Monday, November 4, 2013

Jalan-jalan : Cameron Highland

Pada 6 April 2013, aku, adik pompuan ikut abang dan kak ipar ke Cameron Highland.
Memang niat sebelum tu nk kesana dgn adik beradik reramai, tapi ibarat 'Orang mengantuk disorongkan bantal', tup tup abang aku ajak ke sana..Memang tuhan memenuhi keinginan hatiku..
Pertama kali menjejakkan kaki kesana dan cuaca yg baik serta pemandangan yg indah.
Abangku ni dh byk kali kesana, aku dan adik jer tak pernah pergi.
Tempat romantik mcm ni sesuai utk suami isteri tapi aku saje meromantikkan diri sendiri kat sini sbb nak release tensen kerja kot...hihik
DAY 1
Kami bertolak dari Gombak 0730 AM dan sampai ke CH 3 jam kemudian..
Ladang teh Cameron Valley
Nampak tak rama-rama hinggap dikepalaku..
Memang banyak ladang teh kat CH, tapi abgku port kat sni..sini tempat yg plg popular.
Kat sini ape yg boleh buat hanyalah posing sana sini dan menyegarkan mata dgn kehijauannya saje.
Suhunya agak sejuk tapi bila tengahari tu..biase2 je.

Sebelum kami ke tempat penginapan yg kami sewa, kami lunch dgn bekalan makanan yg kakak ipar sediakan. Dahler sejuk, mmg laju je mkn nasik kat situ..
Kat area sini ade meja..kami mkn kat sini je la..Ape2 pon yg penting Posing ok
Kat hotel ni la kami sewa. Cari kat mudah.my
Dekat je dengan Pasar Berinchang. Jalan kaki je. Kat pasar ni la tempat popular nak shoping itu ini
Sewa 2hari 1malam = RM250
Bila malam je, memang sgt sejuk. Sebab tu kat situ xdek aircond and kipas.
Aku yg jenis badan panas ni pon boleh rase sejuk sampai tulang sumsum.
Pemandangan dari bilik hotel
Petang tu kami ke Strawberry Park dan Cactus Valley sebelum shopping kat Pasar Berinchang sampai lah Maghrib..


Disebabkan aku duduk rumah tidak bertanah, hatiku meronta2 je tgk pokok2 bunga yg cantek2 ni..
Haih, ikutkan hati nak aje beli itu ini..geram aku.

DAY 2
Pagi yang sejuk dan indah saujana mata memandang..
Hari kedua, sejak pagi lagi kami keluar sebab banyak lagi tempat2 dan taman2 yg kami perlu pergi.

Kat Pasar Berinchang semalam kami beli mcm2 terutamanya Strawberry, baju, bantal strawberry, cenderahati utk kawan2..mcm2 la..
Tapi kat pasar ni kami fokuskan utk cari jagung dan limau CH.
Kat sini banyak jual buah-buahan dan sayur-sayuran yg besor2 dan segar2.
Xdek plak gamba Jagung dan buah2
Lepas tu kami pergi ke Taman Rama-rama. Kat sini ade taman kaktus dan haiwan2 eksotik
Bosan jugak aku tengok rama-rama ni..bila pergi ia terbang..
Lepas tu kami pergi ke Rose Valley.
Memang aku suka sini..pasal penuh bunga mawar mcm2 kaler, mcm2 jenis, saiz dan bau yg berbeza.
Sengih nampak kepala je..
Pastu jumpa plak Taman chrysanthemum/Kekwa ni..yg Allah mcm dalam syurga gitu
Rase mcm nak buat rumah je kat situ..Cantek sangat.

Dalam banyak2 bunga mawar itu, bunga yg aku pegang ni lah yang paling wangi tau..Seriously.

Last tempat yg kami pergi adalah Cameron Lavender.
Kat sini aku hanya nampak dari jauh je ladang Lavender tu..tak dapat pegang, bau dan menghayati pon mcmane rupa Lavender..Sedikit hampeh

Tamat sudah episod jalan2 aku yg tak seberapa kat Malaysia ni.
Nanti bila rase nak beromantika kat CH, pasti aku pergi lagi..
Post kali ni banyak gambar dan biar gambar saje yg berbicara..
Sekian.