Tuesday, March 27, 2012

Lamaran

Selamat Malam..

Ok. hari ini topik hangat di Fesbuk adalah Lamaran Awal untuk Scha.
Memula tengok video ni, aku terpikir camner Scha boleh jadi pengacara Propaganza nih..
Bukan ke Mamat mulut lebar dan Marsha gedizz tu ke..hmm
Tapi serius, lepas tengok Scha nanges, aku pon terharu dan bertakung airmata kikiki..
 Untong lerr..
Amboi Awal lamar kat public naa..seluruh Malaysia leh tengok..nak lawan sape ni..
Biase lah 'retis'..Jangan melamar bagai nak rak tapi kawen sekejap jer..
ehh mulut aku 'macam Cik Kiah Propa' plak!
Tapi lepas tu Awal nanges dan berlalu pergi..susah weh lelaki nak nanges..
Dia betul2 CINTA la tu..hehehe
 Tidak cukup lagi membuat hati seorang wanita terharu, sila lah tengok video dibawah..hahaha

The Happiest Woman in The World 
 Kalau lah aku jadi pompuan ni, tidak hanya memanjang menekup mulut yg pasti tenganga 24 jam, 
aku pasti menepuk-nepuk pipi dan mencubit2 badan..Adakah ini Mimpi atau Realiti?
 Aku dapat rasakan perasaan wanita ini..cehh!
Ok ini style Orang kaya yang romantik!
Yes..She is The Happiest Woman in The World!

Tidak cukup lagi..Sila nonton video dibawah..
Mulut anda pasti tak berenti berkata 'OMG OMG OMG..'
Pah cerohh OMG!
Sempoi dan Sweet !

haha..mcm2 cara nak melamar kan..
ada org biasa2 sahaja..
ada org melalui org tengah dan ibu bapa..
Tak kiralah semua itu yang penting kena dgn cara, agama dan budaya kita semua.
Keberkatan dan restu ibubapa dan keluarga yang paling penting
Sebenarnya bagi seorang wanita, yang paling penting utk memikat hati mereka adalah dengan cara..
Membuat mereka rasa TERHARU!
Bagaimana? Lu pikirla sendiri..hahaha
Setiap wanita memang mempunyai sifat yang berlainan..
Tapi percayalah wahai kaum Adam, itu saja yang membuat wanita jatuh cinta padamu-->Terharu
Kebanyakan mereka tidak pandang harta,pangkat dan rupaparas..
Tak macam kaum Adam, kebanyakan mereka pandang rupaparas dulu..betul tak?
Betul betul betul [UpinIpin] 
 Apa yang penting..kita bahagia dengan pasangan masing-masing
 Babai tayamm...

Tuesday, March 20, 2012

10 tahun lalu..

Buat seseorang yang bernama ayah..Ayahku…
Ayahku..nama glemernyer..PokNik..sebut saje poknik..ramai orang kenal
Ibuku pula org gelarkan Moknik atau kak melah..mungkin tak seglemer ayahku..
Ayahku ..anak anak semua panggil sebagai ‘Chek’
Ibuku..anak-anak semua panggil sebagai ‘Mek’

Aku banyak menurun mak-wajah dan bentuk badannya mungkin, tapi kening aku menurun kening bapak aku..itu saje yg adik beradik pompuan jeles dgn aku..kihkih
Biarlah hari ini kuceritakan hal ayahku sahaja..
Chek seorang peneroka..dari pagi sampai ke petang dia cok buah kelapa sawit,lepas tu kekebun menguruskan kebun dan kemudian menjual hasil tanaman di pasar.
Bila abes sume keje itu, kadang2 dia pergi semula ke ladang kelapa sawit untuk tengok lembu2 lembunya yg subur membiak.
Aku sendiri pernah pergi ikut dia pergi ladang dan kebun..dimasa kecilku..naik Honda cup 70 lampu bulat tuw..
Kebun itu seingatku sangat cantik..ada aliran sungai kecil dibahagian belakang kebun utk menyiram hasil tanaman.
Check pandai menyusun susunan tanaman..dia tanam mengikut baris sayuran2..ada bendi, kacang panjang, cili, terung, sawi, kangkung, timun dll
Pada bahagian lain kebun ada buah rambutan, durian dan pisang.
Aku juga pernah ikut dia pergi jual dipasar..mase tu aku sangatlah kecil..tengok je dia jual..adik beradikku yg lain ntah buat ape aku tak ingt..ramai sgt mungkin sibuk bermain2 dgn kawan2 lain kat rumah

