Sunday, August 2, 2015

Kesayanganku harus pergi..

Aku menyayangi artikel ku..
Setiap yang tertulis..
dengan linangan air mata.. atau,,
dengan senyum ketawa sendiri..
Namun artikel yang tidak berfaedah dan terlalu emosi seharusnya tidak disimpan disini..
Membuang artikel dalam blog ini seperti membuang barang kesayangan sendiri.
Namun..aku harus lakukan..

Selamat tinggal artikelku..

Tuesday, August 19, 2014
Buat Kamu dan Kawan

Tuesday, November 12, 2013
Ku tutup telingaku mendengarnya.

Wednesday, October 2, 2013
I'm Going to Marry Someone~Part 1

Friday, March 29, 2013
RunningMan~Part1

Monday, December 26, 2011
Dilema akhir tahun

Aku dalam proses menapis artikel2 ku sendiri.
Aku suka share something..namun aku selalu fikir
Satu hari nanti bila aku sudah tua atau sudah tiada didunia..
Apa akan jadi dengan blog ini..hartaku didunia..
Aku masih memikirkannya..
Wallahualam..


Sunday, June 28, 2015

Panggilan Pulau Pinang

Aku sangat pasti akhir bulan May'15 jadual sgt padat, sehingga minggu tu aku jadi letih sedikit.
Maka aku pon amik cuti sehari utk merehatkan diri..tak termasuk weekend lah..Sebenarnya ini first time aku outstation luar dari negeri atas arahan boss..Maka beradalah aku di Penang selama 4hari3malam bersama 2orang opismate lagi.Kami ke sana menaiki kereta kompeni..
Sila mula..

Aku kurang mahir dgn geografi Penang, ada orang kata kalu naik jambatan tu maknanya ke Seberanglah..
Ni kali ke-2 aku merentasi Jambatan Pulau Pinang sejak tahun 1994, dimana dulu kami sekeluarga pergi ke Konvo kakak di USM pada tahun tersebut.

Maka kami pon sampailah ke Penang selepas 4jam perjalanan dari KL dan menginap di Evergreen Laurel Hotel.
Ini pemandangan dari luar bilik, dapat City view..hmm
Jika aku amik gamba lanskap 180 darjah, gambar kecik, jadi aku snap gambar pastu tampal2 mcm ni.
Sorang lagi opismate dapat Sea view..rugi aku tak dpt bilik view mcm ni..
Sarapan di hotel sebelum kerja..
Pada malam itu, kami ke Padang Kota utk makan makan dan makan..

dan kemudiannya kami mencari Pasembur dan memilih Kedai dibawah..
Kami sebenarnya tak tahu mana kedai yg sedap, pasal tu kami semua gugel jer tempat2 makan femes kat Penang..
haa..kasik zoom besaq sikit bab2 makanan ni..hekhek
lepas kami pilih2 itu dan ini..sotong,udang, fishball, cucoq, bla bla..dapatlah sepinggan besar dgn harga RM27
Lepas itu aku belek2 duk cari sotong celup tepung mmg takdak,, rupanya pinggan tertukar dgn pelanggan lain..jadi kami tak puas hati.

Maka kami order lagi sepinggan kerana tak puas hati.. (padahal sepinggan tak cukup)
Hak ni aku betul2 pantau pinggan tu tengok mamak yg cedok kuah sampailah proses bayar supaya sotong, udang yg aku letak tak terlepas ke tgn org lain lagi..
Sedap ngatt..yang ni tokei kedai kasik diskaun singgit..RM23
Bila duk KL pasti teringat Pasembur Penang..hikhik
haih mane la nk cari kedai melayu kat penang ni..mamak jer kiri kanan..layan jela
Dalam hati aku berdoa semoga aku tak jatuh sakit dek kerana mamak
beberapa bulan lalu aku demam seminggu lepas makan mamak kat KL..
hak ni takdek apa2 nasib baik.hehe
Restoren Kassim Mustafa menjadi pilihan hari ke-2
habes kerja, setiap malam pulak kami cari kedai2 ikan bakar tepi laut
untuk mencari Sotong Celup Tepung..
Alhamdulillah semuanya sedap2..
ni ButterPrawn..sodapp
Hari ke-3 selepas makan di Restoran Kapitan, kami menyulusuri bangunan2 unik dan usang di Georgetown. kami berjalan kaki sahaja selepas memantau satu laluan bas percuma RapidPenang
ada banyak lukisan mural dinding disini dan benda2 unik yg anda boleh lihat
Kedai diorang pon design unik dan cute..
aku pon bergamba kenangan sekali laa..hahaha
Esoknya sebelum balik KL, kami pergi ke Pasar Chowrasta untuk belik Jeruk Madu Pak Ali dan cenderahati gituu..

dah abes cerita.

