Sunday, July 15, 2012

Hidup untuk Makan-Nasi Dagang

Minggu lepas balik kampung..
sampai je rumah mesti selera makan bertambah-tambah
yelah duk kat KL ni..asyik makan dan masak sorang2
makan benda yg sama plak tu hari2..
Nak masak sedap2 pon tak semangat.. :-)

Pagi ahad itu, aku dan kakak buat Nasi dagang same2
Pasal aku tak belajar dari arwah mak..kakak sulong aku ni tahu buat nasi dagang..
cuma Gulai Ikan Aye kakak aku ni tetap tak sama dgn yg arwah mak buat..
Ikan Aye adalah ikan feveretku..mmm (meleleh air liur terbayangkannyer)
Ni kali ketiga aku tlg dia buat tp still xleh ingat step..
Memang tak mahir lg lah Nasi Dagang ni..confident aku nak buat Nasi Dagang baru 60%.
Gulai tu tahu lah, yg lecehnya Penyediaan Nasi tu sendiri..

lepas kukus 3put beras biase+1put beras pulut-angkat dan gaul dgn santan cair+buh halba+hiris bwg merah+halia

Kukus kali ke2-barulah nasi masak sempurna

Kalau kuah gulai lagi pekat+acar timun=sedapnyerrrr

inilah hasilnyer-Selamat mencuba!Da

Tuesday, May 22, 2012

Hidup untuk Makan~Episod 1

1 Rejab 1433

Hari ini puasa ganti dan puasa sunat bulan Rejab.
Waktu lunch skrg ni tp tak kuar jadi tahap kelaparan menjadi2 waktu ni..hehe
So, utk menenangkan perut yg kelaparan..mari kita cuci mata tengok gamba2 makanan yg dimasak sendiri..hikhik

Mee Goreng~dapnyer, perah asam limau sikit..marbeles..ni baru siap masak sbb tu nampak mcm basah sikit..
Nasi Kerabu~Dah lama tak buat nasik kerabu..atas permintaan adik2 je baru buat ni..mujurlah sempat belajo dari arwah mak especially Kerabunyer, Kuah tumis, salak lada..cume ayam  tu wat style nasik ayam gugel sendiri..

Ayam masak lemak cili padi~time masak kat rumah sewa dulu..aku dan Sah mmg suke sgt lauk ni..
Sambal Belacan tumbuk sendiri tu yg menambah selera kami utk makan dengan lahapnyer..aumm..
Sardin Roll lagi..hmm mmg boleh gemuk dgn serta merta ni..
 
Gulai Ayam~anda pasti tidak dpt menolak lauk ini diwaktu tengahari dgn nasik panas, Kacang Buncis Goreng dan Sambal Belacan tumbuk sendiri..Selepas mentekedaghah, gerenti otak dan mata anda secara automatik akan hang dan tertido dgn lenanya bak ular sawa kekenyangan..
Sotong celup tepung~ Satu hari terase nk mkn sotong ni, maka gugel la cmner nak buat ni..dgn menggunakan tepung jagung..ni kali kedua aku buat ni tapi hasilnya tak berapa nak jadi jgk la..Boleh try lagi kali ketiga..
 
Karipap ~ Omg..aku suke buat karipap dlu..arwah mak suke tgk aku buat karipap..aku buat, dia goreng..intinya dia jugak yg ajor..Memang sedap kalu wat minum petang dan brekpes..
Sayur Paprik + Ikan msk asam pedas (gambo blur)..aku sedang terliur tika menaip post ini..tgklah sambal belacan blender tak sesedap tumbuk sendiri...
Ayam masak Lemak cili padi~ sekali lagi bersama sambal durian yg ditumbuk oleh Nor..
Nasi Ayam Hafsah Ghani + Kuih gulung Izaty Hanafi = Aku tukang makan jer..sedapp!

Laksa Penang Hartini aka Saya Disini~Aku tak dapat menolak utk tidak post gambo ni..Aku tak pernah wat ni..Sedap!