Dia seorang peniaga yg baik. Kadang2 bila abes jual, aku tengok dia kira2 duit kat tangga dalam umah..kadang2 juga dia bagi duit tu pada anak2 sebegitu saje. Syok jugak tgk dia kira2 duit..dia susun dengan rapi sekali.
Chek memang peramah dan kelakar orangnya.
Tapi dengan anak-anak, dia sangat tegas, bengis , serius, sampaikan sume ank tak berani nak bermanja dgn dia..minta duit belanja sekolah apatah lagi.
Tapi kdg2 aku tengok chek romantic gile kentang dgn mek :D..ya mmg dia seorg lelaki yg romantik
Anak2 dia pon ade mewarisi perangai dia
Hmm..tak banyak kenangan aku dengan dia
Dia serius..mgkin juga mempunyai ego yg tinggi berdepan dengan anak2..tapi tidak dengan kawan2nya

Antara kenangan yg aku takkan lupa adalah :
1.       Buat kad pengenalan kat Segamat
~Pergi dgn kakak dan suaminya naik kereta..pagi2 lagi pergi segamat bersama..aku dan chek pergi pejabat pendaftaran dan kami tak jumpa pah sudah kakak dan suaminya..kakak pergi supermarket sementara tunggu urusan aku tak selesai lagi..maklumlah dulu xdek telepon bimbit..puas kakak mencari kami lepas tu..kami juga puas mencari kakak smpai lah petang. 
Mase tu umurku 11tahun.. aku nak nanges sangat menunggu berjam2..chek pula sangat sbr orgnya. Dia ajak aku pi makan roti canai, tapi aku xnak..smpai pukul 2lebih..dia suh aku tunggu tepi jalan..manalah tahu kakak akan ternampak aku sementara dia nak pi surau solat zohor..tapi aku xnak ikut ckp dia..aku ikut dia pergi surau jgk..petang tu, kami terus menunggu dan duduk di sebuah kerusi tepi jalan depan Pasaraya Matahari..masa tu aku nak nanges sangat2 tapi aku tahan sbb dah letih menunggu hampir 10 jam. Berkali2 ayahku dail telepon rumah keratong tapi xdapat2..aku tengok saje kat belakang dia..sudah lewat petang dan akhirnya kami pergi ke stesen bas segamat.
Sebelum naik bas, chek dail lagi telepon rumah, tapi xdpt lagi, tiba2 seseorang sebaya dgn dia tegur. Chek bagitau kenapa tak dapat..rupanya2 dia tak dail 09-XXXXXXX..yelah kena la tekan nombor tu pasal situ area Johor. Aku senang hati dapat naik bas dan balik rumah..yeay..sampai rumah kakak dah ade, dia terpaksa balik sebab tak jumpa kami, babynya pula meragam..hmm ntahlah aku tak taulah ape yg terjadi selepas itu pasal aku bebudak lagi..

2   Tertinggal aku
~Chek mmg kena antar dan amik aku dari sekolah.walaupon tak jauh tp aku selalu nanges sbb chek selalu lambat balik dari ladang utk hntar aku gi sekolah. Aku dan abgku sesi petang sekolah. Abang aku cool je..aku tak boleh..aku selalu memberontak! Selalu sgt kami berdua kena jalan kaki. Ade satu tahun tu..abg aku dah naik sesi pagi..maka terpisah lah kami..jadi aku selalu kena jalan kaki sorg2 gi sekolah..aku tak suke chek lambat balik. Makanya ade sorang pakcik ni selalu tumpangkan aku gi sekolah bila dia nampak aku jalan kaki ..selalu sangat..disebabkan pakcik ni ade ank pompuan sekelas dgn aku makanya aku tepaksa duduk atas besi kat motor Honda cup pakcik ni..gemuk sgt aku mase kecik. Arggh..takpelah asalkan aku dpt naik motor :D
Aku paling lega bila nampak chek ade tunggu kat luar sekolah bila time balik sekolah..
Satu hari, satu incident telah berlaku..mase tu balik sekolah. Aku letaklah beg sekolah kat raga moto..time nak naik tu, chek nonong je press moto dan berlalu pergi..aku terpinga2..makanya seorang kawan dia memekik ‘woii..anok mung tetinggal ni’ haha..chek patah balik ambik aku yg terpinga2 seribu bahasa.

