Friday, December 26, 2014

Permulaan di Penghujung 2014

Permulaan di Penghujung 2014~RapidKL

Kali ini nak share gambar2 kat tempat kerja baru.
Tiada niat lain selain nak share sahaje sebelum aku delete gambar ni pada masa akan datang.
Manusia yg jenis suka amik gambar macam aku ni memang mcm ni..Bukankah ini lebih baik dari 'Selfie'
Cuma jika share kat laman social peribadi yg ramai senarai kawan2 yang dikenali dan kurang kenal, takut2 dilihat riak..tapi percayalah tak kuasa aku dgn semua tu..hahaha
Sebelum berpindah/ditugaskan ke Depoh tertentu pada 2015, kat sini aku menimba pengalaman baru.
Orang kata permulaan.. kita ada pengalaman bekerja 4 tahun kononnya rasa sgt lama, padahal kat sini aku bertemu org2 yg berkerja berpuluh tahun, berbelas tahun, 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun..
Kita yg 4 tahun ni tak yah banyak cakap naa..cuma satu sahaja...
Menghormati pengalaman mereka.

Lokasi : Kompleks RapidBus Cheras Selatan & Depoh Cheras Selatan
Permulaan karier, terjun ke bidang pengangkutan awam paling rumit, yakni Bas
Petang hari
Nun terlalu jauh disana kelihatan bukit yang menampakkan Genting Highland


long journey to find you..
Yer, sayer sedia berkhidmat
Pada akhir Oktober 2014, kita ditugaskan utk memantau keuntungan harian utk event tahunan MotoGP 2014.
Lokasi pantauan :KLIA2-SEPANG
Walaupun diluar bidang tugasan harian, demi pengalaman, apa salahnya..lagipon setahun sekali.
Pengalaman penting tau..






Aron Aziz? takpolah kawe tok minat

Bila bertugas, makanan sgt cukup, asyik makan jer..sarapan, tengahari, minum petang, malam..
Sarapan 1st day
Sarapan 2nd day
Lunch 3rd day
Mat2 yg gila motor memang suka pegi sini selain dapat cuci mata tengok amoi2 dan gadis2 hot..
tak kuasa aku menengoknyer..hehe

Ini pula gambar kenangan orientasi 2hari..gambar tak termasuk staff baru dari RapidRail, Prime, Pride etc. Yang baju kuning tu semuanya Kapten Bas kecuali 2 gadis didepan tu.
Mereka t
ermasuklah dari RapidPenang dan Kuantan.

Maha Suci Allah yang sedia membantu memudahkan urusan kami.
Terima Kasih.

Monday, December 8, 2014

Dear December 2014


Dear December,
The Friday of the months,
we finished Nov quite well and really busy on Dec. 
Please be nice to us. 
We stay patient.
        
December selalu menggamit jiwa, kerana ia bulan terakhir penutup Buku 2014.
Hakikatnya, masa memang pantas berlalu, tidak perlu difikirkan kenapa, ia memang tanda2 akhir zaman.
Tahun depan umur bertambah memang sesuatu yang bukan mudah bagi seorang gadis bersendiri mencari rezeki dan masih belajar erti kehidupan dunia akhirat.
Memang akan ada insan memandang sinis. Oleh itu bersabarlah dan bersangka baik pada mereka..
Hari ini, aku ada masa lapang utk menulis, minggu lepas seminggu aku berkerja keras di office..

2014,
Terimakasih kerana menjadi tahun yang penuh pahit manis.
Mungkin 'dramatik' barangkali :-)
Awal tahun pemikiranku tidak sama dgn jangkaan pertengahan tahun, lebih-lebih lagi apa sebenarnya yg berlaku pada akhir tahun.

Awal tahun sehingga pertengahan tahun, macam2 perkara dilalui.
Syukur aku boleh melaluinya walaupun pada masa itu kekuatan diri berada pada tahap paling rendah.

Perkara paling besar dan bermakna pada tahun ini tentulah bila aku berjaya menjawat jawatan tetap di Prasarana-RapidKL.
Disini, aku lebih berdikari rupanya..
(Ingin aku ceritakan pada post akan datang..)

Aku sedar Tuhan sentiasa disisi..
Walaupun tidak semua yg dihajati dipenuhi, 
Namun aku yakin ia akan dipenuhi pada masa akan datang..

