Thursday, October 25, 2012

Henpon oh henpon ~ Episod 2

Tersebutlah alkisah seorang gadis kampung yang bergelar pelajar TERPAKSA memakai henpon suatu ketika dahulu..

Maka dengan bantuan abang ipar, aku membeli henpon pertama kat Kuantan Parade pada tahun 2004 (Umur 19 tahun baru pakai henpon)
Yelah dulu mula belajar pegang duit sendiri time belajar..selalu je balik kampung kena call guna public phone kat Benteng Kuantan (Sekarang dah xdek bas lompat kat situ)
Henpon ini ade lah henpon pertamaku..akulah ORANG PERTAMA yg pakai henpon skrin berwarna disaat kawan2 masih pakai 3310..hakhak
Nampak x kaler dia..cute kan..
Suke sangat main game bom ikan dalam henpon ni sampai aku pernah ketagih game ni time belajo kat Dungun dulu.
Tapi nk kata lahabaunyer henpon ni..asal xdek line trus dia off..tgh2 taip sms ke..xdek line terus je mampus.
Lagi satu, aku selalu kena karan bila pegang henpon ni lagi2 time tgh cas..

2004-Motorola-Kuantan Parade-RM300++
Untuk menyelamatkan nyawaku dari terus terenjat dek henpon Motorala, aku pon terus menukar ke Nokia.
Time tu trend org pakai henpon lipat tau..mane aku tau? Aku tau la sebab aku tengok drama Korea, diorang pakai henpon lipat..
Pergh memang best taip mesej guna henpon ni..tengoklah keypadnya yg besar gajah tu..
Taip sms pon boleh pejam mata jer..
Bila on call je rase macam wanita bergaya dan bekerjaya pula..hikhik
Aku gelarkan henpon ni sebagai 'henpon yg Tabah'..Kenapa?
Aku selalu tertido dalam keadaan henpon ni masih terbuka..
Esok pagi bangun dah patah riuk henpon ni..
Tapi still berfungsi dgn baik..aku ikat kepala dan badan dgn getah sometimes
Bila baiki henpon ni..elok balik..tetido lagi dgn henpon tak katup..Esok2 patah riuk lagi..
Mungkin henpon ni seswai utk wanita2 yang lemah lembut lagi gemalai..

2005-Nokia-Kuantan Parade-RM600
Kebetulan adikku baru pakai henpon Nokia XpressMusic dan mahu menjualnya pula..
Aku pon ibarat 'Orang mengantuk disorongkan bantal'.. terus berminat dgn henpon ni lagi-lagi henpon ni boleh dengar lagu..
Aku suka betul dgn keypad henpon ni..memang kebanyakan henpon Nokia mempunyai keypad yg best
Kuat sgt bermesej sampai satu tahap henpon ni hang selalu
Lantas satu hari henpon ni 'Pergi tanpa pesanan terakhir'
2007-Nokia Xpress Music-RM500
Lantas aku keluar ke bandar Kangar utk mencari henpon budget sekitar RM300 kebawah..
Yelah mase tu student lagi
Pertama kali pakai henpon Sony aku kekok sikit nak guna keypad dan functionnya nyata berbeza dgn Nokia.
Tapi sound MP3 nya agak bagus
Memang kena la henpon ni dgn tuannya..
Nipis macam biskut, sangat tahan lasak sbb sampai sekarang - 2012 henpon ini masih bernyawa dan digunakan oleh adik pompuanku yg sengkek itu..
Nanti lepas adik dah beli henpon baru, aku nak mintak balik henpon ini sebab nak simpan sebagai henpon kenangan.