Sunday, December 4, 2011

Siti Fairus dalam Kenangan


Wargghh..lama tak update ni..sian blog ini..tuan punye blog asyik menyibukkan diri dgn benda lain..last post is about Antara Sahabat dan Kawan. Mmg banyak perkara nak diceritakan tapi asal nak mengarang jer, aku pi bukak games The Sims Social, asal nak mengarang je, aku pi layan citer korea. Ape pon tak boleyy :-P
Baik lah sebelum Nov2011 pergi aku ingin bercerita tentang sahabatku ini, kisah ini berlaku sekitar bulan Oktober 2011:-

Arwah - tudung putih
Jun 2011


Last wishes..
Sekitar majlis perkahwinan Mira ~ http://niqstories.blogspot.com/2011/07/b-ulan-jun-xdek-post-lg-rupenyer.html, Yus datang juga tp kedatangannya agak lewat. Aku agak keletihan lewat ptg itu yg menyebabkan aku kurang berborak dgn yus. Aku lihat yus dari satu sudut.. sehinggalah kami menghantarnya pulang ke rumah, dalam kereta Fizah, aku duduk didepan, Yus dan Aini duduk di belakang, ketika salam terakhir dgnnya, aku menggenggam erat tgnnya kerana dalam hatiku, susah utk kami semua berjumpa lg selepas ini. Sebelum kereta beredar,kami dan Yus saling melambai2 tp pd mase tu aku melihat pandangan sayu Yus..aku juga sgt sayu.. kalaulah aku tahu ini adalah pertemuan terakhir aku dan Yus...hmm

Jumaat-07Oktober

Minggu ini aku dapat berita tentang keadaan Yus-Dimasukkan ke ICU dan kritikal. aku sebenarnya tak sedap hati bila dengar perkataan kritikal, lagi2 bila doktor dah suruh keluarga berkumpul..hmm yelah sbb aku dah ade pengalaman lalu.. tapi kesibukan kerja menyebabkan kerisauan hati dpt ditampung..minggu itu aku plan nak gi Kelantan lawat Yus naik bas express, tp mungkin dah takdir, masalah kerja menghalangnya..mase tu aku pikir mungkin Tuhan nak aku pegi minggu depan agaknye..adelah tu hikmahnyer-pujuk hatiku yg serba salah ni..

Jumaat-14Oktober
Tiba2 Mira call aku pada minggu ni bgtau dia mau balik Kelantan, Mira ajak aku balik sekali dgn dia. Dengan ini, aku kena berhempas pulas memastikan masalah kerja minggu lepas tidak berulang demi tidak menghampakan Fizah dan kawan2 yg menunggu kedatangan kami..dan hasrat besarku adalah utk membisikkan sesuatu di telinga Yus, membacakan surah yasin utknye krn dia dalam keadaan  spt koma. Yus ni kawan sejak kecik lg dgn Mira, smpailah belaja kat Poli. Kehilangannya lagilah dirasai oleh Mira. Berbalik pd saat genting aku mahu pergi ke Kelantan bersama Mira, hmm aku mmg fedup dah mase tu dgn kerja wep ade error-pending..kenapalah time aku nak pegi jauh ni ade jer masalah. Teringat plak aku mase nak pi Pulau Perhentian awal pg tu..haa yg tu lagilah malam kritikal besar punyer bagiku sebenarnyer..sakit hati raser.. ~ http://niqstories.blogspot.com/2011/07/panggilan-pulau-perhentian.html
Mira nak bertolak malam, berkali2 dia msej mitak confirmation tp aku xleh bg confirmation about time..yg confirmnyer aku mesti pergi Kelantan malam tu jgk! seharian aku mengejar masa utk siap wep dari pagi lg tp tiba pkul 6 ptg masih belum settle.. hampir pkul 8mlm aku masih di TPM dan akhirnya pkul 8.30 aku keluar TPM dgn perasaan bercampur baur... Sebenarnya aku sgt penat..badan dan otakku yg tak berjambul ni sgtlah letih.. sehinggakan bila smpai umah, aku rase tak sedap hati, aku rase mcm takut2 accident mase pejalanan ke Kelantan..rase nak cancel jer mlm tu gi Kelantan tapiii..mase packing baju dlm beg, tetibe jantung bergerak laju, mmg xsedap hati smpai Sah dan adikku Nor nampak perubahanku..
Tapi aku gagahkan juga pegi..aku pi rumah Mira di Sungai Besi dan parking kete kat sane, dan kami berdua bertolak dgn Myvi Mira dlm pkul 10 mlm. Maaflah Mira, hala pegi ni aku xleh tukar2 driver dgn mu sbb aku letih dan ngantuk sgt..minta izin tido sejam spnjg perjalanan tu pon dh ckup bg aku..
Sampai Kelantan 5pagi, kami disambut oleh keluarga mertua Mira yg sgt baik hati..lepas subuh, aku tido barang sejam dua.
Pemandangan rumah mertua Mira bila ku buka jendela bilik yg aku tumpang..hehe

