Friday, October 5, 2012

Dear October, Please be nice to me


Tajuk je in English ok..


Macam biasalah idea menulis akan datang bertubi2 area pukul 11.30 malam ke atas..time2 mata perlu tido, badan perlu rehat tapi otakku pulak nak bekerja..nasib ler..

Bagi perempuan, emosi bila nk dtg bulan atau tgh dtg bulan tu sgt2 mencabar. Rase nk marah je kan..ish2.. pastu sentap tak tentu pasal pulak tu..itulah istimewanya perempuan..

Adakah aku stress? Aku percaya, aku sudah STRESS bila kerja membuatkan aku menangis tersedu sedan. Uwaa..uwaa..mcm budak kecik nak mainan tp tak dapat lepas kena jerkah dgn bapak. Jadi, bila aku tak nangis maknanya aku belum stress lah.

Bulan lepas, aku belajar byk perkara mengenai emosi. Banyak giler kau..kesian my heart.

‘Setiap hari adalah proses pembelajaran’

Tidak mengapa kalu kita tersilap kata dan langkah. Bila kita dah sedar kita cuba utk mengelakkannya. Masalahnya bagi mereka yg tak sedar diri adalah asyik nak marah org je..aku ni citer pasal sape sebenarnya..Hohoh..

Kita sudah cuba bekerja dgn memberi yg terbaik..sbg rakan sekerja kita perlu saling menyokong bukan saling menghentam. Ingat, kita bukan dibayar gaji utk mengarah org lain buat kerja. Lain lah kalu kompeni tu kita yg punya atau bapak kita yg punya.

Kita semua mmg ade pengalaman yg sama. Jangan mudah lupa diri bila kita berada diatas ataupun dipuji. Jadilah seperti padi, semakin berisi semakin menunduk..bukannya semakin berisi, semakin kepala mendongak ke langit lalu merempuh org sesuka hati kerana terlalu asyik memandang kelangit.

Kena ingat, kalu sorang dua tak suka kat kita, kita masih ada 10 org yg sayang kat kita. Malah lebih dari itu.

Bila naik angin, jangan byk bicara, takut terkeluar perkara tak sepatutnya.
Cepat2 jauhkan diri dgn henpon, laptop, takut kita menyerang dgn kata2 tak sepatutnya..Aku percaya ayat sms selalunya kejam, ia sgt berbeza dgn kata2 yg sebenarnya ingin diberitahu secara mendepani.

Tarik nafas pnjg2..istighfar…ikut flow kehidupan..pergilah buat benda2 rutin atau yg kita suka. Kemas bilik/rumah, games, tengok tv,memasak, sembang2, jln2, lagi2 shopim..yer ia memang terapi yg baik..asalkan ade duit..kalu takdek duit duk umah diam2.

Kesimpulannya, dalam sesuatu peperangan emosi, bukan menang yg kita cari tapi setiap yg terjadi mengajar kita utk mengelak membuat kesilapan. Memang kita pasti membuat kesilapan..tapi sekurang2nya, atas kesilapan itu, kita tak menanggung rasa bersalah pada org lain jadi hati kita pasti akan lega. Yeay..yihaa!

No comments:

Post a Comment