Atas moto ke sekolah agama waktu pagi 
~Masa tu aku darjah 2, sampai sekarang aku masih ingat kata2 dia mase aku duduk belakang dia atas moto. Chek cakap ‘ani dah besar nnti nak jadi ape?’ Hmm mcm biaselah jawapan stendet bebudak kecik ‘nak jadi dokter’. Chek sambung ‘kalu macam tu kenalah belaja rajin-rajin’

4   Dia cakap kelasku mcm kandang
~Mase aku darjah 2 juga, aku telah tercampak ke kelas buta huruf dan buta nombor sbb matematik aku markah 0. Walaupun aku pndai membaca..tapi aku tak tau knp  prestasi aku merudum mase darjah 2.. walhal aku budak pandai mase sekolah tadika dan darjah 1. 
Cikgu Mazlan yg kacak dan gatal tu cepat betul menghukum aku..maka aku tercampak ke satu kelas buta huruf bersama budak buta huruf dan jahat. Yg paling aku tak leh terima, aku takdek kelas..memang merempat je keja aku..jeles aku tengok bebudak lain ade kelas..kami sume kena menumpang kalau2 ade kelas kosong. 
Sampai la satu hari kami sume ditempat di satu bengkel..ni bukan kelas namanya, dah mcm tmpt org potong kayu kayan. Satu hari, cikgu suruh ibubapa datang sign buku rekod. Mcm2 aku plan mcmana tak nak bagi chek datang.. maka satu hari datang juga chek sign buku rekod yg byk markah merah dari biru. Balik rumah, chek ckp kat org lain ‘kelas Ani mcm kandang lembu’. Abangku ketawakan aku. Aku pula terase hati. 
Mase ni baru aku kenal ape itu erti berusaha. Aku naik semula menjadi seorang murid yg berjaya..walaupun aku tercicir ke kelas buat huruf, 3 tahun aku naik pentas sbb dapat no 1 (dapat hadiah check yg bernilai RM7) byk siot nilai RM7 mase tu. Sekolah agama pon aku selalu dpt no1 (dapat hadiah kain pasang sekolah)…dan akhirnya Cikgu Mazlan selalu memandangku dari jauh. Aku tak pernah membencimu Cikgu Mazlan :D

5     RM 10 utk birthday ku
~ Aku tak pernah sambut birthday mase kecik.. hanya aku sorg je yg tau tarikh lahir ku.. tapi ade satu tahun tu, tetibe chek bagi RM10 kat aku mase birthday.. aku tau dia pon tak tau hari lahirku tp mungkin tuhan nak bagi rezeki pada hari lahirku.

6     Tabung
~Aku memang menabung mase sekolah rendah dlu.. tapi aku paling takut kalau2 chek ternampak tabung yg penuh duit syiling tu..tabung tu aku buat dari bekas bedak. Macam2 aku plan sorok tabung tu dari dia. ntah kenapa aku takut sgt kalu hal2 melibatkankan wang ni..Kadang2 aku sorok bwh katil,bawah tilam, penah nak korek tanah simpan dlm tnh tp xjd. Sampailah satu hari, chek terjumpa tabung tu dan marahkan aku dan sbb aku tak jawap pertanyaan dia ~dari mane dapat duit sebanyak itu..hmm mmg aku tak reti berbohong dan tak reti menjawap soalan. Yang aku tau nanges je..

