Wednesday, March 13, 2013

Seronoknya Bersukan

Suatu mase dulu, menyertai sukan disekolah adalah satu keghairahan bagiku.
Aku selalu ponteng kelas agama atau mitak izin ustaz/ustazah balik awal sebab ada kokurikulum belah petang.
Memang seronok bersukan bermain dgn kawan2, ketawa, bertengkar, berebut..
Cer cite pengalaman bersukan..

BOLA BALING
Pertama kali menyertai sukan mase sekolah rendah adalah Bola Baling
Mewakili rumah merah
dengan hanya mengikat tudung kebelakang ala-ala makcik jual nasi lemak
Aku tangkas menyumbat gol
Memang senang sgt main bola baling sesenang membaling bola sesuka hati..
tidak seperti bola jaring yg byk peraturan.

LONTAR PELURU
Aku sebenarnya nak masuk sukan lain, tapi disebabkan aku debab..aku sedar diri sendiri
Jadi cikgu memikirkan sukan jenis ape seswai utk aku sertai..
Kenapa cikgu sibuk memikirkan?
Sebab aku dilantik sebagai naib pengerusi rumah Merah..orang penting tu..kihkih
Taklah..aku kan berbakat dan berpotensi menyumbangkan pingat utk rumah Merah.
Jadi, cikgu suh masuk Lontar peluru
pehhhh..memang juara la kan..
Aku siap menguap lagi mase melontar 'peluru' tu..senang sangat..lawan2 ku badan kecik belake

BOLA JARING
Aku nak jugak masuk bola jaring, walaupun selalunya pasukan bola jaring sekolah disertai budak2 yg comel2, yg selim melim, yang tinggi..argh aku tak pedulik.
Penyertaan aku utk pasukan bola jaring tidak dipandang sepi oleh cikgu.
Aku menjadi GK sekolah (Pertahanan)-GK sebenarnya sesuai utk org tinggi tapi mungkin aku debab jadi mungkin sesuai utk pertahanan pasukan
Tika umurku 11 tahun..aku aktif main BJ. sehinggakan suatu petang itu..
Langit yg cerah berubah menjadi mendung..
tika mengejar bola, kakiku terseliuh masuk kedalam lubang dipadang itu..lubang tu tak dalam sebab dilitupi rumput, jadi aku tak nampak.
Aku tak boleh bangun, sakit sgt dan terus menangis..cikgu memujuk..
Tidak lama kemudian, aku cuba berjalan sikit2..sebab nak balik rumah, hari sudah mau senja..
Sakitnya masih terasa, hanya mampu mengheret basikal pemberian ayahku itu naik dan turun bukit sejauh 2km dari sekolah.
Sampai rumah mengadu pada kakak, tapi dia mungkin tak berapa paham kenapa aku menangis begitu
mungkin dia ingat aku budak kecik jatuh tika bermain itu perkara biasa.
Masa tu manalah ku tahu aku sebenarnya cedera yg agak serius.

Aku menjadi susah hati..selepas dari kejadian itu, aku selalu jatuh kebelakang tanpa disedari
Selama hampir setahun aku begitu..
Dalam kelas tika padam papan hitam, aku jatuh
Dalam kelas tika bersembang dengan kawan, aku jatuh
Dimana-mana shj aku jatuh, bila jatuh diorang ketawa terbahak2.
Sebab lepas jatuh aku tak boleh bangun, kena org angkat dan hulurkan tangan.
Aku selalu bingung kenapa aku jatuh ke belakang, sakit pada kaki bukan kepalang.

Aku tak bagitau keluarga perkara ini
Perkara ini buat aku fobia utk berlari.
Aku sedih sebab tak dpt aktif macam dlu lagi
Aku masih kanak2 lagi, tapi kena melalui semua ini.
Aish jangan sedih2..citer belum habes lagi.

Selepas beberapa kali asyik jatuh, aku dpt detect sendiri dimana punca aku jatuh.
Rupanya kepala lutut aku terpisah/lari dari kedudukan asalnya.
Kaki sebelah kiri shj.
Tika aku berdiri statik dan kemudian melangkah kaki kiri ke kebelakang,
Masa itu lah kepala lutut terpisah, kaki kiri tak dapat menampung badan
Sakitnya hanya tuhan yg tahu, lalu aku terdampar jatuh dari arah belakang.. memandang ke langit dan menunggu mereka menghulurkan tangan mengangkatku.
Kawan2 ku masa itu sgt sweet..mereka baik sekali..

Hari berganti hari..
Aku pergi ke sekolah setiap hari dengan mengikat kain dikepala lutut kiri, samada menggunakan kain lampin atau tudung yg tak digunakan lagi.
Aku ikat kemas2 harap2 tulang kaki dan kepala lutut tidak berpisah
Aku selalu berhati2 dlm mengatur langkah
Aku selalu minta arwah emak urut
Tapi aku ni budak degil..
Tetap nak masuk sukan tapi aku cuba sukan yg tak melibatkan lari..
iaitu Bola tampar dan Hoki.

