Tuesday, May 27, 2014

Mimpi dan Amaran

Mimpi itu misteri.
Bila kita sedar dari tidur, kita tidak pasti pula mimpi itu benar atau tidak benar.
Sebab itu pentingnya sebelum tidur kita berdoa, selawat dan sebagainya.
Barulah esok nya kita yakin dgn petanda dalam mimpi..
Iya aku bertazkirah sekejap..kalau anda bermimpi yg pelik..cuba google apa maksudnya.
Yang penting ia mestilah dari sumber benar dan berpandukan islam.
Sekian..dari Ustazah yg tak berapa nak ustazah, Ustazah MokNiq.

Semalam aku bermimpi 'pelik', aku rasa pelik dan aku google pula..
Ingatkan takdak maksud..nah..amik kau..'Anda akan menemui kerugian dan kesusahan'
'Kerugian' apa pula jika esoknya aku akan dapat gaji?
Tawakkal shj, sesungguhnya mimpi buruk itu adalah langkah terakhir syaitan utk melengahkan subuhku.

Pada satu pagi yg tak berapa nak hening,
Aku bawak keta ketempat kerja spt biasa kat highway, gatal pula tangan aku pergi call makcik jahit kat kampung utk bercerita tentang baju2 yg ditempah oleh kawan2 opisku..
"semekom makcik, prong prang preng bla bla bla...dia cucuk tang sini dia cucuk tak saner..kecepurrr.."
Tiba-tiba aku menoleh kebelakang, cermin sisi kelihatan sorang abang polis menaiki motor suruh aku berhenti berhampiran highway Awan Besar..
'Patutla aku mimpi tutt tadi'..getus hatiku.
Abang polis kata "mitak IC dan lesen"
Aku pula cool tapi kalut jugak sebab aku tak jumpa pula lesen dgn IC dalam purse aku..puiiii..
Cari punya cari..jumpa jugak kat tmpat lain aku letak dalam handbag aku yg besar tu..puiiii.
Bayangkan dalam handbag aku ada 3 mini bag lagi yakni purse, makeup bag, clunch utk letak kunci opis, duit lunch dan bla bla..puiii.

Lepas jumpa IC dan lesen, aku dgn cool nye bagi pada polis tersebut.
Aku tanya dia "saman ke, saya emergency call dgn mak sy tadi, sorry yer.."
Dia cakap "Betul tadi guna handphone?"
Aku dgn jujurnyer pula ckp "Betul"...puiii pada diri sendiri. 

Lepas tu dia bawak lesen dan IC aku kat motor dia pastu dia tulis kat buku nota dia bla bla bla..
Aku dalam keta cool je, aku naikkan cermin keta sikit utk elakkan orang lain tgk aku. mat2 moto kat belakang plak cepat2 masuk line motor sahaja.
"Mentanglah aku dpt gaji harini, kena samanlah pulakk, apelah benda haram yg aku dah guna ni..Celah mana plak aku sembang dgn mak aku, mak aku pon dah lama meninggal.." getusku sendiri.
Polis tu datang bagi IC dan lesen pada aku semula..
Aku tanya "Saman ke?"
Dia cakap "Tak, tapi ini utk nota saya, lain kali jangan guna henpon masa memandu"
Fuh lega hatiku dapat amaran jer.
Selepas ucap timakasih. aku mula mengimbas kembali wajah lelaki itu..
"Macam mirip sesorang tapi dimana ya..." argh..aku pon dah lupa tapi ptg ini barulah aku teringat yang...
muka dia macam ahli kumpulan rajalawak Wala..yg sasa tu.
Ape2 ajelah..
Pengajaran dari kisah ini.. Jangan call org mase tgh memandu, pastikan kalu on call pon bawak keta slow2 dan tgk kiri kanan depan belakang takdak polis, cctv, kamera..baru line clear.. :-)

1 comment:

  1. nik byk nye ko beceloteh.. tp bgs la sbb ada pengajaran nye. hehe

    ReplyDelete