Sunday, April 28, 2013

Ke Puncak Broga

Pada pagi itu seperti dirancang, aku dan beberapa opismate mahu mendaki BUKIT BROGA, Semenyih Selangor.
Rancangnya mahu bertolak pukul 5 pg
Tapi last2 pukul 6 kami bertolak, jadi sampailah pkul 7 pg
Mase tu, sunrise sudah kelihatan nun dilangit sana
Mulanya aku pikir mereka tak serius utk pergi
Tapi jujurnya, aku tak akan menarik diri dari berjanji dgn org
Jika tiada aral....

Tanpa warm-up dan exercise ringkas,
kami terus melangkah mendaki perlahan-lahan
Tapi tak sampai 15 minit, aku semakin perlahan
Stamina kurang, Jantung berdegup laju
Kaki rasa sakit
Beberapa kawan sudah tidak kelihatan didepan mata
Sampai satu tahap
aku kena berhenti dan mereka perlu teruskan
Berada disitu..aku berasa loya dan bukit sedikit berpusing2 dipandangan mata..
itu bermakna aku kekurangan oksigen.
Aku suruh kawan2 terus daki
Aku mahu turun semula..serius mmg aku ckp begitu.
Sampailah mereka semua tiada didepan mata..
Aku keseorangan berdiri disitu melihat orang naik dan turun bukit
Sebelum membuat keputusan untuk turun semula..
Aku duduk sebentar disebuah batu dan bertanya seorang gadis yg sedang turun.
'Jauh lagi kah ke puncak?' Dia cakap 'Jauh kak, lebih separuh daripada sekarang..'
Aku mengeluh kenapa aku jadi begitu.
Tak sampai 10 minit aku kembali berfikir secara rasional
'Untuk apa aku susah2 bangun pagi ke Broga semata2 utk turun semula..'
'Sejak bila aku jadi seorang gadis mudah putus asa'? Getus hatiku sendiri.
Aku bagi support pada diri sendiri.
Dan aku tak suka menyusahkan orang lain walaupun kawan2 aku sendiri.
Kalau tak, mesti mereka kena tunggu aku yg agak lembap lagi lemah ini.
Aku sedikit rasa rendah diri dgn diri sendiri masa tu.
Lalu aku teruskan mendaki dan berhenti setiap kurang 20 langkah kaki.

Di setiap perjalanan ku naik ke puncak
Pelbagai perkara yg ku tempuhi
Melihat kanak-kanak kecil riang berlari keatas dan turun kebawah
Hanya memakai selipar jepun pon ada
Seperti menjadi tempat permainan mereka pula
Ada juga sepasang suami isteri yg sudah agak tua dan anak-anak mereka
Si isteri memang lemah macam aku juga
Tapi mereka semua tetap terus naik ke puncak

Aku berhenti lagi
dan kemudian beberapa orang juga berhenti ditempat yang sama.
Si gadis itu slim dan cantik, tapi keadaan dia sama seperti aku..lemah..
Si pemuda pemudi kawan2 mereka itu berhenti merokok berhampiran aku.
Mereka bergerak dalam kumpulan.
Melihat aku keseorangan berdiri sambil mengelap peluh yg tak henti2 keluar.. mereka menegurku..
sorang je ke? first time ke?
Lalu memberi support pada si gadis itu agar mencontohi aku..
Aku tersenyum tak sangka..argh..boleh merah pipi aku masa tu..
Aku tinggalkan mereka semua dan teruskan mendaki.

Aku berhenti lagi
Melihat 2 sahabat lewat 30an yg sentiasa bersama itu buat berfikir..
Sorang nampak berpengalaman, sorang lagi lemah macam aku juga.
Maknanya bukan aku seorang yg lemah kat situ.
Kali ini aku terasa loya semula dan muntah-muntah. Aku kekurangan oksigen lagi nampaknya.
Nasib baik aku tak makan ape2, hanya memuntahkan air liur dan isi ank tekak yg kosong.
Tarik nafas panjang2 dan buat regangan sedikit dan sambung mendaki lagi.