Sabtu-15 Oktober
Pagi tu dlm pukul 9 pagi, aku sedang bersiap2 utk ke Hospital Kota Bharu bersame Mira dan hasbennyer..tp dlm masa itu jugak aku terima panggilan kematian Yus dari Fizah.. Aku terpana..
Kami putuskan utk terus ke rumah arwah krn jenazah sudah berada disana. Aku tak bwk baju kurung pon..sedih jgk pegi sana dgn seluar dan baju kemeja. tp mana lah nak tau benda ni nak jadi..
Antara 8 sahabat, yg dapat melihat wajah terakhir arwah adalah aku, Mira, Fizah, Norji, dan Aini. yang lain2 tak dapat pergi.
Sepanjang perjalanan ke rumah Yus, fikiranku kosong..tapi bila smpai je umah arwah, dan bila tengok je muka Fizah dan Aini.. tetibe je jadi sebak..


Naik rumah arwah, aku lihat jenazah nyer terkujur kaku. lantas aku mengambil wudhuk utk membaca yasin.. Aku tak tau, kenapa hatiku sgt terluka, sedih dan berjujuran lebat airmataku jatuh bila mulakan kalimah bismillah dan seterusnya.. yelah aku sgt berterimakasih pada Allah swt kerana dpt jugak aku bacakan yasin utk arwah seterusnya membuka kain kafan melihat wajahnya yg sudah biru, kelopak matanya tertutup rapat dan nampak wajahnye sgt menderita...
Arwah yus, semoga rohmu berada bersama org2 beriman, aku akan sentiasa doakan keampunanmu. Sebenarnya kamu lebih bahagia disana. Amin.

Siti fairus telah pergi pada 15/10/2011-9.30 pagi. Dia sudah tiada lagi didunia ini, dia mungkin tak  sempat membalas jasa ibubapanya, tidak sempat menikmati alam perkahwinan dan kehidupan didunia yg sementara ini. Dia jugalah sahabat pertama yg menjadikan 9 sahabat menjadi 8. Tak mengapa yus, kamu sudah lama menderita, kamu pasti lebih bahagia disana. Yus seorang yang baik hati, tiada perselisihan antara kami,dia seorang yg pendiam, bukan pemarah,susun katanya penuh sopan dan halus serta lemah lembut. Dia tergolong dalam golongan gadis yang baik hati.
Jadi Nik Anisah, mengapa kamu mengenangkan persahabatan ini, penting sangatkah mereka ini..
jawapannya adalah..NILAI PERSAHABATAN kami sgt tinggi..kenangan antara kami yg dulunya tinggal bersama satu rumah sgt indah, belajar bersama satu kelas, kemana sahaja kami 9 org tak pernah berenggang waima ke tandas pon kami bersembilan..sehinggakan ada yg cemburu melihat persefahaman antara kami.. persahabatan seperti ini sukar ku cari ganti selepas berpisah dgn kamu semua dan membawa haluan masing2 selepas itu..
Jadi mengapa dia ditakdirkan sakit begitu, apa salah dia, dia kata mungkin ini adalah dugaan hidup bagi dirinya. Aku berfikir, sbb itulah umur dia tak panjang krn Allah lagi sgt menyayanginya. Siti Fairus berhak mendapat ketengangan yg hakiki disana. Kamu sgt bertuah yus krn adakalanya di tiap doa solatku, aku menyebut namamu selepas nama arwah ibubapaku,keluargaku..berdoa semoga Allah ampunkan dosa2mu. Jika aku punya waris satu masa nnti, aku harap mereka juga berdoa utk keampunanku setelah aku tiada didunia ini suatu masa nnti..
*Email yg pernah ku kirim buat Yus ~ http://niqstories.blogspot.com/2009/09/ramadhan-3-tahun-yg-lalu.html

