Monday, June 25, 2012

Bicara Bola


Tidak dapat dipastikan seseorang perempuan mempunyai kecenderungan yg tinggi utk menonton bola. Perempuan mmg fitrahnya kurang sangat meminati bola, ia diibaratkan seperti seorang lelaki minat menonton bola jaring..betulkah persamaan ini? Ya perempuan mmg susah nak minat bolat melainkan atas sebab2 yg tersendiri..

Aku tak dpt menghindarkan diriku dari menonton bola. Lebih2 lagi bila datang perlawanan berprestij spt World Cup, Euro Cup, Copa America dan sebagainya (ayat skema betul).

Aku nak citer sikit kenapa dan bagaimana aku boleh terjebak tengok bola secara serius..
Disebabkan adik beradik atas aku sume lelaki (5 orang abg) ,xdek selang seli dgn pompuan..makanya diorg selalu layan bola especially BPL/EPL. Jadi aku join diorg..skrg aku kurang sgt2 layan EPL ni pasal umah sewa xdek astro supersport. Pernah jugak kakak2 aku dan mak aku marah aku tengok bola lewat malam dan awal pagi..

Seingat aku, aku layan World cup mase darjah 1 lagi..mase tu tv kat umah tak bewarna, tv hitam putih siap ade pintu lagi..mase tu aku tgk pasukan Amerika Syarikat main..

Naik sekolah menengah..samada time SPM or PMR..aku tergesa2  balik umah tgk siaran ulangan..baju sekolah pon tak sempat salin.

Mase belaja kat u..yg bestnya tournament ni selalunya main mase cuti sem..jd..tak deklah aku tersengguk2 dlm kelas

2010-aku dah kerja..bebaslah nk tgk bola bila2 je (pg2 pon bebas nk pejamkan mata-hahah)..aku bangun pagi2 ngadap tv..sume hosmate tido..aku pon tido depan tv mase tu.

Lepas tu aku terjebak dan terus terjebak..tiada satu pon perlawanan berprestij aku terlepas sehingga umurku menginjak 27 tahun..

4 tahun sekali..tak rugi pon kita bersengkang mata tgk bola.. Sekarang aku terpikir macammana kalu aku kawin satu hari nanti dan mempunyai anak2..adakah perangai aku ni menjengkelkan.. Minta2lah jodoh aku memahaminya nanti..

9 Jun 2012 bermulalah Euro Cup 2012..
Negara manakah akan memenanginya = Minta2 lah Germany..
Berikan 3 pasukan yang anda minati =  Germany , Italy, France
Pasukan yang anda kurang gemari = England, Netherland
Pasukan yang tidak membosankan di padang = Portugal
Pasukan manakah akan berentap di Akhir Euro2012 = Spain Vs Germany
Pemain yang kacak = Benzema, Balzaretti
Pemain yang cool = Ozil
Penjaga gol yang diminati = Tiada
Pemain yang diminati tapi sekarang hanya tinggal kenangan antara kami = Mestilah Torres (Dulu minat gila Liverpool sbb ada Torres, bila dia pindah Chelsea..aku pon beralih arah lah..hakhakhak tuiii)
Pemain yang dah bersara yg anda sempat tengok sewaktu muda2 dulu= Ruud Gullit (adakah aku tersilap)
Pemain yg anda tidak nampak di Euro2012 = Ballack, Cannavaro, Ferdinand, Puyol, Van Der Sar, ade sorg pemain Italy tp ingat muka jelah, nama tatau.. Mungkin mereka injured ataupun dah bersara..Entahler..

Dengan berakhirnya Euro2012 tak lama lagi, maka peratusan mereka yang mengantuk dipagi hari semasa bekerja dan datang lewat ke tempat kerja juga akan berkurang..:-)

Friday, June 22, 2012

Tentang Solat Episod2




  Post 'Tentang Solat' sebelum ini adalah satu hasil karangan yg memuntahkan ketidakpuasanhati. Setiap hari kita sume pasti akan menghadapi saat2 yg membuatkan kita lupa akan dunia ukhrawi yakni adanya Tuhan disisi kita dan betapa menumpukan hal2 dunia krn disaat itu kita tidak bertemu dgn sesuatu perkara yang bernama 'Dugaan' dan 'Masalah hidup'. Lalu, kita benar2 mempermudahkan isu solat termasuklah diriku sendiri.Jadi, utk menasihati diri sendiri, marilah sama2 kita membaca perbualan antara Rasullullah swt dengan Iblis Laknatullah..



Iblis : Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.


Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu', dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.


Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.


Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan diapun semakin taat padaku.


     Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.' Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Friday, June 15, 2012

Hari yg memenatkan

Selamat Malam..
Penat sungguh hari Khamis.
Hari ini..Dari Bukit Jalil-SeriKembangan-Cyberjaya-SubangJaya..huhu letihnyer

Rewind.....
Ya awal seawal jam 3am, aku bangun utk tengok Euro-Jerman vs Netherland (ini pertama kali tengok Jerman main pasal tv3 tak siar penuh..Italy belum dpt tgk lg..)
Pukul 5am tido semula..dgn niat bangun subuh pukul 6 lebih..
Buka mata..oh bilikku yg gelap..alarm yg tak kedengaran..
Tengok jam henpon...wohhooooo hampir pukul 10am...Phuiii!
Naseb baik aku dh gosok baju..dan...
naseb baik aku tak perlu pegi opis pagi ini krn perlu terus ke Cyber..
Kalu tak..hehehe..kalaulah kawan2 nmpak aku dtg lewat aku nk jwp ape..dah ler xpandai nak auta..
hahaha..takkan aku nk jawap..aku lewat pasal tengok bola..mmg tak lah..

Sampai Cyber aku perlu menunggu lebih kurang 45min utk bertemu seseorang..
singgah di Petronas Cyber, sarapan dalam kereta...
Dalam keta, aku nampak sorg artis lelaki nak ke tandas..pelawak ni
Dari Cyber ke SubangJaya, aku cuba memberanikan diri guna jalan highway yg aku tak biasa guna (dalam hati..minta2lah jalan ni lagi senang nak pi Subang dari Cyber)
ermm..mmg aku jumpa Persada Plus tapi ade seketika aku salah masuk laluan..kena uturn..tempuh jammed..ini yg memenatkan!
Sampai Plus nak jumpa beberapa org tapi mereka baru nak kuar lunch..
Aku terpaksa menunggu lagi sejam

Ok lah..aku perlu rehat secukupnyer utk sambung kerja yg tak fully completed lg..
Ade byk perkara bermain2 dlm mindaku..byk nak dikongsikan tapi malas nak mengarang..

Babai..