Monday, February 4, 2013

Hidup Untuk Makan~Episod 2

Topik kita harini adalah masak yer tuan tuan puan puan
Ade yg tak pandai masak, malas masak, rajin masak, suka masak..
Anda kategori mana?
Lantak korang la..yg penting..
Rajin masak lebih baik dari pandai masak..
Saye pon belajar dari org lain dan juga Puan Gugel
dan juga Website yg best ini--> http://www.trymasak.my/

Anda mahu merasai Mee Kari pada tahap maksimum? Silalah masak sendiri..
Cara-caranya adalah..
Sila gugel sendiri..
Bila mee habes, kuah nya boleh dimakan bersama roti..
Roti nak expired pon boleh asalkan tak berkulat lagi.. 
Sakit perut anda tanggung sendiri nanti..

Tiada kesilapan bila saya masak Mee Kari Daging dibawah..
Cuma Mee sebungkus tak cukup utk 2 org makan..OMG


Seminggu Kemudian, saya mahu makan Kari Daging dengan Nasi putih panas2
dengan kicap + sambal belacan...
Anda terliur? Sila kawal yer..
Tiada Kesilapan juga memasak menu dibawah
Pastikan daging empuk, masak kari/gulai daging memang kena lama sikit
Yg penting, masa nak tumis tu..tumis betul2 biar naik bau, garing dan naik minyak
Jangan naik angin sudah..
Ape yg nak kena tumis?bahan2 tumis dan Kari itu sendiri ok..
Nasi licin dan kari masih berbaki dalam periuk? 
Jangan risau, anda boleh buat Lempeng dan juga makan bersama Roti Kosong.
Nak buat Lempeng sgtlah senang..Tepung Gandum dan telur shj.

Nak menghirup Tomyam ala2 Mango Chill dengan sepuasnya?
Membuat tomyam jenis ini mmg tidak guna perencah ok
Rahsianya letak santan dan susu cair
Pertama kali buat mmg tak jadi
Menjadi sebanyak 60%
Tengok gamba pon dah tahu kan..
Jangan risau, kita boleh improve lagi
Kesilapan memasak menu ini adalah ketiadaan Lengkuas mungkin
Saya masih memikirkan apa kekurangan dlm menu ini hari itu (Cewahh)
Adakah cara masak yg salah?
Kalu dah lapar, bedal je lah labuu..

Haa..teka apa menu dibawah..
Pandai..Telur Bungkus
Kesedapan telur bungkus adalah bergantung pada isi didalamnya
Tumis bwg putih dan merah--cili kisar-- daging kisar--sos..
Lepas tu masaklah ikut citarasa sendiri
Yang penting masa nak bungkus tu biar jadi..
Macam dibawah sy pakai 3 bijik telur
Lepas tu sy hamparkan telur tu dalam kuali selebar2nya..(ayat tak betul ni..)
Letak daging kisar pastu bungkus..
Kesilapan memasak ini adalah pilihan daging kisar itu sendiri..
Daging kisar ayam/lembu Ayamas lebih sedap berbanding Ramlu (Nama produk dirahsiakan)
Kenapa silap?nampak gambar mcm cantekk je..
Sebab tak laju diorang makan menu ni (anak2 sedara dan adik2ku) hikhik

Sy mengalami bengkak gusi dan demam..
Jadi sy mahu makan Nasi air/bubur shj
Pertama kali buat..
tumbuk halia dan bwg putih
Basuh beras dan masukkan halia dan bwg putih tadi kedalam beras
Letak air lebih..letak 1cawan santan dan sikit garam
Letaklah isi ayam/daging
Tapi kalu daging tu kena rebus dulu kasi empuk kat periuk lain
Pasal kalu bergantung pada RiceCooker mmg tak empuk kot..
Mcmana nak sukat air?
Sukahatilah tapi buat menu ini memerlukan pengalaman pertama..
Kesilapan memasak menu ini adalah sukatan air
Gambar dibawah selepas sy tambah air berkali2
Lebih cantik jika ade bawang goreng dan daun sup
Kicap tu tumbuk lah dengan lada kecik sikit
Baru marberless..

Ikan Bakar..
Ikan Cencaru sangatlah sedap dibakar dan dicicah dengan kicap
Kicap tambah asam limau nipis dan juga lada kecik..
Cukup makan nasi putih shj
Ikan Pari pula sangatlah sedap dicicah dengan air asam..
Sedikit belancan + lada kecik +Asam Limau nipis+garam+sedikit air 


Nasi Lemak..
Cian tak masuk gamba..
kekuatiran memasak nasik lomak adalah takut ia mentah dan lembik
Ikut cara org tua2..sukat beras dan air guna jari pon boleyy
Simple sj..letak daun pandan, kulit kayu manis, santan cair, halia dan sedikit garam
Mungkin untuk mengelak kekuatiran ini berlaku adalah dengan membaca Bismillah dan juga masak dengan penuh Kasih Sayang..
Sambal pula kena banyak pakai bawang besar kisar dan tumis dengan minyak byk dan sampai naik minyak..
Boleh latak Kulit kayu manis dan juga Gula Melaka
Ada sesetengah org letak belacan dan asam jawa..
Saya masih memikirkan rahsia sambal ikan bilis nasik lemak akak yg jual nasik lemak depan sekolah rendah tepi simpang tu..

Eh..dah abes daa..
Babai..

Jika anda masih tidak berpuas hati lagi dengan artikel ini sila ke-->

Hidup Untuk Makan~Episod 1
Nasi Dagang
Spagheti

Saturday, February 2, 2013

Sabtu dibulan February

Hari ini hari Sabtu
Hari dimana sepatutnya berehat dan release
Tetapi malangnya hari ini kerja baru bermula
kerana masalah sistem+network yg selalu berlaku
Agak tak larat
batuk+selesama+period+gusi bengkak+hampir demam
Muka pon dah takdek seri
Kalu nk demam kita kena lawan..Poyo jer ayat..

Bangun tido - bace sms boss suruh buat kerja
Adakah aku senyum dan terus ketawa kerana gembira??
Kepala hotak aku tak berjambul..
bawak kereta pon slow..dah lah cuaca panas membahang

Sekarang kat opis
Sorang2 je
kadang2 dengar bunyi kerusi..
Kaw kaw kena

Bekerja dikelilingi kaum Adam
Adakah mereka aspect tenaga aku seperti mereka??
Aku bukan tak boleh kerja hari ini
Bukan pertama kali jadi mcmni..dh banyak kali
Aku memang tak boleh kerja sebab sakit
Ya bos dah tau aku sakit dan kerja mesti diteruskan
Jadi..tiada rasa belas kah dihati mereka??
Oh aku lupa aku seorang shj kuli..
Keselamatan dan kesihatan bukan perkara utama yg difikirkan
Sebaliknya--Kerja mesti siap untuk kepentingan kompeni
Kalau org2 berkenaan ade depan mata ni..maunya mereka kena marah dgn aku ni
Bukan senang aku nak marah org..time period mcm ni mmg otomatik keluar

Wahai kerusi yang berbunyi..diam boleh tak?
Aku sepak kang...biar sume barang2 dalam opis ni rosak
Baru padan muka..
Ish2..mereka tak bersalah
Tulis je bukan aku buat pon.

Be rational & propesional
Ikhlaslah krn duit gaji yg sebesar zarah nilainya ..
diharap halal kerna menjadi darah daging sendiri..

Allahuakbar..perkara dan masalah ini pasti selesai dan berlalu
Ibarat masa yg terus berputar..