Kasut pengawas
~Kasut hitam pengawas aku selalu koyak..maklumlah kasut murah mmg le tak tahan. Tiap2 minggu sebelum hari Isnin, mesti aku bersengkang mata menjahit kasut. minggu depan koyak lagi, jahit lagi..
Sampailah kasut tu tak boleh dijahit lagi. aku mula risau mcmane nak gi sekolah.
Aku bagitau mek nak kasut baru. Tapi aku hanya memendam rase je. ntah mek bgtau kat chek ke tak ni.. aku takut nak bgtau chek yg aku nk kasut baru. Seharian aku duduk dlm bilik nangis nak kasut baru sbb esok nak sekolah.. dari pagi smpai petang takdek org pedulikan aku..
Sampailah Magrib, aku still tak kuar bilik dan meraung nak kasut baru..tak makan tak ape.
Tetibe je mlm tu, chek bagi aku sekotak kasut hitam yg baru..yahoo..leganya xdpt digambarkan dgn kata2. tak sia2 aku berendam air mata! tapi seksa sunggu rase hatiku..

Beskal
~Sebagai kakak yg mithali, aku berkorban utk membiarkan adik2 ku naik moto gi sekolah..sian pulak tengok ayahku byk kali kena ulang alik hantar amik kami sume. Jadi aku mulakan plan utk mencari duit utk membeli beskal..alaa..beskal pompuan raga didepan tu. Macam2 aku masuk peraduan itu dan ini..peraduan melukis rancangan kanak2 kat tv2 tu aku bedal 'whatsup doc?' tak silap aku. Jadi bertungkus lumus aku melukis dan mewarna utk hantar ke rancangan tu tapi no respons. Hal nak beskal ni aku tak penah bgtau sesape. lagi2 pada bapak aku yg sorg tu.
Hadiah bernilai RM200 tau. aku berangan boleh lah beli beskal.
Tapi nampaknya tak membuahkan hasil. Maka di satu petang yg indah, tetibe chek tanya 'Ani nak beskal warna ape?' perghh terus tnya warna ni yg tak tahan ni..Aku ckp nak warna merah. Dalam hatiku berbisik, manelah bapak aku tau aku nak beskal ni..kuat betul naluri dia.
Lalu satu hari yg tak disangka, chek balik dari Segamat dengan menaiki teksi. Aku tengok je di pintu rumah..pergh 2buah beskal, 1 beskal ade roda utk adik bongsu dan satu lg beskal gegerl wrna biru raga didepan utk akuu..yihaa..

7     Pesan ‘Jaga aurat'
~Sidai kain kat luar rumah tak pakai tudung. Chek selalu pesan tutup sikit rambut tu. Tapi mek lagi advance..mase tgh syok sidai kain dgn tak pakai tudung..mek trus tarik2 rambutku..tarik sekali telinga..aduii sakit tau..degil sgt aku mase remaja dulu..lepas tu aku sikit2 tutup..memula tu pakai tuala kecik sj. Lama2 bolehlaa…

Sedap ke?
~Satu hari mek xdek sbb kena jaga kakak bersalin dan aku terpaksa masak..first time masak sbb mek xdek. Ermm, boleh pulak aku goreng ikan kembong masak merah combine sekali dgn telur. Aku pecahkan telur dan kacau sekali.. Erkk..aku letak cili kering dan sos je pon.. mkn dgn nasik putih. Boleh pulak chek ckp ‘Sedap jugak ikan ni..’ 

      Volunteer ke depan
Di dewan pagi itu, ada perhimpunan ape ntah antara cikgu, ibubapa semua pelajar tingkatan 4.
Ade sekali timbalan menteri besar Pahang. Sesi soalan dimulakan, ibubapa volunteer tampil kedepan, terkejut monyet aku tengok bapak aku pergi kedepan Tanya guna mikropon kat timb. Menteri tu pasal wang biasiswa ank2. Ermm.. terharunya aku ade bapak yg berjiwa satria ni. Alhamdulillah, kebanyakan adik beradikku dpt biasiswa mase sekolah menengah.


19 March 2002~10 tahun lalu dia sudah pergi, saat dia pergi tiada seorang pon anaknya berada disisi.. dia mati mengejut seolah2 nyawa tidak dicabut dari hujung jari kaki. 3 jam sebelum kejadian, dia menonton tv, aku mengambil sesuatu diats almari didepan dia, barang itu terjatuh dan menghentak ke lantai dgn kuat, dia marah sgt dgnku krn buat dia terkejut.. selepas itu aku solat dan menangis kerana terasa hati dia meninggikan suara padaku. ntah kenapa malam tu aku sensitive. Selepas itu aku pula menonton tv. Discovery channel menyiarkan pasal mumia firaun di mesir. Kakakku masih berpantang. Chek dibilik tiba2 susah bernapas..kami memohon bantuan jiran2 bawa dia ke hospital. Sangat kelam kabut sehingga mek tak sempat ikut pon.. abg ipar pula tiada di rumah. Aku juga tak dpt ikut. 
Tapi aku dapat rase mungkin aku tak akan berjumpa lagi dgn chek.. kenapa aku berpikiran sebegitu sedangkan chek masih dlm perjalanan ke hospital. Lantas aku dirikan solat dan berdoa..dan saat bila dgr kakak ckp ‘chek dah meninggal’ aku rase seperti jantungku berhenti sesaat dua. Ermm..sukar diceritakan bagaimana ia berlaku.. aku berasa sgt sedih. 
Chek pergi dgn seribu ketenangan, dapat lihat diwajahnya. Tetapi  aku sedih krn tak sempat membalas jasa2nya.. aku selalu berangan nak bagi chek jam tangan bila aku dh bekerja nnti pasal jam tgn yg dia beli kat pasar selalu sgt rosak. 
Dalam surat kematian, doctor mengesahkan sebagai serangan jantung. Ya..aku tau ini sume kesan dari merokok juga,,walaupon dia ade darah tinggi. Arwah tak merokok, tapi dia sgt kuat merokok sejak akhir2 usia itu..mgkin kerana kwn2 dia sume merokok. 
Semoga rohnya dicucuri rahmat..aku senantiasa doakan keampunanmu disetiap solatku..Semoga saat ini kau berada bersama2 dgn arwah mek, keluarga dan sahabat2 yg telah pergi disana. Insyaallah kita sume akan berjumpa di syurga nanti. AMIN Ya Rabbal Alamin.. 

Bapak aku mmg hensem, idung mancung..yg pakai tudung merah tu bukan aku tp cucu dia..

Friday, March 16, 2012

Stress ke? No!

Selamat Malam Babe..

Malam ni masuk malam ke-3..
badanku gatal lagi..
keje tak settle..
Stress ke? No..shud know how to handle this
Stress ke? No..tapi kenapa org lain boleh nampak
yang sedihnya..aku baru berangan nak tido skrg (10.45pm)
tapi dapat mesej buat keje sikit. Its ok
Don't know why this happen..its very difficult to xplain
Kenape keja ni complicated
5 waktu solat sehari aku berdoa, moga urusan dipermudahkan
tapi tidak mudah jg..mgkin ini dinamakan dugaan
tuhan sentiasa bersama orang2 yang sabar
Sabarlah..xlama lagi aku akan meninggalkan keja itu
keja apa? kerja di hari minggu..
Sebelum ni aku pnjg berfikir..untuk menambah pendapatan apa salahnya..
Tapi hari ni, aku putuskan, aku tak mampu mungkin..
Biarlah hari minggu aku selepas ni, aku boleh berjogging dan berehat
serta menumpukan pada kerja yg org lain tak boleh tolong aku~Oh sayunya..

Thursday, March 15, 2012

Cinta adalah Jodohku

Episod : Jiwang
Sambil-sambil duk wat keje harini..tertengoklah video Perkahwinan Lisa & Yusry ni..
Simple & humble..(simple lah bagi golongan kayaraya dan popular)
Menarik dan Selamat Menonton :D

Kata Lisa~  'Cinta adalah bila kita boleh rase rindu walaupun sidia berada di depan mata'
Kalaulah dapat peluk Ibu macam Lisa peluk Mummy dia.. Tengok pon rase sejuk je..

