Tuesday, May 27, 2014

Mimpi dan Amaran

Mimpi itu misteri.
Bila kita sedar dari tidur, kita tidak pasti pula mimpi itu benar atau tidak benar.
Sebab itu pentingnya sebelum tidur kita berdoa, selawat dan sebagainya.
Barulah esok nya kita yakin dgn petanda dalam mimpi..
Iya aku bertazkirah sekejap..kalau anda bermimpi yg pelik..cuba google apa maksudnya.
Yang penting ia mestilah dari sumber benar dan berpandukan islam.
Sekian..dari Ustazah yg tak berapa nak ustazah, Ustazah MokNiq.

Semalam aku bermimpi 'pelik', aku rasa pelik dan aku google pula..
Ingatkan takdak maksud..nah..amik kau..'Anda akan menemui kerugian dan kesusahan'
'Kerugian' apa pula jika esoknya aku akan dapat gaji?
Tawakkal shj, sesungguhnya mimpi buruk itu adalah langkah terakhir syaitan utk melengahkan subuhku.

Pada satu pagi yg tak berapa nak hening,
Aku bawak keta ketempat kerja spt biasa kat highway, gatal pula tangan aku pergi call makcik jahit kat kampung utk bercerita tentang baju2 yg ditempah oleh kawan2 opisku..
"semekom makcik, prong prang preng bla bla bla...dia cucuk tang sini dia cucuk tak saner..kecepurrr.."
Tiba-tiba aku menoleh kebelakang, cermin sisi kelihatan sorang abang polis menaiki motor suruh aku berhenti berhampiran highway Awan Besar..
'Patutla aku mimpi tutt tadi'..getus hatiku.
Abang polis kata "mitak IC dan lesen"
Aku pula cool tapi kalut jugak sebab aku tak jumpa pula lesen dgn IC dalam purse aku..puiiii..
Cari punya cari..jumpa jugak kat tmpat lain aku letak dalam handbag aku yg besar tu..puiiii.
Bayangkan dalam handbag aku ada 3 mini bag lagi yakni purse, makeup bag, clunch utk letak kunci opis, duit lunch dan bla bla..puiii.

Lepas jumpa IC dan lesen, aku dgn cool nye bagi pada polis tersebut.
Aku tanya dia "saman ke, saya emergency call dgn mak sy tadi, sorry yer.."
Dia cakap "Betul tadi guna handphone?"
Aku dgn jujurnyer pula ckp "Betul"...puiii pada diri sendiri. 

Lepas tu dia bawak lesen dan IC aku kat motor dia pastu dia tulis kat buku nota dia bla bla bla..
Aku dalam keta cool je, aku naikkan cermin keta sikit utk elakkan orang lain tgk aku. mat2 moto kat belakang plak cepat2 masuk line motor sahaja.
"Mentanglah aku dpt gaji harini, kena samanlah pulakk, apelah benda haram yg aku dah guna ni..Celah mana plak aku sembang dgn mak aku, mak aku pon dah lama meninggal.." getusku sendiri.
Polis tu datang bagi IC dan lesen pada aku semula..
Aku tanya "Saman ke?"
Dia cakap "Tak, tapi ini utk nota saya, lain kali jangan guna henpon masa memandu"
Fuh lega hatiku dapat amaran jer.
Selepas ucap timakasih. aku mula mengimbas kembali wajah lelaki itu..
"Macam mirip sesorang tapi dimana ya..." argh..aku pon dah lupa tapi ptg ini barulah aku teringat yang...
muka dia macam ahli kumpulan rajalawak Wala..yg sasa tu.
Ape2 ajelah..
Pengajaran dari kisah ini.. Jangan call org mase tgh memandu, pastikan kalu on call pon bawak keta slow2 dan tgk kiri kanan depan belakang takdak polis, cctv, kamera..baru line clear.. :-)

Tuesday, May 20, 2014

Ini Semua Poyo

Assalamualaikum..
Lama benor tak menulis..sebulan sekali je post..
Macamla aku  ni bizi mengalahkan Kak Mah kau sgt..
Memula tu nak update pasal makan,makanan dan masakan..
Tapi asyik makan je nanti gemok kau..
Ok kali ni aku nak mempoyoskan diri aku dgn soalan2 poyo.
Aku terbaca kat blog org pastu aku rasa diorg mcm poyo je jawab pastu aku teringin jgk nak jadi poyo mcm diorang dgn menjawab soalan2 poyo dibawah.
Sila mula.

