Sunday, November 25, 2012

Hargai diri sendiri


Bulan Oktober berlalu pergi dan pada bulan itu keadaan kerja agak lancar. Tetapi bila masuk shj bulan November, aku mengalami satu peristiwa yang agak sukar, ia melibatkan kerja juga. Perkara itu sudah berlalu dan aku belajar untuk mengawal keadaan dari pengalaman2 sebelum itu.

Selama beberapa hari aku bersengkang dan bertarung dengan emosi untuk menyiapkan kerja itu. Macam2 halangan yg dilalui dalam diamku. Bila kita terpaksa melalui suatu perkara yang dirasakan seperti mustahil untuk dilaksanakan atau berasa sukar/berat untuk menyiapkannya, kita kena ingat perkara ini akan berlalu sepertimana masa yg terus berputar. Nah..bila ia siap, diri sendiri berasa release dan letih. 
Agak skema pulak ayat aku yer..


Tido mulai teratur, dapat mengemas bilik, bersenam, menjaga kulit wajah, memasak dan membuat perkara2 rutin. Tapi ada satu perkara yang aku baru terpikir untuk buat adalah membalas jasa diri sendiri (appreciate myself).
Apa salahnya selepas kita menyiapkan tugas yg menuntut pengorbanan dan penat lelah, kita appreciate diri sendiri. Yelah, xdek org nak appreciate kita, baik kita appreciate diri sendiri kan. Bukan bermaksud setiap kali lepas stress/buat kerja, setiap kali itulah nak appreciate bla bla bla..bukan begitu..

Minggu lepas, lepas kerja itu siap aku terus ajak adik aku pegi The Mines untuk membeli sehelai baju untuk diri sendiri. Walaupun ia bukan kehendak mahupun keperluan. Just untuk appreciate diri sendiri. Lepas aku beli baju tu, aku sendiri rasa happy.  Perasaan ini berbeza sama sekali dengan perasaan kita shoping sendiri atau shoping dgn kawan-kawan, shoping macam ni lebih kepada nafsu dan kehendak :-) 
Kalau ada orang yg tersayang, kita mesti tahukan bila diorang tgh stress atau tengah serabut otak memikirkan masalah kerja dan negara..bila org yg kita sayang tu dah release, ape salahnya kite appreciate diorang. Contohnya, kita boleh shopping beli satu barang, tak kisahlah murah ke mahal ke.. pergi tengok wayang, pergi melantak, pergi jalan2 cari makan, holiday..Banyak cara utk release dan ia juga depends masing2..
Kita mesti sematkan rasa sayang pada diri sendiri dan sesama insan. 
Agak romantic pulak ayat aku yer..

Paling utama kita jangan lupa selalu ucapkan Alhamdulillah. Bila rasa susah, dirikan solat dan berdoa memohon pertolongan dariNya. Mungkin ada hikmah terhadap apa yg terjadi dan jika kita tak nampak hikmah itu, sekurang-kurangnya kita belajar sesuatu dari perkara tersebut.
Agak motivasi pulak ayat aku.. :-)

Sunday, November 18, 2012

Maria


19 tahun yang lalu..sesi petang di sebuah sekolah rendah..

Pada petang itu, Cikgu Zalina mengajar subjek bahasa melayu seperti biasa. Cikgu Zalina orangnya manis dan cantik adalah antara cikgu kesayanganku dan dia sangatlah baik orangnya.


Pembelajaran kami terhenti kerana seorang makcik datang secara tiba-tiba, dia tidak datang terus ke kelas tetapi aku lihat dia disatu sudut hadapan kelas tetapi berlainan bangunan. Makcik itu hanya melihat dari jauh kelas kami.


Makcik itu berambut pendek, kulit hitam manis dan sudah agak berkedut, baju t-shirt lengan pendek, berkain batik dan tuala kecil dibahu.


Aku mengalihkan pandanganku kearah makcik tersebut, sambil memegang pensil, aku terfikir, kenapa makcik ini datang pada waktu yg tidak berapa sesuai, waktu rehat masih jauh lagi. Biasanya waktu rehat ada ibu murid-murid datang untuk menemani anak mereka makan atau memberi bekal makanan.


Tiba-tiba, Cikgu Zalina  memanggil kawanku, Maria. Maria adalah seorang budak yg sangat comel, bermata coklat cerah (menurun ayahnya), berkulit putih tetapi dia buta huruf. Aku selalu juga membuli Maria(buli secara kecil-kecilan)


Pandanganku tetap tidak terkalih untuk melihat dua beranak tersebut. Semua murid-murid dalam kelas diam dan melihat sahaja apa yang berlaku.


Cikgu Zalina menyuruh Maria pergi kearah ibunya. Maria budak baik, pergi kearah ibunya tanpa bicara. Cikgu Zalina dan kami semua hanya melihat dari dalam kelas.


Makcik tersebut terus memeluk Maria dengan erat. Diusap dan diciumnya kesuluruhan wajah Maria. Lalu Makcik tersebut mengeluarkan sesuatu dan menyarungkan ke pergelangan tangan Maria. Selepas itu, dicium berkali-kali wajah Mariasebelum pergi dengan linangan airmata.


Oh makcik tersebut menyarungkan seutas jam berwarna coklat. Maria kembali semula kekelas dengan wajah yg polos dan diam seribu bahasa. Dalam diam, raut wajah Cikgu Zalina nyata sebak.