Aku berhenti lagi, dan selalu berhenti sekejap2 utk memberi keselesaan pada kaki
Lalu, aku bertanya pada sigadis yang mahu turun
Jauh lagi ke? itulah soalan yg selalu bermain di fikiran
Aku jumpa lagi org yang sama dan mereka menasihatiku
Agar berhati-hati kerna sebelum sampai ke puncak, jalannya curam dan berliku

Hampir sejam aku mendaki seorang diri
Aku sudah boleh nampak puncaknya
Nun disana, orang ramai gembira bergambar
Masing-masing meraikan kejayaan.
Aku pula tersangkut untuk daki, mahu guna tali pon tak jalan.
Aku tersangkut selama 10 minit tak tau nak buat apa.
2 perkataan yg selalu aku ucap di sepanjang pendakian..
'Bismillah' dan 'OhMaiGodddd..'
Bismillah ketika melangkah kaki dan OMG ketika melihat keatas sana..

Tiba-tiba muncul seorang jurulatih dan anak2 buahnya dibelakang aku.
Lelaki itu berkata 'Kamu semua jangan guna jalan ni, bahaya, kalu tak mampu..guna tangga seberang kanan sana'
Diriku sedikit riang mendengar perkataan 'tangga'
Yang peliknya mereka tak pergi pon ke seberang sana..
Aku pula sibuk2 nak kesana.
Sesudah mengesahkan aku berada dilaluan yg betul,
Aku mencari-cari mana tangganya..Laa..gambar dibawah la rupa tangganya..
Arghh memang sedikit susah nak panjat, tanah sedikit licin sebab hujan semalam.
Aku merangkak-rangkak guna tangan dan kaki..macam Ju-on daa..
 

Aku berhenti lagi..
dan sebelum menemui kawan-kawanku yg sudah lama berada dipuncak
aku berpusing melihat kebelakang..
Ohmaigod, indahnya ciptaan tuhan dan aku tak sangka aku sudah berada sejauh itu dari bawah.


Aku takdeklah sedih terharu pasal memang takdek masa nak layan blues kat situ mcm siGadis dibawah.
Didalam hatiku berkata 'Hei, satu hari nanti aku pon nak duduk kat situ dan layan blues sorang2 mcm dia ni'
Ermm..iklan negatif terus melintas 'Tapi kalu aku duduk atas batu tu, kemudian batu tu tiba2 tak stabil dan terus tergolek2 ke bawah bukit macamane' Memang innalillahlah aku.



Kata pepatah. 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'
Sikit-sikit melangkah, lama-lama sampai juga aku ke puncak Bukit Broga.
Sampai di sana, aku mencari2 kawan2ku yg bertuah itu..

Aku rase lega...tapi.....
Penutup kamera sudah hilang entah kemana..
Penutup yg pernah kami cari semula bersungguh2 di Tropicana Resort 2 tahun lepas hilang tanpa disedari.
Mood menurun sebanyak 30%. tapi aku cepat2 mengusir sifat mazmumah itu.
Kami tak boleh berlama2 disitu, cuaca makin panas.
Lagipon mereka sudah lama diatas

Turun semula kebawah, aku tidak keseorangan lagi
'dan tak mustahil aku boleh keseorangan lagi' jika aku tak kuat semangat
Yelah, kaki dah macam parkinson, bergetar2 dah..
Actually, aku memang susah nak jumpa orang yg betul-betul boleh bersabar dgn kelemahanku.
Walaupun agak terasa hati, tapi apa aku boleh buat..
Lagipun benda yg lepas usahlah dikenang..
Yang penting aku selamat..
Aktiviti macamni sebenarnya memerlukan stamina dan emosi yg kuat.
Jika tiada salah satu, akan gagal.
Berbekalkan kekuatan emosi shj buat aku berjaya tawan Broga..
Aku tak kira jika orang lain anggap panjat Broga itu bukan susah pon, tapi ia adalah perkara penting buat orang yg lemah macam aku ni.

Ini bukan pertama kali aku panjat bukit, ini kali kedua.
Pertama kali di Bukit Cenderawasih, Perlis dgn berselipar dan berseluar jeans.
Siap nak kena kejar dgn Beruk liar lagi..
Sama juga seperti di Broga, di pertengahan bukit, aku loya dan muntah.
Amazingnya, selemah-lemah aku, aku boleh daki sorang2 ke puncak Broga for the first time dan tak mustahil juga aku boleh daki sorang2 selepas ini.
Memang aku puas berpeluh hari itu dan sangat2 berterimakasih dengan kawan2ku hari itu.
Alhamdulillah kepada Allah swt..Tuhan Penjagaku..

