Nampak tak aku busy mengalahkan Kak Mah..
Wah cepat betul masa berlalu..Last post May, 3 bulan lalu..
Ni nak citer pasal 2 orang adikku yg dah kawen pada Jun 2014 lepas.
Rasa macam baru semalam aku tulis post pasal pertunangan mereka, tup tup dah kawen dah..
Beberapa bulan sebelum Majlis..
Adikku kalu boleh sume benda nak suruh aku buat, dari tukang amik gamba, tukang solek, tukang hias barang hantaran, dah macam wedding planner pulak tapi aku cakap awal2 bab2 photographer ni aku tak mampu, pasal aku malas nak menonggeng, baring terkangkang sana sini amik gambar diorg.
Lagipun aku takdek pengalaman lagi, Majlis seumur hidup diorang biarlah yang pakar bertanggungjawab.
Lagi satu nak amik gambar kawen kena kamera baekkkk punyerrr.
Jadi aku cuma bersetuju sebagai tukang cat bilik pengantin adik lelaki (merangkap bilik aku jugak), tukang hias bilik pengantin adik perempuan, pembantu menghias hantaran sahaja.
Untuk persediaan majlis, kita mesti ada satu file perancangan seperti gamba diatas.
buat sahaja dalam bentuk excel kalu malas sgt pun, google saje.
Budget dan info diatas aku ade edit sikit2 pasal terlalu public utk dikongsi.
Bagi yg bujang trang tang tang tu jgn risau, anda ada peranan iaitu... bijak dalam kewangan dan mulai menyimpan duit.
Rupa-rupanya hantaran utk majlis perkahwinan lebih sederhana dari majlis pertunangan bagi sesetengah orang..
Nak tahu kenapa? kerana logiknya utk majlis perkahwinan, mereka lebih tertumpu pada persiapan majlis seperti kenduri, goodie bag, baju pengantin, makeup, photographer, pelamin bla bla bla.
Hantaran tu buat sesederhana mungkin utk elak pembaziran kerana lebih penting bagi pasangan pengantin adalah perbelanjaan kehidupan selepas kawen..
Hantaran tu buat sesederhana mungkin utk elak pembaziran kerana lebih penting bagi pasangan pengantin adalah perbelanjaan kehidupan selepas kawen..
Nampak tak nampak tak nampak tak.. aku dah matang..hahaha
Seperti biasa kami turun Jalan TAR. Bakul hantaran guna semula masa bertunang cuma ubah design dan bunga sahaja.
Jangan lupa beli Majalah Pengantin utk idea dan design terkini.
Majlis Perkahwinan Adik lelakiku.
7&8 June 2014, Felda Selancar, Johor.
Hantaran bunga biru turqoise adik lelaki utk pengantin perempuan.. |
Set jam couple..mahal bak hang..aku idok la mitak yg ni..haha.. adik kata takpa seumur hidup sekali..boleh caya ka..lantak dia la duit dia haha.. |
Yang ni set gelang dgn duit mas kawen..mas kawen phg, johor RM22.50..baru aku tau.. |
aku dah malas nk buat bentuk mcm2, aku gubah telekung jadi buah2 jer.. |
Handbag cenggini mmg disukai oleh puan-puan..hihik |
Biasa orang laki ni bersikap neutral, adik laki ni tak nebes langsung, dalam hati tak tau la..aku pakaikan bedak n lipglos je kat dia..senangnyer hidup seorang lelaki.. |
Cantik kan..bernikah biar makeup soft ok.. |
Sama cantik sama padan..pengantin jangan lupa pakai stokin tau.. |
Yang ni hantaran pengantin perempuan utk lelaki |
Aku pakai dress beli online cap Poplook warna nude.. RM86, aku tambah lace kat pinggang |
Mase ni seronok sgt pasal keluarga besarku semua berkumpul |
Orang kata suami isteri ni kalu tak nampak sama pon muka msg2, tapi lambat laun akan terserlah jugak keirasan wajah..tak byk pon sikit2 mesti ada.. |
Majlis Perkahwinan Adik Perempuanku.
14 June 2014, Felda Keratong, Pahang.
ni contoh barang2 nk letak dalam goodie bag, jangan membazir ok. |
Yang ni aku buat utk hias kepala katil..simple je la sbb pengantin tak amik pakej utk hias bilik pengantin |
Tema bunga pengantin perempuan utk lelaki ialah tulip merah |
Dah selesai nikah.. |
Pelamin by Renjis boutique Keratong |
hiasan Meja beradap ni pon by Renjis Boutique |
Makeup & Baju pengantin jugak by Renjis Boutique.. Total Package sume sekali RM2100..Budget OK |
Ramai orang..sederhana tapi meriah |
Para pengantin |
Kompang mesti ada, baru meriah sekali sewa DJ yer.. |
Alahai..kuarga ramai..mmg tak muat nak bergamba..kalu ramai cenggini..time aku nnti nk buat kat luar rumah la..haha..kalu ade rezeki.. |
Sekian saja utk kali ini..
Macam biasala kalu ramai2 mcmni, pasti akan ada yg bertanya kakaknya bila lagi?
Nasib baik aku dah didik baik2 makcik2 jiran aku dari yg kategori mulut baik2 sampai yg mulut 'lepas'.
Mereka tak berani sekali bercakap bukan2..yg paling terharu, telingaku asyik mendengar doa2 yg baik dari mulut mereka. sampai ke mak2 mertua abang2ku sekali.
Mungkin mereka dah kenal aku dari kecil, susah payahku dan kami adik beradik lain. :-)
comeinye nik..pengantin pon xcomei mcam hg nik....
ReplyDelete