingatan sesiapa sahaja yg mengenalinya..tak percaya??tanyalah Pok Ya prebet…yer mmg betul, aku selalu terserempak dgn dia kat dlm bilik tv..tapi tak pernah pulak aku jumpa dia kat kafe ke, kat kantin..seingat aku satu sem tuh aku tak jumpa dia kat tempat spt itu melainkan tv dan bilik dia…kalu jumpa mahunya aku mintak autograf dia..dan buat kenduri doa selamat kat pusat islam..


Aku kenal mira pulak sebab dia satu kumpulan LDK dgn aku..tapi aku tak rapat dgn dia sebab kami jarang bertegur sapa..mungkin jugak dialah orang yg selalu lambat datang kepada kumpulan. Aku masih ingat muka mira dulu..dia tak nampak tinggi lagi masa tuh dan dia pakai tudung agak bulat..Cuma aku tengok hidung dia mancung,dan matanya yg redup..heheh..dan dia agak peramah jugak…mula rapat sbb dia selalu berhijrah ke bilik yuh,rakan sekampungnya..dgn Mira mmg jodoh panjang sbb sekarang pn aku dia masih bersama di uitm perlis :))


Masa pertama kali masuk ke kelas..aku rasa agak takut..maklumlah meja kelas tersusun dua..aku tak tahu nak duduk dengan sapa. tp masa tuh belum start belajar lg kerana baru nak buat perlantikan ketua kelas yang disandang oleh si Zainal selama-lamanya. Masa tuh aku kenal dgn Aini from Tumpat..ada satu ketika entah macam mana kami boleh duduk bersama..masa tuh lecturer tak da..jd apalagi aku berbual lah dgn sesiapa sahaja yg berdekatan dgnku..aku tak sangka aini ni org kelantan sebab cara dia bercakap dgn aku mcm org luar..very clear..tapi selepas setahun kenal Aini susah pulak nak dengar dia cakap luar..dan dia sudah kembali pd loghat asalnya…welcome²..Aini ni mcm mak kitorang kat umah sewa tu, bile time tgh bersiap nk gi kelas, mesti suara dia yg menempik..cepat..cepat, pok ya/pok mae dh dtg..sapa pokya/pok man? they are our private driver..:))


Sal oh sal..aku kenal dia sebab dia jiran dekat dgn bilik aku..aku selalu jugak bertandang ke bilik dia tp aku tak biasa sgt dengan kak Mazni..loghat ganu dia sgt pekat..maklum lah org kuala berang …sal lemah lembut orgnya tp kulit dia dahulu tak secerah sekarang dan aku boleh ingat wajahnya yg mengalami peralihan dr edisi remaja kepada anak dara..hehe..jgn marah ya..


Bey dgn fizah, kedua-duanya aku kenal serentak sebab dia duduk betul² depan aku dalam kelas..bey dan fizah lah yg selalu berborak dgn aku..aku juga suka mengusik mereka berdua..suara fizah bile berborak sangat halus dan begitu lemah lembut bila berbicara,fizah org kota bharu.. bey pulak dgn lawaknya dan ‘ang..ang’ di penghujung ayatnya cukup buat aku senyum sendiri..maklumla org Ajil,ganu..mereka selalu gak membuang mase dgn aku tika mereka kesunyian..bey ni kelakar orgnye, berehi wat lawok katenye..mmg sekepala dgn aku.

5 comments:

  1. salam..... niq aku bru t'jumpa blog ko.... aku bley t'gelak sorg bca blog ko... rasa sayu pon ado.... ~farah~

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. apa aku tye soalan nih..aku pon xpaham..mungkin masa ni aku xtau menatang apa itu blog..

      Delete