Tuesday, January 15, 2013

Aku bukan peminat Yuna

Aku bukan peminat Yuna
Tapi disebabkan lagu ni menang AJL baru baru ni..buat aku teringat tentang sesuatu perkara..
Cecite..cecite
Hujung tahun 2011, aku dan ex-clasmate uitm pegila kenduri kawen kawan kami ni.
Nama dia Nazirul..
bertempat di Kelab Shah Alam Selangor
Dengar citer si Yuna akan hadir kemajlis itu
Ala Yuna je pon bukan Siti Nurhaliza..
ooo baruku tahu Yuna adalah kawan baik kpd isteri Nazirul ni
Dengar citer dia akan buat persembahan..
Laa..mesti lagu Dan Sebenarnya kot..
So so je Yuna ni mase tu..
Tatkala dia masuk ke dewan
Aku tengok jugaklah
Almaklumlah retis kan
Tinggi lampai dan kurus langsing orgnyer
Memang stail tudung dia macam ni..

Bila nak mula perfomance..
semua orang dalam dewan itu tertumpu pada dia
Memang kalah pengantin
Yuna ckp dia akan nyanyikan sebuah lagu spesel utk pengantin dan hadirin hadirat
Lagu tu first time dia nyanyi di khalayak ramai..
Lagu itu adalah 'Terukir di Bintang'
Lepas aku snap barang 3 4 keping gambar Yuna ni
Aku balik ke meja..sambung makan dan dengar la lagu dendangan Yuna ni
Kedengaran agak merdu
Lantunan suara yang cukup sempurna
Band dia sentiasa setia  bersama

Memenangi AJL lebih-lebih lagi dia adalah pencipta, penulis dan penyanyi
Siti Nurhaliza tak dapat menandingi Yuna dari segi ini
dan Yuna tak dpt menandingi Siti dari segi persembahan seperti Tarian dan surprise dipentas
Sila dengar lantunan vokal Yuna dalam video Separuh akhir Muzik2
Nampak sangat dia sudah bijak
Tahap keyakinan amat tinggi
Kreatif mewarnakan vokal
Almaklumlah dia sudah sampai ke peringkat antarabangsa
Memang hampa peminat Yuna bila dia tak dapat beraksi dipentas akhir
Persembahan dan vokal Aizat ketika mempersembahkan lagu ini agak hambar
Walaupon cool tapi vokal tak cukup membuatkan bulu roma naik
Aizat, misai nipis dan cawan merahnya..

Aku bukan peminat Yuna
Tapi jejari tembamku laju menaip cerita pasal dia
Perubahan imej dia..dia sangat manis jika bertudung litup
bukan seperti imej skrg- ala ala turban gitu
Yuna jgn cepat lupa diri..semakin sibuk melebarkan sayap terbang keluar negara
Jangan pula semakin jauh dengan orang-orang di negara sendiri
Yuna boleh menjadi Malaysian Sweetheart
Dah aku macam penulis blog hiburan ni kenapa..LOL







Thursday, January 3, 2013

Hope is Harapan ~ 2013

Check punya check, ada beberapa post yg belum dipublish lagi..kerana post sy adalah limited utk blog ini..
Perlu disaring terlebih dahulu.
Cerita2 dalam blog ini mungkin sebagai pengajaran dan luahan hati
sebab itu ia dinamakan niqstories
Sy jujur dalam penulisan dan setiap artikel adalah benar sama sekali..
Sy percaya idea menulis mesti ditulis, dilukis dan dihamparkan sebelum ia lenyap dalam pemikiran
Sy berikan buat org yg mengenali sy dan keluarga sy.
Termasuk post yg dibawah..mahu dipublish atau tidak, sy sendiri berasa segan..
Kalau segan buat apa menulis dan publish?
Huk aloh..suka hati la..Upss terkasar bicara sudah..
Maafkan saye (ala ala perempuan melayu terawal)

29 Nov 2012

Sy doakan sy jumpa jodoh yang baik satu hari nanti
Jodoh yg telah ditentukan sejak azali..
berkahwin, melahirkan zuriat, tua dan meninggal dunia akhirnya..Itu  semua adalah fitrah hidup yg akan kita lalui samada sedar atau tidak, samada mahu atau tidak..
Tuhan tu tahu kita benar-benar belum bersedia atau sudah bersedia..
Dalam menyusuri jambatan kearah itu, kite perlu memperbaiki diri, berusaha memulihkan dan selebihnya pasrah dalam menunggu keizinanNya utk memberi apa yg dihajatkan..
Kadang2 sy tengok org disekeliling sy kenapa mereka lambat juga, kenapa mereka belum berkahwin..
Kerana belum bersedia, kerana keegoan yg tinggi, kerana sikap degil dan bercakap mahu menang,
kerana cerewet dan memilih, kerana tak mahu memahami..
Ya kita perlu memulihkan diri dari semua perkara diatas..
Tapi benar juga perasaan itu sesuatu yg tak boleh dipaksa dan memaksa..

Kalau kita sudah ade niat yg baik (Membina Masjid)-tuhan akan memberi jalan utk menemukan tapaknya
Kalau kita sudah jumpa tapaknya-tuhan akan memberi kekuatan utk kita membinanya...
Kalau kita sudah berjaya membinanya-tuhan akan memberi kita hadiah (yakni rezeki dan ujian)



2 Jan 2013
Selamat tahun baru
Post pertama tahun ini
Terimbas pula kenangan pahit 2012 bila kereta dicuri dan hilang dipandangan mata..
Selepas 7 hari ia dipulangkan sama seperti yg dihajatkan
Masa tempoh tu sy buat sembahyang hajat dan berdoa setiap hari..
Kemudian Allah swt memakbulkan doa..
Lama-lama sy boleh jadi lupa dan alpa..
'Bukankah tuhanmu sudah menunjukkan kekuasaanNya? 
'Bukankah tuhanmu sudah menyuruh meminta dariNya?
'Bukankah tuhanmu sudah menyuruh agar tidak berhenti berharap padaNya?
'Nah, tidak lama Tuhanmu membiarkan kamu menangis setiap hari, hanya beberapa hari sahaja dia menguji kamu..'
Jadi kamu Nik Anisah janganlah cepat lupa diri dan cepat putus asa..
Mungkin kamu memiliki secebis hati yg kuat seperti ibumu dan sabar seperti ayahmu
Perbaiki diri selalu..

http://niqstories.blogspot.com/2012/04/tuhan-sedang-mengujimu.html

http://niqstories.blogspot.com/2012/05/keretaku-dipulangkan.html