Monday, December 8, 2014

Dear December 2014


Dear December,
The Friday of the months,
we finished Nov quite well and really busy on Dec. 
Please be nice to us. 
We stay patient.
        
December selalu menggamit jiwa, kerana ia bulan terakhir penutup Buku 2014.
Hakikatnya, masa memang pantas berlalu, tidak perlu difikirkan kenapa, ia memang tanda2 akhir zaman.
Tahun depan umur bertambah memang sesuatu yang bukan mudah bagi seorang gadis bersendiri mencari rezeki dan masih belajar erti kehidupan dunia akhirat.
Memang akan ada insan memandang sinis. Oleh itu bersabarlah dan bersangka baik pada mereka..
Hari ini, aku ada masa lapang utk menulis, minggu lepas seminggu aku berkerja keras di office..

2014,
Terimakasih kerana menjadi tahun yang penuh pahit manis.
Mungkin 'dramatik' barangkali :-)
Awal tahun pemikiranku tidak sama dgn jangkaan pertengahan tahun, lebih-lebih lagi apa sebenarnya yg berlaku pada akhir tahun.

Awal tahun sehingga pertengahan tahun, macam2 perkara dilalui.
Syukur aku boleh melaluinya walaupun pada masa itu kekuatan diri berada pada tahap paling rendah.

Perkara paling besar dan bermakna pada tahun ini tentulah bila aku berjaya menjawat jawatan tetap di Prasarana-RapidKL.
Disini, aku lebih berdikari rupanya..
(Ingin aku ceritakan pada post akan datang..)

Aku sedar Tuhan sentiasa disisi..
Walaupun tidak semua yg dihajati dipenuhi, 
Namun aku yakin ia akan dipenuhi pada masa akan datang..

Oleh itu, Kebahagiaan apa yg anda inginkan?
Tanya pada hati sendiri..
dan usahakan sebaik mungkin, 
Anda pasti akan berjaya..

Yang benar,

No comments:

Post a Comment