Tuesday, January 15, 2013

Aku bukan peminat Yuna

Aku bukan peminat Yuna
Tapi disebabkan lagu ni menang AJL baru baru ni..buat aku teringat tentang sesuatu perkara..
Cecite..cecite
Hujung tahun 2011, aku dan ex-clasmate uitm pegila kenduri kawen kawan kami ni.
Nama dia Nazirul..
bertempat di Kelab Shah Alam Selangor
Dengar citer si Yuna akan hadir kemajlis itu
Ala Yuna je pon bukan Siti Nurhaliza..
ooo baruku tahu Yuna adalah kawan baik kpd isteri Nazirul ni
Dengar citer dia akan buat persembahan..
Laa..mesti lagu Dan Sebenarnya kot..
So so je Yuna ni mase tu..
Tatkala dia masuk ke dewan
Aku tengok jugaklah
Almaklumlah retis kan
Tinggi lampai dan kurus langsing orgnyer
Memang stail tudung dia macam ni..

Bila nak mula perfomance..
semua orang dalam dewan itu tertumpu pada dia
Memang kalah pengantin
Yuna ckp dia akan nyanyikan sebuah lagu spesel utk pengantin dan hadirin hadirat
Lagu tu first time dia nyanyi di khalayak ramai..
Lagu itu adalah 'Terukir di Bintang'
Lepas aku snap barang 3 4 keping gambar Yuna ni
Aku balik ke meja..sambung makan dan dengar la lagu dendangan Yuna ni
Kedengaran agak merdu
Lantunan suara yang cukup sempurna
Band dia sentiasa setia  bersama

Memenangi AJL lebih-lebih lagi dia adalah pencipta, penulis dan penyanyi
Siti Nurhaliza tak dapat menandingi Yuna dari segi ini
dan Yuna tak dpt menandingi Siti dari segi persembahan seperti Tarian dan surprise dipentas
Sila dengar lantunan vokal Yuna dalam video Separuh akhir Muzik2
Nampak sangat dia sudah bijak
Tahap keyakinan amat tinggi
Kreatif mewarnakan vokal
Almaklumlah dia sudah sampai ke peringkat antarabangsa
Memang hampa peminat Yuna bila dia tak dapat beraksi dipentas akhir
Persembahan dan vokal Aizat ketika mempersembahkan lagu ini agak hambar
Walaupon cool tapi vokal tak cukup membuatkan bulu roma naik
Aizat, misai nipis dan cawan merahnya..

Aku bukan peminat Yuna
Tapi jejari tembamku laju menaip cerita pasal dia
Perubahan imej dia..dia sangat manis jika bertudung litup
bukan seperti imej skrg- ala ala turban gitu
Yuna jgn cepat lupa diri..semakin sibuk melebarkan sayap terbang keluar negara
Jangan pula semakin jauh dengan orang-orang di negara sendiri
Yuna boleh menjadi Malaysian Sweetheart
Dah aku macam penulis blog hiburan ni kenapa..LOL







2 comments:

  1. kau bukan pemninat yuna tp kau minat tuk menulis tentang dia ek

    ReplyDelete
  2. nik mmg peminat tegar yuna..orang lain xmik pom gmbo yuna..nik je yng p ke depan mik gmbo yuna...

    ReplyDelete