Tuesday, December 18, 2012

Balik Kampung-Episod Musim Buah



Ape kono mengono lagu ni dgn balik kampung?
Pasal aku balik kampung lalu Nogori Sombilan.
Batu Kikir jambatan besi..
Komen sikit..
Aku memang suke lagu traditional tapi imej Fida dlm video ni tak comei la..
Cun lagi makcik jual nasik lomak kat kampung aku depan sekolah tepi simpang tu
Ekau konal Fida tu sapo?
Fida tu muka mcm Siti Nurhaliza, suara hampir sama, menang  Rancangan Pencarian mencari Pantene dimana Siti Nurhaliza jugak jadi jurinyer okey..
Tapi Siti lagi lawa..
Koya Siti la tu pakai tarbus macam t@#*& ats kepala
Loghat Pantai timur lagi best la :-)
Titik.

Wah..balik kampung banyak betul durian atas pokok..
hari-hari menggugurkan diri..
Kalu makan byk2 cepat muak tau..
Tapi aku masih belum puas makan durian dengan pulut + santan cair + nisan(gula melaka)
Balik KL pon masih teringat2 lagi..hmm
Tak bulih jadi lagu ni..

Ade 3 pokok durian kat umah aku
Memang musim buah kat kampung aku..mcm kat kampung ekau jugak la..

Wah, aku tak pasti ni buah ape, buah Duku?Langsat? atau Duku Langsat?
Yang pasti ni buat feveret aku
Tetibe aku bimbang takut2 balik kampung akan datang buah ni dah abes org rembat
Samada rembat secara halal ataupun haram


Dulu mase kecik-kecik, arwah ayah aku paling pantang tengok budak2 duk cantas pokok ni
Iyelah dia baru tanam, budak2 dah usik
Sekarang baru aku tau, pokok kesayangan ini baru menghasilkan buah 2, 3 tahun kebelakangan ni..
Ada 4 pokok ni kat halaman rumah


Pokok Manggis kat belakang umah aku ni pon dah besar
Banyak betul dia berbuah..tunggulah sebulan dua lagi masaklah buah manggis ni sume


Haa..pokok buah2an ni pon ade perasaan tau
Ade satu pokok Betik kat tepi umah aku byk berbuah tapi xdek org sudi mengaitnya.
Lama2, ia tak mau berbuah langsung..
Dulu umah aku banyak pokok Mangga dan Pelam
Sekarang satu pokok pon dah xdek
Dah le aku suka makan pelam yg masam2 tu dgn nasik
Dulu, pokok Mangga siku dan Kuinin diserang penyakit misteri
Sume buah ade ulat, luar cantik dalam ade ulat
Last2 bapak tebang sume..

Dulu, banyak betul pokok buah2an kat halaman..
Patutlah ayah jual buah2an dulu
Sebut je buah ape yg xdek kat umah aku dulu..sume ade
Cume buah stroberi dan anggur je xdek

Meh nak recall balik memori aku pasal pokok buah dihalaman rumah dulu:-
Pokok gajus, koko, cempedak, nangka, rambutan naik sekolah, rambutan laici, mata kucing, belimbing, mempelam, pauh siku, kuinin, limau bali,ciku, asam katak, jambu air, jambu batu, limau kasturi, lada dan ulam-ulaman
--- Not Available

Durian, Manggis, Duku/langsat, rambutan gula batu, pisang, betik ---Available

Pokok terakhir yg ditebang krn memberi laluan kpd pembinaan lg adelah pokok Limau kasturi..
Sedih betul, Aku suka kait buah limau ni dulu..hmm
Bayangkan kalau sume pokok buah yg dah ditebang tu masih subur berbuah kat umah aku..
Alahaii..sonoknyer balik kampung..!

3 comments:

  1. Wahhh....giler byk pokok buah yg ada dlu....mcm kat kedai laa....mesti seronok....

    ReplyDelete