*Cerita 9 sahabat ~ http://niqstories.blogspot.com/2009/03/minggu-suaikenal-yg-tak-kenal-sapa.html
Lepas gi rumah arwah, kami mkn disini..nasi ayam..potongan ayam plg besar pernah aku jumpa dalam sejarah nasi ayam
Fizah
Simanis Aini dan Norji..kalau lah kita boleh bersama semula..
Mira dan hasben

Sunday, October 2, 2011

Antara Sahabat dan Kawan

Aku menyayangi sahabatku dengan seikhlas jiwaku..
Sahabatku yg baik adalah dikala senang dan juga susahku..
Ku hulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan..
Tika aku susah, dia mendengar dan mententeramkanku..
Tika aku berjuang, dia bertepuk tangan dan senyum padaku..
Tika aku alpa, dia juga mengingatkan ku..
Tika sama-sama gembira, dia berkongsi denganku..
Tika bersilih faham, aku mesti mengingatkan kebaikannya padaku..
Semakin ramai kawan,aku merasa bahagia tapi hanya sedikit yang menjadi sahabatku..
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tak hilang dalam suka dan duka..
Jika aku dapat, aku akan setia padanya seperti mana dia setia padaku..
Sahabat tak sama dengan kawan, jauh sekali dengan kenalan..
Kawanku ada yang mementingkan diri sendiri, mencemuhku dan yang paling kukesali, tidak memberi aku peluang pun untuk membela diriku sendiri..
Aku terkilan sebenarnya, apa salahku..tapi aku tak pernah membenci kawan-kawanku,
kerana mereka ada kebaikan terhadapku..
Kawan, jika kalian berasa benci padaku tak mengapa..tidak menganggap aku sebagai kawan pun tak mengapa, tapi sekurang-kurangnya anggaplah aku sebagai seorang insan..
Siapa yg jadi sahabatku, hanya aku dan tuhan saja yg tahu..
Kerna aku lebih kenal siapa sahabat siapa kawan..
Kepada sahabatku, aku sangat menyayangi kalian..
Tika aku punya kekasih, sahabat masih bersama..
Tika aku hilang kekasih, sahabat tak hilang tika aku mencari untuk meluahkan..
Kalau sahabatku sakit dan sedih, aku juga bersedih..
Mungkin kita sudah tidak bersama lagi..sahabatku semuanya menempuh hidup baru..
Tapi kenangan antara kita semua tak akan luput diingatanku..biarpun kesibukan sentiasa disisi..
Aku doakan sahabatku semuanya bahagia dihati dijiwa sehingga hujung nafas kalian semua..

Nukilan hatiku,
-Nik Anisah NM-

Wednesday, July 27, 2011

Panggilan Pulau Perhentian

2014-Updated post
Edisi 2014 Aku ingin berkongsi gambar2 menarik sepanjang Company Trip di PP, Ganu kite.
Sayang pula byk gambar2 kenangan dalam simpanan jika tidak dikongsi disini..
Bila anda 'mungkin tertengok' post ini, mana tahu tetiba rasa nak pergi PP.

