Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya..

Kepada semua ahli keluarga, adik beradik, sahabat2,kawan2, kenalan2, Opismate..
Rase mcm baru saje smbut raya..tp masa mmg cepat berlalu..
Sememangnya raya tak berseri pon tanpa ibu dan bapa..ye la time pagi2 kan bersalam-salaman, mohon ampun dan maaf..ya..kita kena terima hakikat kehidupan..
Tapi ini tahun kedua aku bg duit raya dan smpai bila2 slps ini aku takkan lg dapat duit raya :-) Dulu duit raya adalah sumber pendapatan tetap tahunan..banyak woo.. maklumla adik beradik ramai..
Ramadhan pon akan pergi, entah tahun depan kita akan berjumpa lagi atau tidak..
Hmm..moga2 perjalanan ku pulang ke kampung selamat. Aku akan memastikan aku akan bawak keta dgn penuh lemah lembut dan berhemah :-)
Minta ampun dan maaf atas segala kesilapan, kekasaran bahasa, mungkin ade org tak puas hati, tak suka, tak bekenan dgn perangai aku..manusia mmg tak sempurna..Perangai semuajadi sejak azali mmg sukar diubah tp kita boleh memperbaikinya.
Minta halalkan juga makan minum, hutang walau sesen pon. 
Aku juga memaafkan..
Terima Kasih semua dan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN..