Friday, December 7, 2012

Di Penghujung 2012



Sesungguhnya..
Aku tak rela masa pantas pergi
Saban tahun bertukar nombor
Umur naik satu per satu
Lewat 20an..bukan itu yg aku terlalu runsingkan
Cuma kondisi diri sendiri

Setiap bulan aku mencipta folder bulan
Bagi menyusun fail-fail kerja
Baru-baru ini, aku mencipta folder DEC2012
Agak pelik dan sayu juga
Kerna selepas ini aku akan create dan bertemu lagi dengan bulan yg aku rasakan baru dicipta semalam...JAN2013

Sesungguhnya..
2012 pantas berlalu seperti air mengalir perlahan  tanpa henti
Maaflah , mungkin tak byk melabur seperti 2011
Azam dan impian yg tidak dipasang bersungguh-sungguh membuatkan 2012 berlalu sebegitu sahaja
Oh tidak, jangan kamu sesekali memarahi diri sendiri..
Bukankah ilmu, pengalaman dan pertahanan emosi dapat dibina dengan begitu baik sekali.
Wah, keyakinanmu juga semakin baik..
Mungkin 2013 boleh berazam utk mencari kerja baru, tempat baru??????
Entah, entah dan entah...

Wahai kawanku yg disayangi
Bacalah petikan dibawah ini
Mungkin kelihatan seperti selalu dilihat ungkapan ini
Tapi percayalah ia benar sekali..
Mungkin payah untuk bersabar walau seminit
Percayalah kita akan menang selamanya

Mungkin payah untuk memberi seikhlas hati..
Percayalah kita akan diberi rezeki tanpa disedari

Menjadi orang yg baik adalah lebih baik daripada org yg baik menjadi org yg tidak baik
Semua manusia ada kesilapan masa lalu
Ujian dan dugaan yg melanda
Mengajar kita utk berfikir lebih matang
untuk kita sedar kesilapan yg telah dilakukan
baik utk diri sendiri, org lain, keluarga lagi-lagi pada Tuhan yg Esa
Berdoa utk mengelak ditimpa musibah lagi
Oleh itu, ingatlah ALLAH swt selalu..

1 comment:

  1. betul ni...aku dh bc...org sabar selalu untung...

    ReplyDelete