Tapi bagiku~ 'Cinta adalah Jodoh ku'

Wednesday, March 14, 2012

Tidak Stress di bulan March

Selamat malam syg..erkk

Insurans keta+Roadtax
Hari ni sudah selesai bayaran insurans keta + roadtax..Total=RM 745++
Timakasih abang iparku..:D

Sound amalan yang mulia
Tapi ingatanku sentiasa teringatkan beberapa orang..
Harini aku kena sound jugaklah..sound secara kecil-kecilan..Sekarang aku tak pikir ape punca, walaupon bukan salahku 100%
Yang penting adalah penyelesaian!
Ade orang sentiasa mencari salah orang lain..nak tau kenape? sbb orang tu rasa dia buat keje perfect, Tak boleh salah sikit,  tak boleh lambat sikit, dia ingat kita ni duk ngadap keje ke 24hour 7days non-stop.
Takpelah keje masing2 kan..
Tiada orang buat kerja perfect selamanya.
Kesilapan itu pengalaman yg berguna
belum sampai kena lempang ataupun dilempar buku2 dan helaian kertas kat muka lagi kan..
ops! teringat plak zaman sekolah rendah dulu aku kena lempang dgn cikgu
isk..Cikgu tu kenapelah dia lempang aku yg berniat baik hari tu..sian aku..lainkalilah citer :D



Mata bagaikan Panda
hmm..ntahlah..malam ni kena bersengkang mata sikit
ermm..tengok kat cermin, bawah mata ade kesan sembap sikit..(lingkaran gelap bwh mata), dlu takde..
lepas mandi, tengok cermin..erm mungkin kesan celak kot..tapi...
maklumlah lagi 3 tahun umo dah nak masuk 30 tahun..30? erkk
Nanti nk try letak timun kat mata..korang cube lah..
penah bace petua dulu, hmm timun tu bersifat sejuk, boleh menyegarkan..ia punye ape tuh..
tak ingatlah..
timun punyer...
timun punyer getah or cecair tu ade kebaikan..(apebenda yg aku merepek ntah)..korang gugel lah sendiri..yg penting aku nak letak timun tu kat mata nnti.. :P



Alergik Kerang kah?
Malam ni betul2 tak selesa..
kena buat kerja+badan gatal2+mengantuk+nak muntah pon ade+lenguh2
Jawapannye kena rest and sleep enough.
takkan sebab makan kerang badan ku gatal2..sebelum ni ok je..alergik ape ni..mknn laut kah?
kat opis tadi berpuluh kali aku menguap smpai la sekarang..
badan letih sikit hari ni gi mari gi mari..tu yg suruh housemate buat air nescape o kaw2 cicah dgn biskut+roti..ingatkan jadi segar..hmm mengantuk jugaks.
Mungkin aku makan nasik td..bnyak jugak nasik aku mkn td..lapar.

Air Zam zam
Abangku beli sebotol ni RM100++, aku ngecek sikit

Nasib baik ade air zam zam ni
berselawat dan minum..
sedapnyer air zam zam..
hilang terus kegatalan badanku..
Alhamdulillah!

Friday, March 9, 2012

Antara Kak Ri dan Si Dia


Nama pendekku Kak Ri
Aku bertemu dgn si dia sekitar Ogos2011 kalau tak silap
Hari itu aku duduk bersahaja didalam Shopping Mall yg tak lah terkemuka sgt-dekat Parkson OUG.
Tetibe dia melihat-lihat diriku yg duduk berseorangan di satu sudut.
Dia menegurku, dan bertanya sesuatu pada org lain tentang diriku..ermm
Mula-mula dia spt berkira-kira..tapi kulihat dia tak kesah memandangkan dia mungkin sudah jatuh hati dengan diriku agak comel ni. :P
Dengan tak pikir panjang dia terus berkenalan denganku.
Kesana kemari dia membawa aku..tak kira hari ape, setiap pagi dia mesti tersenyum padaku
(tapi taklah sampai ke toilet atau bilik tauu)
Hmm..dia pernah membawaku berjumpa kawan-kawan seangkatan denganku..biarlah aku gelarkan kawan-kawan seangkatan denganku ini Si Kuning, Si Hijau, Si Putih, Si Grey
Diorang ni gelarkan aku Kak Ri Pink! Mcm haremm..
Aku sayangkan dia dan sentiasa menjaga dia sehinggalah aku jatuh sakit satu hari
Bukan aku salahkan dia, dia tak pernah bawak aku tgh2 hujan dan lumpur pun
Dia sentiasa melindungi ku.
Satu hari aku tengok dia susah-susah aje bawak aku jumpa doktor..dekat kampungnya..jauh tuu!
Doctor tu ckp ..aku mcm tak boleh diselamatkan..aku rase sedikit takut dan sebak
Ada riak hampa diwajah dia
Dia tinggalkan aku seharian disitu untuk dirawat.
Semasa dirawat, aku pulih tau..tapi aku tak bagitau dia (konon-konon nak buat surprise la..)
Esoknya dia datang dan mengambilku dgn penuh kegembiraan dan kesyukuran
Aku rase hepii sgt kerana dapat kembali bersama dia
Tapi kegembiraan tak berpanjangan kerana tak kusangka buah cempedak menjadi nangka.
Aku jatuh sakit semula, kali ini agak kritikal
Masa tu dia tak perasan keadaan aku makin teruk
Bila sampai dirumah, dia memandangkan aku dgn penuh kesedihan
Sedih melihat aku sebegitu rupa..
Patutlah dia rasa tak selesa dan tak sedap hati
Aku tau dia sentiasa berharap dapat kembali bersamaku
Sedih aku lihat dia asyik bersama dengan Si Kuning aje..jeles pulak rase
Aku tau..dia bukanlah suka sgt dengan Si Kuning tu pasal dia dah 2 kali jatuh terjelepok atas tanah pasal Si Kuning tu la..
Satu hari, dia pernah berkata padaku ‘Hari hari saye bersama Si Kuning, bilalah saya akan bersama dgn awak, susah saya nak cari yg mcm awk, mungkin sampai disini saja………’
Dia sangat sayangkan aku..aku tau mungkin aku takkan ada harapan untuk bersama dia lagi
Dia takkan melupai aku kerana dia sentiasa meletakkan diriku di bonet keretanya dengan harapan dia akan jumpa doktor yang boleh merawat aku lagi..
Sekian.

Watak utama: Kak Ri (Kasut Pink Carlo Rino)
Heroin : Si Dia (MokNiq)
Watak Tambahan: Si Kuning (Sepatu Kuning)
Watak Berbayar : Doktor (Tukang Kasut)

Thursday, March 8, 2012

Di malam yg sejuk..


Di malam yang sejuk..
Bila sejuk, cepat lapar, nak terkencing sokmo :P
Tak elok mandi lewat-lewat tau, nanti paru-paru tak elok walaupon anda suka makan paru
Paling elok mandi time balik keje, masa haba badan tengah naik dan perlu dikeluarkan.


Di malam yg sejuk..
Duduk diatas kerusi depan laptop dan mendengar lagu ‘Wish you were here’
Damn..idea ku dtg dgn banyaknya
Tapi line celcom monyetband tersekat-sekat
Macam bullshit!

Di malam yg sejuk..

Lagu ‘A Thousand Years’ menjadi halwa telinga pula
Rasa dihati ingin merancang sesuatu untuk blog ini

Blog yg dilahirkan pada bulan March 2009 ini ingin berubah wajah..
Cis kedengaran seperti poyo
Walaupun tak byk follower..
Mungkin aku sorg je yg baca, dan juga kawan-kawan yang rapat, TerimaKasih!
Aku rasa bebas..:D
Bukan syok sendiri tau..
Tapi hanya nak berkarya..eh mcm iklan Kopi Janda pulak
Biasalah org seni kena keluarkan apa yg terpendam dijiwa, baru rasa lega

Tapi takpe..blog ini seperti harta juga
Tengok lah muka aku yg tgh tersengih kat atas tu..3 tahun yg lalu
Dah 3 tahun..blog ni dah 3 tahun!

Itu sudah cukup bermakna.
Buat diriku di malam yg sejuk.