2009-Sony Walkman-RM280-Kangar
Selepas 6 bulan training kat tempat kerja aku sekarang, aku beli smartphone Android Sony Xperia pro..
Yelah trend org pakai henpon touchskrin
Selepas hampir 2 tahun henpon ni juga 'Pergi tanpa pesanan terakhir'
Henpon ni Chubby sikit, ada keypad dan juga touchskrin.
Sound, camera dan application yg sgt best.
Yang penting ia tahan lasak.
Tapi mungkin kelasakan aku memakainya membuatkan henpon tak kelihatan sakit luarannya tapi dalamannya sudah parah..
mmm macam tuannya juga...erm

2011-Sony Xperia Mini Pro-RM800-KLCC
Penyelamat aku sekarang adelah henpon opis yg aku pinjam buat sementara waktu..
Mungkin nak pinjam sampai hujung tahun 2012. :-)
Malas nak beli henpon budget walaupon harga pasaran RM100 kebawah
Yelah boleh call dan sms je lah..
Setiap kali ade benda interesting depan mata aku selalu nk tangkap gambar tapi lupa henpon ini tak boleh terus upload kat FB or transfer to Lappy.
Takpe2 its ok bebeh.


2012-Nokia-RM??-Almari dalam bilik HR
Sekian..
25/10/2012 - 1.54PM
Post ini ditulis kali kedua oleh penulis disebabkan hasil penulisan pertama hilang dek masalah internet dan kali kedua dalam mood menunggu utk pulang berhari raya esok hari. Bagiku penulisan pertama takkan sama dgn kedua..Ciss
Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua..Kita harus menghayati erti sebenar nilai pengorbanan.
'Pengorbanan' juga adalah tajuk post yg ingin penulis luahkan dalam post akan datang..
Hikhik..

Wednesday, October 17, 2012

Henpon oh henpon

Sekarang aku asyik dok review pasal smartphones jer..nape yek?
Bila jadi mcm ni..nak tak nak aku kena teruskan juga keinginan hati..ermm
Mungkin juga sudah tiba masanya..
First time pakai android pada Jan 2011- Sony Xperia Mini Pro
Sony Xperia Mini Pro

Dah hampir 2 tahun henpon dah sakit..mungkin aku lasak sgt pakai
boleh diperbaiki tapi beratus jugak..
Jadi baik ambik henpon baru betul tak??
Maka aku duk review la henpon baru..
Calon2nya adalah :-
1. Sony (design yg cantik, sound owesome, camera not bad)
2. Samsung (ala..tak pernah pakai la henpon samsung)
3. HTC (yang ni pon same..not bad la)
4. IPhone :-) (yang ni out awal2 pasal mahal sgt)

Sebagai peminat henpon Sony yg agak tegar..aku susah utk menukar henpon jenama lain.
Selepas hampir 2 tahun pakai Xperia mini pro yg aku beli dgn harga RM800 di Sony Erickson KLCC, aku tak ambik tahu pon perkembangan smartphones terkini..
Masa bergerak pantas seiring dgn perkembangan teknologi (tetibe ayat skema)
Maka terkejutlah aku bila melihat Sony melahirkan byk smartphone pelbagai nama dan fungsi yg berbeza2.
Lebih dari 10 Sony smartphones dilahirkan dan 3 model akan datang  yg tidak diketahui harga pasarannya lagi. (Mcm mahal kalu tengok pada specification details)

Jadi aku mulai mengatur strategi utk membeli dan memilih henpon baru..hikhik
Perkara yg menjadi keutamaan adalah :-
1. Budget (budget aku adalah below than 800 Ringgit Malaysia)
2. Fungsi yg sesuai dgn diri 
-Keutamaan diberi utk calon2 henpon yg mempunyai kamera >=5MP, sound yg baik, memory yg sederhana, latest android OS..itu sahaje.. aku tak risau dah dgn GPS pasal dah beli alat GPS bulan lepas dan juga kamera kerana sudah ade Sony NEX.

Selepas seminggu duk review antara ketiga-tiga henpon jenama Sony, Samsung dan HTC, maka senarai henpon yg sesuai dgn 2 keutamaan diatas adalah seperti berikut:-
1. Sony Xperia Sola
2. Sony Xperia Miro

3. Samsung 
-Disebabkan harga pasaran utk Galaxy S II masih lagi mahal, <=RM1300, model ini aku reject sbb over my budget dan masih memikirkan untuk Galaxy S III Mini. Akan tetapi aku menolak jugak mini krn sebelum ni dah pakai mini dah...
-Samsung Galaxy Beam mahal.
-Samsung Galaxy Ace, harga berpatutan tetapi 2 model Sony diatas mempunyai spesifikation yg lebih menarik dgn harga yg agak sama.

