24/04/2012
8 jam selepas artikel ‘Tuhan Sedang Mengujimu’ di postkan… Keretaku
dipulangkan..
Bagaimana?Siapa?Kenapa?Bila?Dimana? Satu persatu perlu
dirungkai hari itu..
Sukar dirungkai bila aku perlu berhadapannya seorang
diri..tiada pengalaman menghadapi situasi ini.
Watak 1:Teknisen
TM~Jihan (Org Kelantan)
Watak 2:Pembeli
Kedua~Kak Ros + hasben (org Kelatan)
Watak 3:Pembeli
pertama~Pelajar UPSI (beberapa org)
Watak
jahat:Pencuri~Zaidi bin Rahim (Sila google,, pasti ade..)
Watak 5:Adik Kak Ros
(Lelaki)
Watak 6: Sarjan Ahmad
Fauzi (Sarjan Misai Datuk K)
Ramai kan orang yang terlibat..
Lokasi: Opis EBI (11.00am)
Abangku datang utk membantu menyelesaikannya..
Pembeli Kedua adalah kawan kpd kawan Jihan..Menurut Jihan, pd
pagi itu kat kedai makan kat Serdang, dia bersama kawan dia brekpes sekali dgn
pembeli kedua-KakRos+hasben. Sudah ditakdirkan dokumen jual beli kereta tu dia
tertengok krn Kak Ros bgtau kereta tu mungkin kereta curi. Jihan tengok alamat
opis kat dokumen tu..dia familiar dgn company EBI (Alamat yg tertera)
Kemudian, dgn niat mahu tolong..Jihan datang ke opis. Dia
masuk dgn sehelai tisu tertera nama dan no. plat keteku. Nak jumpa owner kete
katanya..Bila melihat helaian tisu itu, aku rase bagai satu keajaiban..sukar
diceritakan perasaan ketika itu..hehheh
Lokasi: Gerai Mamak AlBarkath Bukit Jalil (12.30pm)
Lepak di gerai mamak berbincang perkara itu..aku diam seribu
bahasa..Risau jika harapan itu tidak kesampaian atau terjadi apa2 yg buruk
ketika itu..Aku+Abang+Jihan menunggu kedatangan pembeli kedua..Jihan suruh Kak
Ros bawak keta aku sekali. Tapi rupa2nya lakibini tu dtg dgn keta sendiri.
Panas hatiku, nak aje aku call polis mase tu tapi tak boleh ikutkan sangat
perasaan ketika itu.Silap2 keta aku dibawak lari pulak atau ditinggal ditepi
highway..
Sampai je kak Ros dgn lakinya..Kak Ros ckp keta aku ada kat
tangan pembeli pertama dgn kuncinya sekali. Malam tadi dia dah pulangkan serta
merta kpd pembeli pertama krn mengesyaki kerete itu kereta curi. pembeli pertama
juga telah memulangkan RM5700 kepada kak ros malam itu jugak selepas Kak ros
menggertak pembeli pertama utk report polis jika wang tidak dipulangkan..
Kak Ros mmg pndai berbicara dan melawan. aku lihat Jihan dan
Abang sudah panas hati dgn dolak dalik bicara Kak ros yg memakai blous dan eye
shadow warna warni dimatanya (macam Negro..ehh..astagafirullahalazim) Geram
hatiku melihat wajahnya..rase nak simbah air je kat muka dia mase tu smpai
hilang eyeshadow pelangi dia..huh!
Kak Ros tanya aku samaada boleh ke bayar ‘sejumlah wang yg
ada’ kpd pembeli pertama (kerana pembeli pertama telah kerugian membeli dgn
pencuri). Tak habes Kak Ros tnya, aku serta merta menggeleng dan berkata
‘Tak Akan!’. Kepala hotak korang
berjambul, owner plak nk kena bayar kerugian.. Mase tu aku rase nak penampor je
muka Kak Ros sampai juling (Sampai dia takda hati nak pakai eyeshadow
pelangi)..tapi aku sabarkan hati kerana hari itu aku kena ingat Allah telah
memulangkan semula hak aku..
Didepan aku, Kak Ros berurusan dgn pembeli pertama (keretaku
berada ditangan pembeli pertama). Akhirnya kami semua setuju utk selesai scr
baik dan pembeli pertama bersetuju memulangkan kereta aku sebelum aku report
polis. (Dia takut dia kena buang UPSI).
Pergi ke Serdang ambik keta, sebelum kami sampai, pembeli
pertama letak kereta dirumah Kak Ros. Bila kami sampai, Kak Ros takdek, pembeli
pertama takdek, hanya Adik Kak Ros yang tolong. Tahu pon takut!