Oleh itu, Kebahagiaan apa yg anda inginkan?
Tanya pada hati sendiri..
dan usahakan sebaik mungkin, 
Anda pasti akan berjaya..

Yang benar,

Thursday, October 30, 2014

Kek Coklat Karamel & Puding Karamel

Kek Coklat Karamel

Adik kakok abe, sy betul2 ikut cara dibawah dalam penghasilan kek ini. Selamat mencuba.




Cerita belakang tabir..
Periuk kukus ni aku beli tahun lepas pasal apa, pasal aku teringin sgt makan lepat pisang dan nak buat sendiri. Dulu, arwah mak selalu buat kuih feveret ni..
Lokasi pembelian periuk dan barang2 dapur murah2, tahan lama, tahan lasak banyak dijual Pasar Payang, Ganu kite.
Lepas tu simpan dalam laci dapur, pastu setahun lebih kemudian baru aku guna bila tahu kek pon boleh masak guna periuk pengukus.
Lega tengok tak bersawang lagi periuk ni..kihkih
Saiz periuk pengukus anak dara punya memang comel dan sederhana je besarnya.
Aku gembira bila ada periuk pengukus ni sbb belum rasa nak memiliki Oven lagi..ruang dapur kecik.
Dulu aku ingat nak buat kek kena ada Oven/Microwave je.
Dalam membeli barang2 kek, aku suka pergi Kedai Bagus, Sungai Besi
Semua barang ada dengan harga berpatutan.
periuk cap ape?..cap payung terbukak--reka sendiri nama periuk
Aku tak tutup pon penutup periuk dgn kain..tengok ok je..ade sesetengah cara kena balut tudung periuk agar air wap tak menjejaskan kek.
dengan menggunakan serbuk coklat cap Beryl's, rasa kek sangat sedap
Aku beli juga papan pelapik kek warna gold tu 60 sen je..ada banyak saiz kat kedai..mmg ngam pula dgn saiz loyang tu.
Banyak ni je aku makan, yg lain hosmate dan aku bagi pd kawan2
Ini lah rupanya.. lain kali boleh buat lagi.
Kali kedua buat kek dan selepas 12 tahun tak buat kek.
Masa lepas SPM dulu, aku pernah buat kek coklat sekali. Itu pon pakai tepung khas dibeli dgn kawan baik.
Bila tgk kek cantik dan sedap, hati ini memang gembira :-)

Puding Karamel

Ini mungkin kali ke-4 buat puding ni, kali pertama,ke-2,ke-3 fail.
Menggunakan periuk pengukus dan masih ada rasa takut2 jika fail lg.
Akhirnya berjaya juga tapi Topping nya jika ingin lebih manis, ia akan kelihatan lebih gelap lg.
Yang dibawah aku letak 3 sudu besar gula sahaja.
Masa nak masak gula tu jadi karamel mmg susah sikit. Tapi anda boleh letakkan air dan ratakan pada bekas tupperware  dgn pantas dan sekata.
Mula tuh aku cari bekas tupperware bentuk Love tapi tak jumpa.
ada yg bentuk 4segi sahaje.


Selalu guna blender kalu nak blend telur dan sebagainya pasal xdek pengisar khas utk buat kek
Kalu warna tak gelap mcm ni, tak rasa manis sgt..sedang2 saje
Letak dalam peti sejuk, enak dimakan sejuk2.
Salah satu cara utk rasa gembira adalah dgn memasak. 
Tak perlu terlalu bijak dlm memasak, cukup lah dgn ada sifat'sedikit rajin' dan berani mencuba.
Sekian dan Terima Kasih.

Tuesday, October 28, 2014

Hitam Putih Kehidupan


Selamat tinggal wajah senyuman 24 tahun ku.. :-)
Tiada lagi senyuman ini setiap kali aku mahu menulis di blog pada masa akan datang.
Menulis blog bermula 18 March 2009 semasa masih dalam pengajian di Uitm Arau.
Post pertama perihal anak buahku ~ Dia Along, Dia bukan nak tolong..
Hari ini, penukaran imej blog aku berlaku dgn begitu pantas dan tanpa perancangan..
Kepala hotak aku berterusan mengubah design blog ini bermula dgn pendaftaran Nuffnang.
Dari Merah Berani kepada Hitam Putih kehidupan
Selepas lebih 5 tahun aku tak update design blog sebab..malas.
Banyak perkara yg akan dikongsi dalam post akan datang.
Hitam Putih Kehidupanku sedikit berubah seiring dgn perubahan tempat kerja pada September 2014.
Tapi aku masih seperti dahulu.. :-)

Terima Kasih.


Wednesday, September 24, 2014

The Last Co. Trip ~ Dhe Rhu Beach, Kuantan

21 - 23 June 2014
Sekadar berkongsi gambar dan cerita.
Ini Trip terakhir. Selama 4 thn bekerja disini, aku hanya pergi Trip Pertama-Pulau Perhentian dan Trip terakhir-DRB, Kuantan. 
Pantai ini tidak seperti Pulau.. Pulau memang la cantik..
Tempat ini lebih sesuai utk Hari Keluarga, BBQ, mandi kolam dan pantai bla bla bla dan ia memang lokasi sesuai utk yang "Safe Budget" 

Day 1
Walaupun tak semua staff yg pergi, tapi aku join jgk disebabkan ini adalah moment terakhir bersama diorg sebelum aku berhijrah ke tempat kerja baru.

Berhenti kat Hentian Bentong
3 pm sampai..
Adakah membawa hamper perlu? mmm kalu aku yg urus mmg aku tinggal je hamper ni sume kat opis..Just buat cheque olok2 jer..Penat tau nk punggah.. tp pemikiran mereka mungkin nk nmpak lg menarik bila masuk gambar..Gambar?? tiada siapa yg peduli slps itu.. Trust Me :-)


Petang itu kami bersiar2 di gigi pantai..Pantai yg kelabu seperti langit..
Yes, ini memang Hari Keluarga EBI yg pertama, tp sebenarnya satu kek sudah cukup :-)
We have three type of bosses..dari kiri..
Sorang pemurah peramah, sorang lemah lembut, sorang tegas..
Tapi akhirnya ditempat kerja baru aku jumpa jenis ke-4, iaitu punctual.
Day 2
Semua program dah tersusun rapi. Pagi yg indah. Melihat air pantai dapat release tensen.. walaupun dah tak berapa nk tensen dah :-)



Lompat laa selagi bole lompat
Grup Ketam
Grup Jerung
Grup biawak ehh aku tak ingat siot nama grup nih
Well, aku mmg handal dlm Bola Tampar hehe, tgk la tangan kanan aku mmg berfungsi dgn baik.
Yer, hanya bola tampar dan hoki saje aku guna tgn kanan.
aku tak sah kalu tak jatuh macam nangka busuk daa..
Dlm permainan ni, ala2 mcm dlm RunningMan tu..yg first kena mahir lukis..aku org yg nak last2 dah..
dapat ke aku mmg hampeh la..pasal org yg awal2 dah out haha..
Outputnye sepatut Zirafah tp tgk la aku lukis tu, kepala mcm rupa ayam jantan daa...
Gelak guling2 aku tgk gambar ni..yg plg lucu sekali yg tgh2 tu la..jahanam ibu dan ayh angkat diorg design..
Ini peraduan mencipta kostum oleh parent diorg sendiri..
Masa aku duk depan yg tgh tu..dia senyum je sbb tak leh bergerak langsung,
hampir juling matanya pasal potongan lubang spek biru dia tak menepati piawaian mata dia. hahaha
Malam tu ada Dinner..BBQ..mmg sedap sgt dan hamper diagihkan. Tema Masquerede..aku ade beli mask 2 hengget tapi dah patah sesungutnyerr.. tu yg tak pakai..hehe
Aku grup Ketam..3 hamper yg berjaya..
Muka aku dah terbakar dan hitam pasal kuat main pantai dan kolam hari ke-2 dan 3
Comei boss type no.2 ni.. kat sini diorg romentik..ank2 tak bawak ok.
Gambar kenangan mesti ade
Day 3
Mandi, mandi dan mandi..itu saje
dan ada majlis penutupnyerr.


Nasib baik ade opismate pakai henpon Sony Z1 yg water resistant.
Puas mandi air masin, then,aku pi terjun air tawar (kolam)
Gambar depan resort sblm kami berangkat pulang ke KL (sampai pkl 630pm)
 Ok itu saje nak aku share utk tatapan ank cucu nanti..