1.What is your nickname?
When I was young..chewahh teromputih la plak
tak payah nak omputih sgt la sbb nanti kau tak paham..
Mase aku baby dulu, lepas dilahirkan oleh ibuku yg cantik itu,
kakak ke-3 pernah story kat aku..
kakak aku ni berkenan nak letak nama aku dgn nama Amelia..Nik Amelia.
Kakak sulung aku  pula berkenan dgn nama Anisah..Nik Anisah.
Disebabkan zaman dulu2 ketandusan idea nak pilih nama,
jadi nama kami semua lebih kurang sepupu2 jugak..
Sepupu aku ada sorang nama Anisa..Dr. Anisa :-)
Lepas tu mereka pilih Anisah sbb ada maksud dalam islam..katenyerr
Anisah kan lebih kurang nama satu surah dlm AlQuran--AnNisa'..
Kau hado? 
Hanisah bermaksud yg Bertakwa, Anisah bermaksud yg Mesra
Mesra kah aku? hikhik
True Story.
Bebelan diatas tidak menjawap soalan..ia mukadimah cerita..
Nickname aku mestila Nik..org panggil Nik
Takkan jodoh nanti pun nak panggil Nik..mmg taklah heheh..
Beberapa org panggil aku Moknik..poyo jer diorg ni panggil aku mak mak..
Tapi dah lama aku tak dengar org panggil aku moknik.. 
Dan ramai juga orang panggil aku Anisah..
Sejuk telinga aku bila diorg panggil nama aku sebegitu.
Nicky? jarang2
Chik Ani? Ank sedara je panggil..
Adik beradik ramaikan..
So, mereka cepat2 rebut gelaran yg glemer. contohnya MakDa,MakTeh..
Kakak aku nak bagi aku gelaran MakTam, tapi aku taknak sbb aku akan rase aku ni hitam..
Pastu nak bagi MakChik..Aku setuju tapi MakChik ni mcm biasa2 je kan..
Lama2 lekat Chik Ani.

2. What was your favorite subject in school?
Sekolah rendah -- Semua subjek aku tak minat, yg aku minat Sukan, sukan dan sukan
Sekolah Men PMR -- Geografi dan Sains
Sekolah Men SPM -- Semua subjek aku tak minat, yg aku minat adalah belajar Memasak
3. What’s your favorite drink?
Alah soalan stendet budak2 tadika ni..
Malas nk jawab..yg penting waktu umor mcm ni kena byk minum air masak ok.. :-)

4. Favorite song at the moment?
tak sangka lagu ni femes balik..Lagu jiwang zmn sekolah dulu..hihik
Firman-Rindu serindu rindunya

Memang le aku suka lagu jerit2 mcm ni.. Seventeen-Menemukanmu

5. What would you name your children?
Rahsia.
Tapi mesti matching dgn nama bapaknyer dan ibunyer la kan..
dan..ringkas.
6. Do you participate in any sports?
Love sport. Byk sport yg aku suka.
Tapi mase remaja dulu aku ni hantu gusti.
Tapi mmg dulu gusti best ape..dlm setahun dua je aku layan WWF tv3 tu
Pastu tak best dah..pasal mase aku layan tu aku ingt betul2 bergusti diorg tu
Aku percaya plak tu drama diorg..
Siap beli majalah gusti lagi kau hado?
Tapi sekarang ni takdekla mcm tu..dah dewasa kan..kena la ayu sikit.

7. Favorite Book?
Tak minat baca buku haih..Novel tu pon mase study dulu, itu pun pinjam yg kawan punya.
Novel thriller smpai aku xle tido, novel cintan sampai teresak2 aku baca.
Sekarang kadang2 baca jugak buku ilmiah, buku agama.
Aku bukan kaki novel
Tapi aku kaki Majalah Nona. My feberet magazine.

