Wednesday, June 19, 2013

Catitan Hati

Catitan 1
Didalam lrt aku asyik melihat makcik tua itu membawa satu beg besar berisi kerepek2..berbaju kurung dan bertudung bawal lusuh.. Dia turun di masjid jamek.
Di tangga turun dari lrt itu, aku berjalan dibelakangnya..kemanalah dia mahu pergi..
Bertembung lagi ditengah2 panas didalam kesesakan orang ramai Pasar Jalan TAR. Makcik itu terus berjalan membawa kerepek2 itu
Aku duduk kepenatan ber'window shopping' lalu makcik itu melintas dihadapanku sekali lagi..
Ku lihat kerepek2 itu tinggal beberapa bungkus sahaja dari beg besar yg penuh kulihat tadi.
Lalu..dia berlalu pergi...
Kasihan makcik tu..dah tua2 boleh lagi mencari rezeki, lalu disebelahku sj tak meminta2 dan tak memaksa2 orang membeli kerepek dengannya.
Kenapalah aku tak membeli kerepek itu..Kalau aku tak makan pun, letak kat opis pasti habes jua..
Agak terlambat aku berfikir yang sebenarnya, tuhan memberi seseorang lalu dihadapan mata untuk menguji sejauh mana kemurahan hati kita..

Catitan 2
Aku selalu mengingatkan pada diri sendiri agar mempercayai orang yg lebih lama kita kenal yg mana perangainya kejap ok kejap tak ok daripada mempercayai orang yg baru kita kenal tapi perangainya sangat2 baik...
Kerana lepas tu, kita baru tahu siapa dia yang sebenarnya.

Catitan 3
Persoalan jodoh itu agak sukar
Bagi mereka yg tak punya apa2 seperti aku
Lalu aku memanjangkan akalku sebelum jemari laju menghina anugerahNya
Tiada ibu dan ayah mertua untuk diberi pada pasangan?
Tiada rupa paras dan tubuh badan yang menawan utk pasangan?
Tapi percayalah, jodoh yang baik adalah yg dpt menerima kekurangan kita.
Iya sebelum bercakap tentang kekurangan orang lain, pastikan diri kita memegang sebuah cermin utk melihat diri kita sendiri..

Catitan 4
Kita kena terima hakikat manusia boleh berubah
Manusia senang berubah seiring dengan perubahan hidup mereka sendiri.
Bila sudah kaya sedikit, bila sudah berpangkat sedikit, bila sudah cantik/hensem sedikit
dah lupa diri sedikit..
Itu belum banyak lagi..cuba kalu dah kaya banyak, naik pangkat tinggi, sudah cantik/hensem bangat..
Lagilah cepat lupa diri..
Dah lupa dah kawan2 masa susah dulu..
Sedih bukan..jangan sedih sgtlah..bukannya kita hadap sgt nak berkawan dgn org2 kategori lupa diri ni
hahaha
Tapi kan..bagi kita yg tak mudah lupa diri ni kan..kadang2 tu teringat jugak masa2 susah bersama dulu.
Takpalah kita ramai lagi kawan2 yg baik. Jangan bersangka buruk sangat yer.

Catitan 5
Bulan Ramadan yang mulia akan menjelma tak lama lagi.
Aku harap kawan2 dapat maafkan kesilapanku.
Tak dapat ungkap dimulut pun tidak mengapa kerana Allah Maha Mengetahui.
Sesungguhnya aku tak mahu mengambil hati diatas apa yg berlaku.
Masing2 ada kesilapan tersendiri.
Harap2 kita dapat beribadat dengan sebaiknya di bulan yang mulia ini.
Alhamdulillah kita dapat bertemu Ramadhan lagi.

Monday, June 10, 2013

28 Tahun Bernafas

7 June 2013

Ya Allah
Ampuniku ibu dan ayahku
Dari kecil hinggalah dewasa
Kau beri segala dugaan dan cabaran
Susah, senang, bahagia dan juga terluka
Sejak dari kecil..
supaya aku pandai membawa diri dan menjaga diri sendiri
Agar tidak menyusahkan orang lain
InsyaAllah.

Ya Allah
Aku sangat bersyukur dengan apa yg kau berikan
Disaat ini, Kau memberi aku seorang kawan yg memahami
Seorang pun jadilah dari tiada..
Terima kasih kerana masih menjaga persahabatan 7 sahabatku yang lain
Walaupun kami jarang berjumpa
Semoga kebahagiaan dan keberkatan sentiasa mengikat tali persahabatan kami.

Ya Allah
Terima kasih kerana menjagaku
Memberi kawan yg baik
Kasihilah mereka yang mengasihiku
Samada ada atau tidak, samada aku tahu ataupun tidak
Aku sedang belajar untuk menerima hakikat
Agar mereka tidak berasa beban dengan diriku

Disaatku sendiri..aku selalu tertanya-tanya
kenapa Kau ambil ibu dan ayahku terlalu cepat
Maka beruntunglah mereka yang masih ada ibu dan ayah
Tidak mengapa..

Permudahkan urusan kerja dan kehidupanku
Kalau aku susah, Kau tolonglah aku
Kalau aku sedih, Kau tenangkan diriku
Kalau aku rugi, Kau tolaklah bahagian itu,,
Mungkin ada hutang yg tak terlunas,
Mungkin ada hati yang tidak ikhlas,
Mungkin juga kerja dan makan minum yang tidak halal.

28 tahun bernafas
Mungkin sesaat dua kau menghentikan degupan jantungku
Mana mungkin aku akan menjadi orang yang tidak bersyukur padaMu kerana itu
Mungkin kini aku menghadapi saat-saat yang sukar
Hilangnya sebuah semangat dan tenaga
Mungkin mereka melihat diriku berubah, mungkin juga aku tak seperti dahulu
Mereka tak tahu aku sedang berperang menghadapinya sendiri
Aku kena bersabar..Kau pernah berjanji, sesudah susah, senang dan bahagia pasti menjelma.

Ya Allah,
Moga aku menjadi hambaMu yg solehah
Walaupun setiap hari aku membuat dosa padamu
Tutuplah aibku..
Tiada apa yang aku harapkan lagi..hanya......
Kasih sayang dariMu.