Saturday, June 27, 2015

Jalan-jalan : Bukit Tinggi

Waduh-waduh lama benar tak membebel.. bukan ape, aku xdek mood nak update blog..hehe
Sila mula..
Pada akhir May'15 lepas, adik beradik ajak pegi Bukit Tinggi.
BT tak jauh dari Gombak, hala ke Kuantan gitu..
dalam 30minit dari Gombak, sampailah BT.
BT ni bukan tempat peranginan yg luas dan sgt popular seperti Cameron Highland/Genting H.
Bukit Tinggi ni diibaratkan seperti Bukit Fraser jugakla..cuma lain sikit sebab senibina dan konsep yg cuba ditonjolkan sebagai tarikan pengunjung.
Haa mcm penulis travel pulak aku rase diri ini.

Memang ada orang yg bila sampai je kat sini, mesti tertanya2, apa yg ada di BT?
Tiada apa2 cuma tengok2 senibina dan tangkap gambar sajalah.. nak buat apa lagi..
Sebab lanskap kat sini takdek kat tempat lain..
Bolehla buat Family Day or photoshoot ke..
Kat sini kami menerjah 3 tempat saja, 
Colmar Tropicale, Rumah Teh Jepun, dan Taman Arnab.
Semua gambar2 yang diambil dibawah guna handphone aku saja.

1. Colmar Tropicale (Senibina rumah Perancis)
Air pancut ni kat bulatan depan pintu masuk..Welcome to Colmar katenyerr..
Adik beradik bergambo kenangan


Natang ni nama ape yek? BugsBunny kan..Lupa pulak dulu mase kecik2 selalu tgk natang ni kat tv
Ank buahku yg cute tu tak takut pulak dgn natang tu..macam comel jer..macam comel jer..gituu..
Layan jer gambar2 dibawah..






Ini la fridgemagnet paling mahal pernah aku jumpa..tapi aku beli jugak satu..wat kenangan kekdahnyer..

Apa motif kuda yek? adakah orang France suka naik kuda? atau suka bela kuda? atau suka makan daging kuda?

2. Rumah Jepun
aku tak paham tulisan jepun tu..aku agak2..ia menunjukkan tangan tu tgh pegang BungaSakura, trademark Jepun

Yeke yang pertama didunia dalam hutan tropika..ok, aku terima statement ini..tak cantik lanskap siapp!
Okla aku mengaku lanskap kat sini lebih mendamaikan, lebih bersih, nice..hekhek
Benda ni saluran air tradisional utk orang2 jepun dlu kot..kot..
ni aku snap gamba versi lanskap, 180 darjah.
Ada 2 jenis rumah jepun, cute jer aku tengok..
Ni rumah jenis pertama, pengunjung leh try pakai kimono utk bergambar kt rumah tu tapi kena bayarlah sewa baju..aku rase dalam RM20 gitu pasal tu lah aku tak try pakai kimono..Mahal.
ni jenis kedua, rumah ni lebih cute..nampak chubby jer..
dalam perjalanan nak turun tu, aku terserempak dgn ulat gonggok paling besar penah aku jumpa..
lebih besar dari lipan..btw, citer pasal lipan, dah lama aku tak jumpa spesis lipan selepas kejadian pembunuhan lipan oleh aku mase belajar kat uitm dulu..
3. Taman Arnab
cute jer..pandai posing yek..tampo laju2 kang..
Kat taman ni, pengunjung leh bagi makan kat arnab, kat sini ade rusa, kuda..tu aje..simple. budak2 suka lerr..
selpie..
Selamat tinggal Bukit Tinggi..Nice :-)
Selepas penat jalan2, kami makan ikan patin ni kat restoren area Gombak..semangkuk RM15..
Mahal tak?

Sekian.


Panggilan Pulau Pinang
Jalan-jalan : Padang Besar
The Last Trip : Dhe Rhu Beach, Kuantan
Jalan-jalan : Cameron Highland
Panggilan Pulau Perhentian

No comments:

Post a Comment