8. Favorite Colour?
Berubah2 mengikut peredaran zaman
Mase kecik2 suka merah, pastu biru pastu Purple.
Kalau brg2 aku cenderung pada merah.
Tapi kalu bab2 warna tudung, aku paling kena dgn warna Yellow Mustard.
rasa berseri je muka aku ni.

9. Favorite Animal?
Kucing.
Tipu jer..hewhew
jawapannye..Arnab
Dulu2 kami ada bela arnab beberapa ekor pastu belum pon besar, sume mati sebab.....kucing makan.
pernah sekali aku kebumikannya dgn penuh kesayuan.
Sampai hati kucing makan..
Pastu kami bela lagi..pastu kucing makan lagi..Terluka hatiku kerna kau kucing.
Arwah arnab2ku baik haiwannyer..
Dahlah comei, jinak, baik hati, mata jernih..sampai hati kau kucing.

Aku bukan 'Cat Person'
Macam orang lain,  yg bila tgk kucing.. alah tomeinyer..cutenyer..siap belai2 timang2 kucing ni..
Pastu bila tgk kucing mati kat jalan, siap nangis trauma tak leh tido lagi kahkahkah
Aku beberapa kali kena gigit dgn kucing..pernah jugak kucing marah aku sbb aku tak bagi dia makan..
Soryla kucing aku tak paham bahasa kau.
sakit jgk tau kucing gigit sampai berdarah2.
Jadi sebab tu aku ada sikit trauma la..sikit jer.. :-)aku respek dgn kucing kerana kucing binatang kesayangan Rasullullah.
Tapi kan aku ni lately takut dgn haiwan berbulu berkaki 4 mcm kuda, monyet, beruk, anjing.

Anjing ni pon satu hal, pernah satu kejadian dia pegi gomol aku
Kenapa kau tak pegi kat org lain..eee terasa lagi gomolan itu..
Disebabkan kau lah aku kena samak pastu aku tak yakin dgn samak aku pastu aku buang terus baju kurung aku tu.
Tapi, ada satu jenis anjing yg aku suka tgk..tgk aje lah..
Anjing ni comei sgt, kalulah halal, maunyer aku tampo2 muka dia sbb comel.
ala..anjing yg byk bulu tu yg telinga panjang yg org kaya je mampu bela dan bwk jalan2 hahaha
Aku pernah lah duk sebelah org yg pegang anjing ni dalam lift,
aku ingt dia pegang ank patung, sekali aku tgk dekat, bergerak anjing ni..
haih naseb baik aku tak pengsan dlm lift.

10. Favorite perfume? 
Aku mampu pakai BodyShop jer..
Vanilla Musk.

11. Favorite holiday?
Jarang holiday. Layan je kat mana2

12. Have you graduated High School?
Next..
13. Have you been out of the Country?
Nope..
14. Do you speak any other Languages?
Next..

15. Do you have any siblings?
15 siblings :
1 passed away -- meninggal masa mak sarat sebab mak praktice bawak motor pastu jatuh..ganaih.
3 older sis + 2 passed away
5 older bro
2 younger bro and 1 younger sis
1 = Me
Semuanya jarak 2 tahun. mcmana my parent leh plan mcm ni.. Respek!
15 nyawa ni, semoga mak dapat Syurga disana :-)

16. What’s your favorite store?
Next..
17. Favorite Restaurant?
Next..
18. Did you like school?
Next..
19. Favorite YouTubers?
Next..
20. Favorite Movie?
Next..
21. Favorite Tv show?
Next..
22. Pc or Mac?
Next..

23. What phone do you have?
Sony Xperia Sola 5MP camera
Coming soon :
Mula berangan nak Galaxy S4, tapi kawan cakap slow jgk. dipertimbangkan.
berbalik semula pada Xperia Z, camera 20MP tu..haih..
Kalu nk beli henpon its better beli yg nak pakai lama, lasak, laju bole tahan dan kamera owesome..
Takpa, berbaloi simpan duit bertahun2, then beli yg owesome terus.

24. How tall are you?
Ntah.

Ok la sampai disini saje aku mempoyokan diri dengan soalan sendiri tanya sendiri jawab.
Babai..