Saturday, June 27, 2015

Jalan-jalan : Bukit Tinggi

Waduh-waduh lama benar tak membebel.. bukan ape, aku xdek mood nak update blog..hehe
Sila mula..
Pada akhir May'15 lepas, adik beradik ajak pegi Bukit Tinggi.
BT tak jauh dari Gombak, hala ke Kuantan gitu..
dalam 30minit dari Gombak, sampailah BT.
BT ni bukan tempat peranginan yg luas dan sgt popular seperti Cameron Highland/Genting H.
Bukit Tinggi ni diibaratkan seperti Bukit Fraser jugakla..cuma lain sikit sebab senibina dan konsep yg cuba ditonjolkan sebagai tarikan pengunjung.
Haa mcm penulis travel pulak aku rase diri ini.

Memang ada orang yg bila sampai je kat sini, mesti tertanya2, apa yg ada di BT?
Tiada apa2 cuma tengok2 senibina dan tangkap gambar sajalah.. nak buat apa lagi..
Sebab lanskap kat sini takdek kat tempat lain..
Bolehla buat Family Day or photoshoot ke..
Kat sini kami menerjah 3 tempat saja, 
Colmar Tropicale, Rumah Teh Jepun, dan Taman Arnab.
Semua gambar2 yang diambil dibawah guna handphone aku saja.

1. Colmar Tropicale (Senibina rumah Perancis)
Air pancut ni kat bulatan depan pintu masuk..Welcome to Colmar katenyerr..
Adik beradik bergambo kenangan


Natang ni nama ape yek? BugsBunny kan..Lupa pulak dulu mase kecik2 selalu tgk natang ni kat tv
Ank buahku yg cute tu tak takut pulak dgn natang tu..macam comel jer..macam comel jer..gituu..
Layan jer gambar2 dibawah..






Ini la fridgemagnet paling mahal pernah aku jumpa..tapi aku beli jugak satu..wat kenangan kekdahnyer..

Apa motif kuda yek? adakah orang France suka naik kuda? atau suka bela kuda? atau suka makan daging kuda?

2. Rumah Jepun
aku tak paham tulisan jepun tu..aku agak2..ia menunjukkan tangan tu tgh pegang BungaSakura, trademark Jepun

Yeke yang pertama didunia dalam hutan tropika..ok, aku terima statement ini..tak cantik lanskap siapp!
Okla aku mengaku lanskap kat sini lebih mendamaikan, lebih bersih, nice..hekhek
Benda ni saluran air tradisional utk orang2 jepun dlu kot..kot..
ni aku snap gamba versi lanskap, 180 darjah.
Ada 2 jenis rumah jepun, cute jer aku tengok..
Ni rumah jenis pertama, pengunjung leh try pakai kimono utk bergambar kt rumah tu tapi kena bayarlah sewa baju..aku rase dalam RM20 gitu pasal tu lah aku tak try pakai kimono..Mahal.
ni jenis kedua, rumah ni lebih cute..nampak chubby jer..
dalam perjalanan nak turun tu, aku terserempak dgn ulat gonggok paling besar penah aku jumpa..
lebih besar dari lipan..btw, citer pasal lipan, dah lama aku tak jumpa spesis lipan selepas kejadian pembunuhan lipan oleh aku mase belajar kat uitm dulu..
3. Taman Arnab
cute jer..pandai posing yek..tampo laju2 kang..
Kat taman ni, pengunjung leh bagi makan kat arnab, kat sini ade rusa, kuda..tu aje..simple. budak2 suka lerr..
selpie..
Selamat tinggal Bukit Tinggi..Nice :-)
Selepas penat jalan2, kami makan ikan patin ni kat restoren area Gombak..semangkuk RM15..
Mahal tak?

Sekian.


Panggilan Pulau Pinang
Jalan-jalan : Padang Besar
The Last Trip : Dhe Rhu Beach, Kuantan
Jalan-jalan : Cameron Highland
Panggilan Pulau Perhentian

Saturday, April 4, 2015

Jalan-jalan : Padang Besar

Semekom..
haa lamanyer tak merepek.