Sampai sekarang kisah ini tidak pernah aku lupa. Melihat Si ibu sanggup datang berjalan kesekolah dibawah panas terik semata-mata untuk menyarungkan seutas jam tangan. Entahkan jam tersebut berfungsi atau tidak, entahkan Maria tahu atau tidak untuk melihat jam kerana Maria buta huruf dan tak tahu mengira lagi.


Maria oh Maria, aku hanya ingat wajah kecilnya kerna sampai sekarang aku tak pernah jumpa Maria selepas kami berpisah kelas pada tahun 3. Maria punya ibu yg berhati mulia dan penyayang. Harap-harap Maria dapat balas jasa ibunya itu. Kalaulah Maria tahu didunia ini ada seorang insan masih mengingati kisah dia dan ibunya itu. Insan itu adalah aku.

Tuesday, November 6, 2012

Kisah Konvo

EPISOD 1
Memang takdek ape yg nak dikisahkan tentang konvo..
Ya..kita semua ada pengalaman manis berkonvo..
Mungkin antara perkara manis dalam hidup selain dari majlis perkahwinan..
Kita rasa berbangga, kita sudah berjaya..
Perasaan diraikan..satu perasaan yg jarang kita rasai..mungkin sekali seumur hidup..
Konvo pertamaku di Politeknik Dungun, aku meraikan diri sendiri seorang diri dan juga bersama kawan2..
Mungkin rush sgt dari Perlis, keluarga pon tak sempat datang..silapnya masa itu ibuku masih ada..
Ohh begini rasanya berkonvo..sayu pula tiada keluarga disisi..
Belajar disini banyak kenangan manis kukutip dan kusimpan dalam hati.
Konvo Pertama di Politeknik Dungun 2007-Diploma

Belaja di Uitm Arau tidak berapa kukenang dihati..
Kerana banyak kesukaran yg kulalui..
Gagal, susah hati, dihentam pensyarah, kadang2 aku tewas sendiri..
Ku tinggalkan Arau dengan linangan air mata..
Walau cuba kulupai tapi kadang2 kenangan itu datang sendiri..
Terima kasih kerana mengajar erti susah itu..
Berjaya juga aku menamatkan pelajaran di peringkat ini..
Konvo kedua-Uitm-2010-Ijazah Sarjana Muda - Sejambak bunga mawar merah
Konvo 2 org adikku itu, aku masuk kedalam dewan yg indah dgn acara yg disusun rapi..
kerna kedua ibubapa kami tak sempat melihat kejayaan kami, tak sempat merasakan kebanggaan dihati..
Aku menggantikan tempat mereka..
Duduk didalam dewan tersebut membuatkan kenangan konvoku bermain di ruang fikiran..
Dalam hati mula terdetik 'Sekejapnya masa berlalu'
Adik2ku juga sudah besar dan mulai kenal dunia pekerjaan.
hmm.. Sayu juga dihati

Tanpa kita sedari, Belajar itu adalah satu pengorbanan yg besar dan menuntut kesabaran yg tinggi oleh kita sendiri..
Percayalah dengan masa dan usaha, kita sendiri akan mengecapi nikmat kejayaan itu nanti..


EPISOD 2
Satu hari sebelum konvo Nor di Melaka, aku teringin membeli bunga mawar segar di sekitar KL..
Disebabkan bunga mawar konvo adik lelaki (Kuantan) sgt mahal RM40-5 kuntum (beli kat gerai konvo)
Maka, aku merancang utk beli bunga sendiri sebelum berangkat ke Melaka.
Dengar kata kat Petaling Street, bunga segar dan murah..
Dgn bantuan GPS, ini kali ke2 aku menjejakkan kaki di Petaling Street.
Parking keta RM3..
Lain sikit dgn konsep Jalan Tar kerana Petaling Street ramai peniaga Cina
Patutlah Petaling Street digelar ChinaTown
Mungkin barang2 murah sbb diborong dari negara China, ada banyak kedai borong kat situ.
Sampai di PS, otakku hanya mencari bunga, bunga dan bunga..
Di satu lorong aku nampak gerai bunga, amoi bunga ni begitu pantas menggubah dan menangkas bunga..
OMG, deretan bunga mawar dengan pelbagai warna..Merah, biru, ungu, jingga, oren, putih, kuning, pink..
Bunga Mawar, Matahari dan Daisy begitu memikat pandanganku.lagi2 harum bunga mawar tak hilang.
Sekuntum RM1.50.. What??
Aku tertarik betul dgn mawar biru..
Tapi disebabkan adik aku tak minat mawar biru..aku terpaksalah belikan mawar yg dia suka..
Ohh ya, ini konvo dia bukan aku..
Tapi aku letak jugak 3 kuntum..arghh aku yg bagi dia suka hati aku ler.. :-)
Haa amik kau..nak sgt mawar campur color-merah, biru, pic - 12 kuntum - RM 35 Murahkan!!

Omg! bila buka sarungnya..bunga kembang mcm ni..Cantikknyerr..

Mawar kuning ni pon beli kat Petaling Street - 3 kuntum - RM12-Si Adilia ni lepas posing pegang bunga ni terus dia campak kedepan..kihkih