2011..
Camner nak start yerp..hihi..pertengahan July2011, aku mengikuti company trip yg pertama kali. Tahun lepas, aku hanya menyaksikan opismate balik dari Langkawi, mase tu hari pertama aku report on duty sbg Trainees Ebi.
Tapi minggu tu aku sgt busy smpai nk packing barang pon tak sempat iaitu malam sebelum berangkat. Aku ingt balik opis bolehla packing, tp aku balik pukul 11 mlm, keje tak siap, tetibe ade problem yg tak diingini..aku sempat tido 2 jam jew..letih wehh..

Day 1

Naik bas dari office TPM ke LCCT untuk naik flight..2 jam je tido lepas overtime kerja..

Pukul 5.00 am, kami kena berkumpul di TPM utk menaiki bas ke LCCT. Dalam bas aku tak leh lelap jgk..Kami sampai LCCT hampir 7.00 am. After solat subuh aku berkejar naik flight buat pertama kalinyer..Dalam flight aku duk sebelah MunKent yg sungguh memahami..dia tolong pakaikan seatbelt, tolong bukakkan..bukan aku tak reti tp kekok sikit..MunKent bagi aku duduk sebelah tingkap utk tengok dunia udara sendiri..

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu


Gambar ni masa kami baru turun flight

Turun flight kat Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra KB, kami naik bas sekali lagi ke Jeti Besut

Jeti Besut
Tak sampai sejam, sampailah kami ke Jeti Besut..dalam bas ke Jeti baru aku dapat tido senyenyaknyer..

I naik bot uolss kat Jeti Besut ke Pulau Perhentian..Jom..uolss jgn tengok saje..

Hoi korang, nak gi mane tuh..ikut kumpulan masing2 laa..hape pon tak boley..podahh

Cari manusia tersembunyi..
Pulau Perhentian, Terengganu
Sume org excited dgn keindahan kat sini..
- Pulau Perhentian Resort katanya 4 star..Anda pergilah sendiri, baru boleh bagi berapa star *
- Kurang makanan traditional dan Malaysian dishes..Lebih banyak Western dishes (mungkin ramai pelancong)
- Aku terpikir..'di terengganu kah aku skrg'..tak rase kat pantai timur pon..sbb ramai pelancong.
- Banyaknyer Dugong terdampar di tepian pantai saujana mata memandang..

Cantik sungguh PP tahun 2011..sekarang nak masuk tahun 2015 dh tak tau rupa skrg
Air jernih, bersih, cantik...arghhh.. rasa nak pegi 'honeymoon' lagi kat sini..
Pasir putih, tapi sayangnye aku tak reti berenang dan scuba..
cuba anda bayangkan anda berada disini, duduk termenung melihat indahnya alam..
Sampai kat Resort, sakan kami bergambo..
Lompat selagi boleh lompat..depan resort..

Petang tu, kami ade aktiviti sukaneka mengikut kumpulan.
Ni laa kumpulan aku..Black Owl..hmm berlemaknyer aku time nih..hehe

Entah kat mane laa diorang sume rembat kain batik..
Ni kumpulan Aqua Tiger..
Ni kumpulan Super 10..mcm nama cekedis super ringg..
Ni kumpulan Susu tin cap Junjung..hehe
Sukaneka di petang hari..
seram aku tengok baju ijau tuh..
Seronok beronok sgt time ni..enjoy je....

Jejaka jejaka 1Malaya..

Day 2



Aktiviti Snorkeling..kau rase??

Aku ni tak pandai berenang tapi aku ni jenis 'nak try' jugak..

Air paras dada pon aku boleh lemas taraf kolam budak2 tadika main tu inikan pulak pergi ke laut dalam..kau rase??

Kononnye pakai jaket keselamatan, aku ingat aku akan selamat..

