Friday, April 11, 2014

ThrowBack ~ Part 1

Biarlah part 1 ini bercerita tentang Blog dahulu..
Kalaulah dari kecil lagi sudah wujud blog sebegini, maka post pertama aku akan bermula pada era sekolah menengah.
sebab masa tu aku hanya menulis di kertas sahaja. tiada buku atau diary.
Sebab itu blog aku tidak menarik interface nya, tiada iklan itu ini utk keuntungan peribadi, langsung tidak aku publish dimana2..
Aku punya terlalu banyak cerita dan tak akan semuanya diceritakan di blog.
Tetapi...blog ini aku allow kan utk Google search..supaya jika ada sesiapa mencari maklumat..
Mana tahu cerita aku dapat membantu..
Itu sahaja.

Pada waktu itu zaman Friendster hampir terkubur dan Facebook mulai berkembang..
Blog ini bercerita bagaimana..
kisahku sebagai student di Arau, Perlis sudah sampai ke penghujungnya..
menjalani praktikal di Kuantan..
dan kemudiannya perjalanan kisahku di Kuala Lumpur.
Bagaimana perasaan dan kesusahan yg aku tempuhi..pahit dan manis, pertemuan dan perpisahan dgn kawan-kawan.
Kadang2 menjengah kenangan silam..lalu aku tuliskan semula..
Jika lah ia wujud zaman aku sekolah menengah dan kemudian menjadi student Politeknik dulu..
pasti bermakna..
Susah senang zaman PMR dan SPM, Cinta beruk mat Yeh 'mereka', Geng2 konvoi hari raya..
Kawan dihadapan mata dan Arwah ayahku meninggal dunia..
Susah senang 9 sahabat di Politeknik..
Pengalaman aku jadi wartawan, pengacara, penerbit (tak bertauliah) utk dokumentari video projek akhir aku sendiri..
Kemudian, bagaimana peritnya hatiku bila mulai meninggalkan Ibuku di Keratong utk ke Dungun di setiap semester.

Jadi jika ada antara mereka terfikir..
Kenapa Nik ada blog? Apa cerita yg Nik merepekkan dalam blog dia?

Aku ni menulis dari kecik lagi..
Aku ada simpan byk kertas2 karangan yg aku tulis sebab masa tu takdek blog..
Orang lain start tulis blog bila dewasa, terlalu ramai bloggers di Malaysia lagi2 perempuan..
Aku? sebab aku ada idea dan ilham. tak semua orang ada idea dan ilham.
Itu sahaja.
Aku bukan bloggers sebenarnya..
Aku ni 'tumpang tulis sesuatu kat sesuatu benda yg bernama blog' aje.
Itu sahaja.
dan..blog ini akan sentiasa menjadi kawanku :-)
Semoga blog aku tak dihack, ataupun aku lupa password..
InsyaAllah.

2 comments:

  1. niqqqqqqqqqqq....aku kan ada..mana ada aku lupai niq anisah..aku ingt je hari2

    ReplyDelete
  2. haha nasib baik ade ang yg masih ingt kat aku..jrg contact xpe..ingt aku dlm doamu..kihkih..

    ReplyDelete