14/03/2015 - 16/03/2015
Lamanya tak bercuti
Sempena cuti sekolah, aku bawak adik2 lelaki pergi melawat keluarga kakak di Sungai Petani,Kedah.
Esoknyer kami nak jalan2 ke Padang Besar.
Lagipon aku dpt duit kutu bulan ni..hehehe boleh lah aku support semuanya sebab adik2 masih belajar lagi..
dan sebelum GST, lepas GST memang kena beringat dalam perbelanjaan..
Layan je la gambar2 dibawah..

Welcome to Padang Besar, kunjungan ku untuk kali ke-3 selepas lebih 5 tahun.

Dari Sungai Petani ke Padang Besar amik masa kurang dari 2 jam perjalanan.
hmm nampak signboard Langkawi tu..lain kali lah..
Nak kata penat drive tu xdaklah sgt pasal aku dan adik2 laki bergilir bawak keta,
Dalam tempoh 5 tahun, tak banyak perubahan di Perlis
Kakak bagi pinjam keta cik City jalan2..takpa cik Viva putih yg kukasihi tu kasi rehat sehari..
sian bawak jalan jauh nanti kang semput hehehe
Kami semua makan kat Restoran Tok Mek, Kuala Perlis banyak pilihan lauk pauk
bab2 makan kasik besor sikit saiz gambo..kawe mmg pantang nampak pajeri nanas, yg gelap tu ikan pekasam, kawe amik 2 ekor..mmg sodap ikan pekasam Kuala Perlis
Ok dah sampai PB, parking ya ampun agak sukar yelah aku dtg time cuti sekolah..mmg ramai orang..
cuaca..ya ampun panas dan kering..
Bila sampai PB, aku tak plan pon nak beli apa, apa yg menarik dan unik je aku rembat.
Aku try tnya berapa harga cadar Patchwork (Queen Size), ada RM90 dan RM110.
Kesimpulan : lebih kurang KL je harganyer
Tahun 2014 harga pasaran cadar ni RM150, sekarang dah turun kepada bawah RM100
Aku amik 3 helai cadar ni, satu utk aku, 1 hadiah kawen, 1 lagi kawan kirim
Lepas tu aku tertarik dgn beg galas belakang kaler merah ni, agak berkualiti tapi bila ditanya harga RM100++.. tak jadilaa.. byk benda lain lagi boleh beli hahaha
Ini area baju bajan, bayangkan aku tak sempat pergi area kerepek2 cokelat, bunga2, dan makan2..
besor rupanya Padang besor..
Sebenarnya aku teringin makan pulut mangga kat sini tapi tak sempat..
Adik2 dan anak2 sedara (sume laki) suke benor beli jersi..diorg memang pakar dlm bab2 jersi ni..
Kain berkualiti gred A katanyer harga lebih kurang RM30, adik kata kalu kat KL harga jersi yg sama dalam RM60++
Oklah aku amik sehelai yakni Jersi Manchester City (Etihad dlm gambar)..ala utk wat joging hehe
Inilah hasil rembatan aku di PB, biskut bantal tu sedap ada coklat dalamnya..
Kicap tu sedap pasal pekat, kat utara je jual

Tapi ikan pekasam tu aku beli kat gerai tepi jalan kat Kuala Perlis hala balik dari PB..
Rugi pulak tak beli banyak2, stok utk bulan puasa nanti..
Kuala Perlis, memang akan nampak bukit2 ni saujana mata memandang..
 Hala balik, kami singgah di Alor Star konon2 nak tgk bunga2 sakura yg dikatakan lebat berbunga di Utara, tapi aku tak jumpa plak..
Mungkin ade kat taman2 tertentu..
Tapi masa aku belajar dulu pon kat Perlis ni memang byk tanam pokok bunga sakura ni..

Yang ni saje je aku snap gamba gerai tepi jalan..tak pergi pon..
Murah Nasi Kandar RM3
Menara Alor Star
 Untuk minum petang, kami menyinggah ke Medan Selera area Stadium Alor Star

Mee Udang
Yang ni aku punyer..sedap tapi sikit sgt.. harga pon RM3
Aku buat lagi sedaplah!
nada tak puas hati sebab sikit hahaha
Pasembor..sedap jugak
Bergambar kenangan..Anak2 sedara ku dah besar panjang..
Diorg ni aku tatap sejak umur satu hari lagi..
how time flies..makcik nyer plak tak kawen2 lagi..haha
dengan kakak dan satu2nya puteri diantara putera2 nya..
 Esoknye, sebelum balik KL, kami singgah ke Kedai Jeruk Pak Ali..femes jeruk ni..



Yg tu kawan kirim dan utk famili..
aku kurang minat makan jeruk2 pasal manis dan ada pewarna tambahan..
 Itu sahaja yg nak aku kongsi kat sini,