Friday, September 12, 2014

Iftar Ramadhan 2014

Post ini tak dipublish beberapa minggu yg lalu..

Nampak tak nampak tak nampak tak..aku tak bizi..So aku boleh merapu kat blog..
Ok skrg Kak Mah lagi bizi dari aku.

Post kali ni nak citer pasal Menu Iftar dan Ramadhan.
Ok tahun ni Ramadhan sgt berbeza dgn tahun lepas..lebih memberi ketenangan padaku..
Sama juga macam kamu.
Bayangkan, nafsu nk ke Bazar menurun sebanyak 90%. Dalam sebulan tu ade la 3 4 kali saje pergi bazar.
Tak kira balik lambat atau awal, aku mesti nak masak sendiri jugak. Kelebihan masak sendiri adalah lebih bersih, lebih selera, lebih sedap, lebih pahala, lebih afdol..gituuu.
Lagi lagi saat peperangan melanda Gaza, bila berlebih2 dalam membeli makanan ni mesti kita teringat kat org2 disana yg ditimpa dugaan besar dan dasyat.
So, aku ala kadar saja dlm berbuka puasa, lebih2 lagi berbuka sorang2 setiap hari mmg aku takdek keja la sambil2 tunggu azan tu aku amik la gambo mknn, wat kenangan katenyerr..Oh yer..hosmate2 ku lagi kesian balik kerja malam2, outsation sana sini..
Berikut adalah menu berbuka puasa ala kadar bagi seorang gadis di ibu kota.

Iftar didalam rumah
Tekak aku mmg tak mahu air sejuk..nak air panas je..hari-hari wat teh O/Kopi O je..Masak nasi dan satu lauk je/Daging bersos, kuih tu mesti nak kena beli kat gerai dkt2 rumah sewa, 5 jenis RM2, itu pun utk moreh sekali.
Nasi Goreng dan sardin..menu ni mase aku tak sempat beli lauk mentah utk masak, balik kerja terus geledah ape yg ada. Kuih feveret mesti ada--popia sira ni mmg sedap. hari2 aku cari gerai yg sama plak tu. Hari2 aku cari pakcik misai yg jual popia sira ni, nk mitak resepi dgn bini dia aku malu
Ikan Bakar cicah asam kicap..xyah susah2 nk masak sayur mayur pasal aku suka mkn ulam jer.. aku buat jemput2 pisang je..itu pun pisang yg aku bawak dari kampung. xnak membazir katanyer..
Beli nasi kerabu bila teringin jer..Kuih mesti ade utk moreh juga.
Gulai ayam, ayam goreng, ulam dan tempoyak..Ini la nasi berlauk orang kelantan panggil
Sambal sotong. cara2 masak sambal yg sedap spt blender sekali lada kering, gula merah, sebiji kurma, serbuk kunyit sikit, belancan dan masak lama tau..baru masuk sotong..xpayah tambah air sebab air dari sotong tu akan keluar dgn sendirinya. Yg ni aku tanya Puan Gugel pasal kau ingat aku pandai sgt ke masak..rajin jew..hekhek.
Iftar di luar rumah
Nasi Arab..dulu tak reti makan nasi ni..skrg pntang dengar..meleleh air liur..kombinasi yg sedap dan thorbaekk..

Kompeni iftar kat CyberView Spa & Resort,Cyberjaya

Kambim Golek bekk
Kalu makan kat tempat2 mcm ni yg penting adelah 'Planning'. Jgn minum air byk2 dan amik sume makanan dlm kuantiti yg sikit2..barulah puas hati hehe

Kompeni iftar yg ke-2 kat Grand BlueWave Shah Alom, ni second iftar kat sini.. tapi yg first tahun 2012 tu lagi best

Iftar ke-3 adelah dgn member2 opis dan ex-opis kat Flaming Steambot Shah Alom
Itu sajelah nk aku bebelkan kali ini..
sekarang dah bulan September, Syawal pon dah berlalu..
Memang banyak yg akan dikongsi dalam post2 akan datang sebelum kesibukan kembali menjengah sisi hidupku..
Alhamdulillah utk segalanya :-)

No comments:

Post a Comment