Sekali aku lemas daa..puii pada diri sendiri..nyusahkan org2 yg selamatkan aku jer sampai ada yg hilang mood terus nak bersnorkeling.ahaha..nasiblerr labuu..
Aku ingat lagi, mase aku turun dari bot nak snorkeling konon2nya..xdek org pon pegang aku, aku bayangkan jaket tu bole apungkan aku, pastu aku boleh tengok cengkerang dan hidupan laut dgn jayanya..berani mati betul aku masa tu.. sekali kaki aku ke atas, kepala ke bawah, ape kes??
Mula lah aku terkapai2 masa tu jugak, aku tak nampak ade dah, aku pegang ape saje yg aku boleh pegang asalkan aku dapat bernafas, berapa teguk air masin dah aku telan, aku cuba jgk selamatkan diri sampaikan diri ini nak ke arah bawah bot dah..cuba bygkan kalu aku terlepas ke bawah bot dan takdek org perasan..maka terapunglah mayat aku di pulau itu..ahaha.
Bila ingat2 balik kelakor rase, boleh berair mataku berjujuran ketawa..'This is my epic story..' kerana kalau kawan2 ungkit balik pasal citer ni mesti diorg akan gelak guling2 taraf gaban meroyan nak beranak gaban junior..
Pengajaran dari kisah ini bagiku adalah..kalau tak tahu, sila bertanya dan belajar..hekhek.
Aku jeles dgn diorg yg hepi jer berSnorkeling, aku harap satu hari nanti aku boleh 'berSnorkeling' jugak..Amin.



Arghh..gaye pro jer lebih sebelum snorkeling..tapi last2..yang hadooo..ahaha

Sebelah malam pulak kami semua kena buat persembahan mengikut kumpulan masing2..
Bilaa larut malam..tara kuca tara kuca caa..hahaha..yg ni set2 veteran yg tak berapa nk veteran..
sekali tersampuk saka rimau daa..apekah makhluk ditengah yg berambut tocang blonde tu..hahaha
Arghh..nyampah aku kena dancing2 ni dah la band belakang tu lupa lirik..hahaha..tudung pon jd sayap burung antu daa..
Bonus ditangan kananku..increment ditangan kiriku..kekdahnyerr..boss type no.3 suara boleh diketengahkan lagi ke peringkap ujibakat Kilauan Emas..


Cikaaroo..

Makan2..

Day 3

Sebelum pulang ke KL, pagi tu kami buat aktiviti bebas sampai tengahari..
Last Day morning, aktiviti bebas..jalan2 mandi2 cuci mata..

Kau rase aku tunjuk ape..Ranting kayu? Ikan pari hokey..tapi tak nampak pon dlm gamba ni..ni sume salah photograper..hehe
yang ni lah tuan punya badan..bakar pon sodap ni..
Gambar kenangan sebelum berangkat pulang ke KL.
Sampai disini sahaja nak aku coretkan tentang PP. Mengenang kembali memori disini.
Sebenarnya post ini memakan masa utk dikemaskini dan memerlukan ketelitian dan ilham dalam mengarang dan menyusun gambar mengikut detik.

Aku tak pernah terfikir yg moment seperti tidak akan berulang sekali lagi bersama-sama kawan2 tersayang. Maksudnya, aku tak tahu ia adalah moment terakhir seumur hidup.

Sebab itulah aku selalu mengingatkan diri sendiri agar senantiasa menghargai moment dan insan2 yg hadir dalam hidup kita kerana kita tak akan tahu mungkin itu adalah perkara terakhir yg terjadi..
Ayat touching nampak...hehe

Gambar ramai2 diatas, anda percaya atau tidak, hanya 12 orang sahaja yg masih bersama2 memajukan kompeni ini..yg lain semua sudah membawa haluan ke tempat lain.

Aku doakan agar semua kenalan dan kawan2 ini bahagia dgn hidup dan kerjaya masing2..Amin.