Bulan berganti bulan
Sehinggalah masuk sekolah menengah
aku masih merasa sedikit fobia utk berlari laju2.
Cuma demi pasukan sekolah yg aku wakili utk Hoki dan Bola tampar, aku berlari sikit2.
Aku percaya, kecederaan yg aku alami itu sudah pulih 100% sekarang..waima sejak menengah atas lagi.
Kerana aku injured semasa kanak2, tisu2 dan tulang sedang aktif membesar dan menyokong antara satu sama lain.
Kesimpulannya, injured aku pulih dengan peralihan masa sahaja.
Insyaallah..

BOLA TAMPAR
Phewww.. kenangan manis main bola tampar.
sebab ade admirer gitu.. hahaha
Memang best main bola tampar ni sebab dari pasukan ini aku dikenali cikgu dan murid2 lain.
Tamparan bolaku memang digeruni lawan, cis poyo betul ayat.
Kepakaranku adalah menerima bola dan menghantar semula ke pihak lawan.
Bola tampar adalah sukan yg paling aku sukai seumur hidupku.

HOKI
Semasa umur 12 tahun..
Tika kaki ku masih cedera, aku selalu tengok dari jauh team hoki sedang berlatih di padang.
Bila latihan bola tampar tamat, aku selalu 'usha' kat padang sekolah.
Kawanku bertanya 'ko nak masuk team hoki tak?'
Aku berfikir.. aku nak bermain sebagai apa?
Bila masuk team Hoki, mula lah jadual yg padat..dengan kelas tambahan UPSR pada mlmnya lg.
Aku bizi mengalahkan Tun Mahathir.
Abes latihan bola tampar di gelanggang, aku berlari ke padang utk hoki pulak.
Cikgu Azhar yg baik hati itu memberi aku tugas sebagai..Penjaga gol hoki sekolah..kihkih
Aku menerima tawaran itu kerana ia tak melibatkan byk larian di padang.
Memang hodoh pakaian penjaga gol..aku dah mcm Robocop.
Disebabkan hal itu, aku selalu tak mau pakai helmet dan baju keeper..hanya pakaian pelindung kakinya shj
Itupon aku dah rasa mcm robot dah..walaupun Cikgu Azhar selalu suh aku pakai..
Diatas kedegilan ku itu, semasa latihan rembatan bola ke gawang gol, aku dirembat dibahagian perut dan ada sekali terkena tangan..Memang senak..senak sesenak senaknyerrrrr..tapi aku tak menangis dah..arggh menangis ni keje budak2 kecik yg manja jer.
Pasukan Hoki banyak mengajarku erti semangat juang yg tinggi..
Pernah sekali tournament di SK Temerloh, Peringkat Daerah..perlawanan akhir..
Pasukan ini menjadi juara kerana tindakanku berlari ketengah padang menyepak bola jauh2
Bola itu pantas diambil oleh penyerang dan terus..Golll!..
peh peh peh..aku rasa mcm gol keeper Man U pulak..peh peh peh
Cer bagitau gol keeper mana yg berani meninggalkan gol berlari ketengah padang dan menyepak bola jauh2..
Gol keeper Man U penah wat cenggini ke..tak berapa pasti pulak..hikhik..

Sehinggalah satu masa dipenghujung tahun, aku menerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Sekolah..
dengan disaksikan ayahku.
Aku dapat piala.
Aku hepi juga walaupun masa tu pelajaranku kurang memberangsangkan..

Iklan metarr..
~10 tahun kemudian, seseorang mengetuk pintu bilik pejabat, pandanganku dari monitor komputer terkalih memandang seraut wajah itu. Kami berpandangan sesama sendiri.
Dia bertanya 'Boss ada?', aku cakap 'Boss takdek kat opis', lantas dia pergi dan terus pergi..
Aku berjalan melihat dia dari belakang menuruni anak tangga dan hatiku berkata..
'Cikgu Azhar sudah tidak ingatkah aku, ank muridnya yg dia selalu banggakan dan support utk pasukan hoki dulu....' ~Sigh.

Kenangan diatas sume cerita time sekolah rendah
Anda berasa story ini membosankan?
Lantaklah...
Time kasih..

Thursday, March 7, 2013

Khamis di bulan Mac

Salam..
Aku sekarang memang susah hati
Aku selalu tak tau nak cakap kat sape dan bagaimana
Aku harap korang bahagia dan ketawa selalu
Mungkin ada org lain lagi susah dari kita
Jangan cepat putus asa & putus semangat
Tuhan selalu ada disisimu..