Friday, December 26, 2014

Permulaan di Penghujung 2014

Permulaan di Penghujung 2014~RapidKL

Kali ini nak share gambar2 kat tempat kerja baru.
Tiada niat lain selain nak share sahaje sebelum aku delete gambar ni pada masa akan datang.
Manusia yg jenis suka amik gambar macam aku ni memang mcm ni..Bukankah ini lebih baik dari 'Selfie'
Cuma jika share kat laman social peribadi yg ramai senarai kawan2 yang dikenali dan kurang kenal, takut2 dilihat riak..tapi percayalah tak kuasa aku dgn semua tu..hahaha
Sebelum berpindah/ditugaskan ke Depoh tertentu pada 2015, kat sini aku menimba pengalaman baru.
Orang kata permulaan.. kita ada pengalaman bekerja 4 tahun kononnya rasa sgt lama, padahal kat sini aku bertemu org2 yg berkerja berpuluh tahun, berbelas tahun, 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun..
Kita yg 4 tahun ni tak yah banyak cakap naa..cuma satu sahaja...
Menghormati pengalaman mereka.

Lokasi : Kompleks RapidBus Cheras Selatan & Depoh Cheras Selatan
Permulaan karier, terjun ke bidang pengangkutan awam paling rumit, yakni Bas
Petang hari
Nun terlalu jauh disana kelihatan bukit yang menampakkan Genting Highland


long journey to find you..
Yer, sayer sedia berkhidmat
Pada akhir Oktober 2014, kita ditugaskan utk memantau keuntungan harian utk event tahunan MotoGP 2014.
Lokasi pantauan :KLIA2-SEPANG
Walaupun diluar bidang tugasan harian, demi pengalaman, apa salahnya..lagipon setahun sekali.
Pengalaman penting tau..






Aron Aziz? takpolah kawe tok minat

Bila bertugas, makanan sgt cukup, asyik makan jer..sarapan, tengahari, minum petang, malam..
Sarapan 1st day
Sarapan 2nd day
Lunch 3rd day
Mat2 yg gila motor memang suka pegi sini selain dapat cuci mata tengok amoi2 dan gadis2 hot..
tak kuasa aku menengoknyer..hehe

Ini pula gambar kenangan orientasi 2hari..gambar tak termasuk staff baru dari RapidRail, Prime, Pride etc. Yang baju kuning tu semuanya Kapten Bas kecuali 2 gadis didepan tu.
Mereka t
ermasuklah dari RapidPenang dan Kuantan.

Maha Suci Allah yang sedia membantu memudahkan urusan kami.
Terima Kasih.

Monday, December 8, 2014

Dear December 2014


Dear December,
The Friday of the months,
we finished Nov quite well and really busy on Dec. 
Please be nice to us. 
We stay patient.
        
December selalu menggamit jiwa, kerana ia bulan terakhir penutup Buku 2014.
Hakikatnya, masa memang pantas berlalu, tidak perlu difikirkan kenapa, ia memang tanda2 akhir zaman.
Tahun depan umur bertambah memang sesuatu yang bukan mudah bagi seorang gadis bersendiri mencari rezeki dan masih belajar erti kehidupan dunia akhirat.
Memang akan ada insan memandang sinis. Oleh itu bersabarlah dan bersangka baik pada mereka..
Hari ini, aku ada masa lapang utk menulis, minggu lepas seminggu aku berkerja keras di office..

2014,
Terimakasih kerana menjadi tahun yang penuh pahit manis.
Mungkin 'dramatik' barangkali :-)
Awal tahun pemikiranku tidak sama dgn jangkaan pertengahan tahun, lebih-lebih lagi apa sebenarnya yg berlaku pada akhir tahun.

Awal tahun sehingga pertengahan tahun, macam2 perkara dilalui.
Syukur aku boleh melaluinya walaupun pada masa itu kekuatan diri berada pada tahap paling rendah.

Perkara paling besar dan bermakna pada tahun ini tentulah bila aku berjaya menjawat jawatan tetap di Prasarana-RapidKL.
Disini, aku lebih berdikari rupanya..
(Ingin aku ceritakan pada post akan datang..)

Aku sedar Tuhan sentiasa disisi..
Walaupun tidak semua yg dihajati dipenuhi, 
Namun aku yakin ia akan dipenuhi pada masa akan datang..

Oleh itu, Kebahagiaan apa yg anda inginkan?
Tanya pada hati sendiri..
dan usahakan sebaik mungkin, 
Anda pasti akan berjaya..

Yang benar,