4. HTC
-HTC One V (Mahal sedikit dan Spesifikation yg ditawarkan oleh 2 model Sony diatas lebih menarik)
-HTC Aria (Harga berpatutan tetapi spesifikation tak menarik)

 Mari lihat comparison 3 calon model Sony yg melepasi syarat2 kelayakan :-)

 


Tetibe Xperia Go (Water resistant phonetermasuk dalam list comparison..hikhik..bukan ape sbb harganya lebih dari my budget dan spesifikation tak byk beza pon.
Ape pon Sola pilihan no.1 dan Miro no.2
Perlu diingatkan -- Your budget must be always no.1 to think before buying a new android
Baiklah!
Bila nak beli?..Ntah..tunggu masa dan RM shj.. :-p

Friday, October 5, 2012

Dear October, Please be nice to me


Tajuk je in English ok..


Macam biasalah idea menulis akan datang bertubi2 area pukul 11.30 malam ke atas..time2 mata perlu tido, badan perlu rehat tapi otakku pulak nak bekerja..nasib ler..

Bagi perempuan, emosi bila nk dtg bulan atau tgh dtg bulan tu sgt2 mencabar. Rase nk marah je kan..ish2.. pastu sentap tak tentu pasal pulak tu..itulah istimewanya perempuan..

Adakah aku stress? Aku percaya, aku sudah STRESS bila kerja membuatkan aku menangis tersedu sedan. Uwaa..uwaa..mcm budak kecik nak mainan tp tak dapat lepas kena jerkah dgn bapak. Jadi, bila aku tak nangis maknanya aku belum stress lah.

Bulan lepas, aku belajar byk perkara mengenai emosi. Banyak giler kau..kesian my heart.

‘Setiap hari adalah proses pembelajaran’

Tidak mengapa kalu kita tersilap kata dan langkah. Bila kita dah sedar kita cuba utk mengelakkannya. Masalahnya bagi mereka yg tak sedar diri adalah asyik nak marah org je..aku ni citer pasal sape sebenarnya..Hohoh..

Kita sudah cuba bekerja dgn memberi yg terbaik..sbg rakan sekerja kita perlu saling menyokong bukan saling menghentam. Ingat, kita bukan dibayar gaji utk mengarah org lain buat kerja. Lain lah kalu kompeni tu kita yg punya atau bapak kita yg punya.

Kita semua mmg ade pengalaman yg sama. Jangan mudah lupa diri bila kita berada diatas ataupun dipuji. Jadilah seperti padi, semakin berisi semakin menunduk..bukannya semakin berisi, semakin kepala mendongak ke langit lalu merempuh org sesuka hati kerana terlalu asyik memandang kelangit.

Kena ingat, kalu sorang dua tak suka kat kita, kita masih ada 10 org yg sayang kat kita. Malah lebih dari itu.

Bila naik angin, jangan byk bicara, takut terkeluar perkara tak sepatutnya.
Cepat2 jauhkan diri dgn henpon, laptop, takut kita menyerang dgn kata2 tak sepatutnya..Aku percaya ayat sms selalunya kejam, ia sgt berbeza dgn kata2 yg sebenarnya ingin diberitahu secara mendepani.

Tarik nafas pnjg2..istighfar…ikut flow kehidupan..pergilah buat benda2 rutin atau yg kita suka. Kemas bilik/rumah, games, tengok tv,memasak, sembang2, jln2, lagi2 shopim..yer ia memang terapi yg baik..asalkan ade duit..kalu takdek duit duk umah diam2.

Kesimpulannya, dalam sesuatu peperangan emosi, bukan menang yg kita cari tapi setiap yg terjadi mengajar kita utk mengelak membuat kesilapan. Memang kita pasti membuat kesilapan..tapi sekurang2nya, atas kesilapan itu, kita tak menanggung rasa bersalah pada org lain jadi hati kita pasti akan lega. Yeay..yihaa!