Semua barang dlm keta aku dibuang, yg ada hanya surah
Yasin, Selipar wedges yg aku baru beli kat Jln Tar, Stereng Lock (dah rosak)
dan bau2 rokok yang busuk!
Antara barang yg tiada :- Semua kasut2 aku kat bonet termasuk
kasut sport (aku wat mcm rak kasut),pendrive yg baru beli kat KLCC Fair, Car
MP3 Usb, Semua dokumen salinan kereta, bantal leher, Bunga gantung yg Nor bagi,
En.Sutun yg sentiasa tersenyum padaku, hon keta tak berfungsi, dll.
 |
| Pertemuan pertama selepas 7 hari hilang.. |
Selepas itu, aku dan abang ke Balai Polis Bukit Jalil utk
report susulan. Aku balik opis dan tinggal semula keta kat Taman LTAT utk
melindungi keta yg 100% tak selamat lg.
Esoknya aku cuti dgn harapan dapat berjumpa Sarjan Misai tapi
dia pulak nk rest (hampeh sikit).
Waktu lunch, dgn bantuan Kak Syida, aku bergegas memindahkan keta dari Tmn Ltat ke
Balai Polis BJ krn tak sedap hati.
Malam esoknya, dgn bantuan Kak Syida, kami ke
Balai Polis Pudu utk berjumpa Sarjan Misai.
 |
| Balai Polis Pudu dimalam hari |
 |
| Sekitar Balai Polis Pudu |
Malam itu, kulihat sarjan Misai kelihatan segak dan harum. (kat
bilik dia ade deretan botol perfume lelaki yg mahal2), bilik sedikit kemas
berbanding sebelumnya. Aku berhadapan dgn dia seorang diri didalam bilik yg agak
sunyi itu.. aku baca ayat kursi (sebab Kak Syida mase tu belum sampai bilik
sarjan tu lg).
Makanya bermulalah bebelan Sarjan Misai tanpa henti kerana tindakan
aku seolah-olah menutup kes tersebut. Tak heran lah, kat atas almari dia ade
sijil perhargaan-‘Perhidmatan Cemerlang’..hmm cemerlanglah
sangattt.. Aku tadah telinga jelah..abes sume citer dia terhambur smpai dia kematian
bini pon nak citer..ermmmmm.
Sejam kemudian, hal ini settle, aku kembali meletakkan
keretaku kat Balai Polis BJ. Tgh drive, sarjan tu call, bgtau IC aku
tertinggal atas meja dia..phuiii..nape la aku ni loklak sgt..Esoknya aku pi lg
bilik sarjan tu ambik ic..hampeh!
Lepas tu aku pulang ke kampong utk urusan tukar kunci, alarm
dan beli kunci solek yg baru (betul tak eja solek macam tu..argh belasahlah..)..sumenyer
abes dalam 2k..ehh tak lah tipu jer..RM200 jew..Alhamdulillah..at~Kedai Kunci
Segamat.
Lalu aku kembali ke KL utk urusan penghijrahan aku ke tempat
yg lebih selamat. Sekali lagi
Alhamdulillah, urusan dipermudahkan, aku dapat jgk cari sebuah bilik/rumah pada
minggu tu jgk..sekarang aku rasa aku dapat rumah dan tempat tinggal yg jauh
lebih baik dari sebelum ini (Mudah-mudahan)..mungkin ada hikmah sume ini berlaku.
Sekarang aku
tinggal kat Blok B Taman LTAT, Bukit Jalil. Berbanding blok2 lain, Blok A dan B
ade beberapa pak guard yg jaga 24jam (mungkin bekas2 tentera diorang ni).
Sampai kehari ini..masih ade lagi brg2 aku tak abes angkut lg kat umah lama
tu..kerana aku mengamalkan konsep ’Satu Hari Satu Barang’..Phuii..dah beberapa
hari aku tak amalkannya.. teringat jugak bilik lama dan kenangan hampir 2 tahun
duduk kat situ..Kak Syida mungkin jgk tak rindukan aku..hukhuk..xpelah..aku
bukannye sape2 pon..Timakasih Kak Syida!
Persoalan dan hakikat yang masih bermain2 di mindaku..
~Aku hilang kereta selama 7 hari!
~Adakah pembeli pertama bersubahat dgn pencuri kereta?
~Jika tidak, adakah Kak Ros dan pembeli pertama mempunyai talian persaudaraan?
~Bagaimana pencuri mencuri keretaku dan tidak kereta org lain yg tak b'stereng lock lg?
~Adakah pusat servis Puchong bersubahat dengan pencuri? (aku servis kereta 2 minggu sebelum hilang, tinggal segugus kunci keta dan keta dari waktu lunch sampai pkul 6 ptg)
~Apakah penyebab isteri Sarjan Misai meninggal? ehh..