Sunday, March 4, 2012

Duduk atas kerusi Depan Laptop

Salam Ahad,

Duit Simpanan
Oitt, dah masuk bulan Mac ni..cepatnyer masa berlalu..
ermm bulan ni aku kena bayar insurans keta sebanyak RM1123..wah dah setahun rupanya.
ermm nasib baik duit bonus akhir tahun lepas aku simpan baik2 takda le aku terkejut monyet tgk nilai 1k tu..
ermm tapi nak kena simpan sikit lg dalam RM200. (simpan apekebendanye ujung bln ni nak kena byr dh) ermmm..
Banyak ermm tes..tengokle nnti abes byr insurans aku boleh le simpan duit utk kawen plak.
ermm walaupon tak jumpe lagi dan tak tau bilenyer..ermmmmm
Manelah tau tetibe jodoh turun dari langit..heee

TBS
Baru2 ni pi TBS..tbs tu ape yek..Terminal Bas Selatan?Terminal Bandar Tasik Selatan?ape2 je la..
first time pi nak cari tiket bas utk nor tapi salah masuk laluan..pi masuk laluan bas sahaje..
Ade satu bas ni hon aku..ape masalah dia ntah..bukannye aku sekat laluan dia pon..luas lagi lah laluan,kapal tebang pon boleh lalu lah sebelah keta aku..ermmm
Masuk je area tu, sistem itu detect 'WVC....Holding' ermmm lalu aku tanya pak guard mane nak parking keta..
Aku ikut kata2 guard yg nampaknya mcm dah lali dgn driver keta yg sesat masuk laluan bas disitu.
Tetibe di satu persimpangan aku konpius tapi aku redah je la..almaklumlah mane ade keta lain kat situ..lgsung tak sesak.
Lalu, sekali lagi sistem itu detect 'WVC.... Holding' aku tak sempat snap gambo tu :-)
ermm makanya aku berenti keta apabile sorg abg polis kejar aku (kejarlah sgttt..tgn dibahu mata keats)
Dia berentikan motornya dan aku pon berentikan keta aku lalu tnya mane nak parking keta..Dia pon nmpak mcm dah lali sgt dgn org salah masuk laluan ni..
ermmm luas sgt lah TBS ni!

Jalan TAR
Setiap hari Sabtu ada pasar jalan Tar. Dah lame tak pegi, yelah asyik keje jer hari Sabtu. dulu mase takdek keta tiap2 minggu pegi, bila dah ade keta sebulan sekali pegi..heee
Aku beli 4kain pasang kat deretan kedai depan sogo.
Bukan ape aku beli 2 pasang utk diri sendiri, 2 pasang lagi aku nak bagi hadian kahwin utk kawan aku 2 org tu minggu depan..minggu depan aku balik kampung..yihaa..tapi tak seronok plak balik kampung sorang2.selalu ade Nor kat sebelah..first time aku balik sorang, semoga aku selamat :-)
Walaupon jarang org bg kain pasang sempena hadiah kawin..tapi aku bagi je lah..malas nak pikir dan harap diorg suke. (kalu aku dapat hadiah kain pasang..aku suke :-p )
4 pasang RM100. kain jenis cotton v. (v=aku pendekkan sbb sebenarnye aku tak tau nak eja cmner)
haa..baru teringat v. stand for VINCOSE (kalu tak silap, tahniah pade diri sendiri!)
Kat sane aku terbeli plak tudung bawal 2 tone-RM10 je..Datin Juma jual online RM15 :-)
Pergi Jalan Tar ni mesti pekena Nasi Kerabu cikgu kelantan ni..Sedap!
Tak dilupa popcorn jagung..heee
Nasi Kerabu Jalan Masjid India-Pasar Jalan Tar

Cantik!
Sedang asyik berjalan terjumpa plak seorang gadis montel yg cantik, dia tegur dulu..'Nikk..'
Aku memandang org yg memanggil aku, tengok dia tersenyum kearahku dan aku senyum juga lalu pergi kearahnya..
ermm aku tak ingat dia lah..aku salam dia (dalam hati masih tak ingat) aku tanya dia  dgn ramah 'Sapa nama yek' peh soalah aku mcm aku ni artis plak..
'Ni Ami laa..' ohh dgr nama itu dan senyumannya baru aku teringat siapa dia. Ami Liza ni kawan rapat masa kat GEMS Kipsas dulu. :-)
Memang patut aku tak ingat dia pasal muka dia bertambah cantik..haha
Barulah kami berpelukan dan berbual2 didepan gerai org..:-)