Sebelum itu, silalah nonton video lagu jiwang 'Sabarlah hati'
Video klip ini dibuat di Broga juga. minit ke 3.05 si Elly Mazlein berdiri di tempat yg sama dgn gambar aku posing kat batu belah batu bertangkup tu..



Tamatlah kisah ku ke Puncak Broga.

Wednesday, April 10, 2013

Bermimpi Tok Guru


Dipagi Subuh yang hening aku terjaga dari tidur.
Selepas solat Subuh, hati rasa sedikit hairan.
Kerana sebentar tadi aku bermimpi berjumpa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
Di dalam mimpi itu,
aku dan Tok guru berada di sebuah pondok buruk yang menempatkan anak-anak yatim.
Kami berdua memberi bubur kacang kepada mereka.
Dengan berserban dan memakai jubah,
Wajahnya sangatlah kukenal.
Beliau membawa periuk sederhana besar berisi bubur dan aku memegang senduk mencedok bubur dari satu pinggan ke satu pinggan.
Hujan rahmat turun dengan lebat, membuatkan atap pondok itu bocor.
Air hujan menitis sedikit ke dalam periuk itu.
Tok Guru berusaha mencari pelindung agar air hujan yg menitik tidak masuk walau sedikit pun ke dalam periuk bubur itu.
Dia juga menyuruhku agar berusaha melindungi bubur itu dari tempias hujan.
Perilaku yg lembut dan penuh kasih sayang ku lihat.
Begitu kasihnya Tok Guru kepada anak-anak yatim itu.
Mimpi sebentar antara Tok Guru dan aku itu sudah cukup bagiku.
Waima dalam mimpi itu sendiri, perasaan tersentuh dalam hatiku itu ada..
Inikan pula bila terjaga..
Cukuplah di alam mimpi, sudah terserlah keperibadian mulianya.
Mimpi yang baik datang dariNya.
Wallahualam.

Monday, April 8, 2013

Mencari Syurga

Kita banyak melakukan dosa
Kita melihat, mendengar, merasa..
Segala dugaan dan juga kealpaan
Melalui drama realiti yang hari hari yang dilalui

Kadang-kadang kita menempuh satu saat
Semacam tuhan menghantar seseorang untuk menguji
Sejauh mana kesabaran kita
Sejauh mana kesopanan kita
Sejauh mana kemurahan hati kita
Samaada kenal ataupun tidak

Kita hari hari menyesal
Atas kesilapan, dosa kecil dan besar
Esoknya kita lakukan lagi perkara yang sama
Sebab itu kita tidak pernah berjaya bertemu Malam LailatulQadar
Memang kita tak layak jika terus begitu

Kita mencari syurga
Tapi dimana?
Syurga seorang hamba adalah Allah, Islam, AlQuran dan Rasulullah.
Syurga seorang anak adalah Ibu
Syurga seorang isteri adalah Suami

Tanya diri sendiri..
Jika kita bukan seorang ibu dan ayah
Jika kita bukan seorang isteri dan suami
Jika kita seorang anak tiada ibu dan ayah
Tapi kita hambaNya..ini tidak akan berubah selama-lamanya

Kita masih mencari syurga
Kita seorang wanita/lelaki yang belum lengkap hidupnya
Kita cuba utk merawat diri dengan pelbagai cara
Kita cuba utk mendekatkan diri denganNya

Semakin hidup dilimpahi kesenangan,
Semakin jauh kita denganNya
Semakin kurang kita mengalunkan kalimah AlQuran dan zikir
Semakin berat untuk melakukan yang wajib apatah lagi sunat
Semakin malas untuk mengambil tahu Sunnah RasulNya

Lama-lama,
Kita boleh menjadi sombong
Memilih kawan dalam bersahabat
Melalui kedudukan dan luaran semata
Semakin lupa susah senang dahulu kala

Kita mengingatkan diri sendiri supaya bersifat Qanaah selalu
Hidup yg sederhana tanpa kemewahan
Hati girang bahagia dan tenang
Mungkin kadang2 bila ditimpa kesusahan hati
Cubalah menjauhkan diri dari orang lain
Supaya mereka tak nampak kesukaran diwajah
Walaupun kita harap mereka boleh membantu
Tapi apakan daya kita dan mereka
Harap-harap kita saling memahami
Hidup didunia ini tak lama untuk kita berasa megah
Berusahalah mencari Syurga..