Thursday, August 30, 2012

Kemaafan yang Tertangguh

Bila seseorang bertanyakan kita sesuatu yg kita rahsiakan dari pengetahuan org lain adalah sesuatu diluar jangkaan..
seseorang itu sudah bertanya lalu aku sudi berkongsi dgn yang lain.. yg ada disitu hanya beberapa org shj.
Sekadar ingin berkongsi pengalaman..

Macamana persiapan raya tahun ini?
Ala kadar shj..semenjak emak meninggal, hari raya seperti hilang satu keserian..

Apa perkara plg penting dalam meraikan Hari raya?
Kemaafan..

ya..tiada kucupan dan kemaafan utk si ibu dan ayah lagi..
mereka takkan mengerti perasaan dan suasana ini sehingga mereka merasai sendiri kehilangan org yang melahirkan dan menjaga kita dalam jangkamasa melebihi saat mereka meninggalkan kita selama-lamanya..

Nik, macamana kamu melaluinya..
Bila saat mereka menunggu ku bersuara, aku rasa seolah-olah aku akan bercerita dengan lancar dan dengan senyuman..tapi ianya meleset sama sekali..

Suara bergetar dan air naik ke mata..untuk meredakan perasaan ini aku kena menarik nafas..
'Ayah meninggal 10 tahun yang lalu, mase tu tahun SPM, dia pergi dgn tiba-tiba, emak pula 3 tahun yg lalu, 3 tahun menanggung kesakitan, itupun sepanjang sy melanjutkan pelajaran di perlis'

'Dalam jangkamasa 3 tahun itu, sgt jarang balik kerana kampung jauh, bila sesekali balik, sy jarang sgt tidur sebelah mak, sy cuma menyelimutkan dia shj..dia akan tidur seorang dalam biliknya, atau pun adik perempuan sy akan tido dgnnya..sy akan tido dlm bilik sendiri seorang diri..sy lebih sukakan begitu..'

'Sehinggalah satu malam, sy tidak lena tido, meremang bulu roma, takut gelap, sehingga sy membuka pintu agar cahaya lampu luar masuk sedikit ke dlm bilik..sy terlena dalam tak lena, bukan bermimpi juga kerana sy nampak kesamaran dan keadaan bilik dgn jelas..' 

'Saya nampak jelas sekujur mayat telah lengkap dikafankan, ia seolah2 terapung di tepi sudut bilik' kerana sy melihat dlm keadaan berbaring..

Dada bergerak laju sehingga mata sy terbuka dari lena dan melihat sekujur mayat itu telah tiada dipandangan mata..'saiz tubuh mayat itu sama dgn saiz emak' 

'Saya menarik selimut lalu terus tido disebelah emak dan semenjak dari saat itu sy tidak tido di bilik sendiri seorang diri lg dan sy tido disebelahnya setiap hari kerana hati sy akan berasa tenteram dan nyaman'

'Sy tahu, Allah sudah bagi peluang dan ruang utk sy bersamanya..kerana beberapa bulan selepas itu emak sy meninggal dunia' 
'Selepas tamat pengajian dan final paper juga sy berpeluang berada disampingnya seminggu..sy lah yg menemaninya dihospital krn mase tu giliran sy menjaganya pula. adik beradik lain sudah menjaganya bergilir2.'
Saya tidur dihospital dan mengiringinya juga pulang kerumah dgn ambulans.

'Sebenarnya mmg Allah bagi saya peluang itu..sy selalu bersyukur krn adikberadik lain tidak dpt peluang ini..menjaga sehingga dipenghujung hayatnya'

Perbualan pada petang itu sampai disitu shj..

Ironinya..
Emak jatuh sakit selepas seminggu aku memulakan hidup sbg pelajar di Perlis..
Aku pulang seminggu kemudian seorang diri, minta cuti emergency selama seminggu..
Pulang untuk melihat dan menghadapi kesengsaraanmu selama seminggu..
bertungkus lumus merawatmu, mengurut mengikut rawatan dalam buku Dr Haron Din..
Hasilnya aku pulang semula ke Perlis dgn hati yg sedikit senang kerana dari lumpuh separuh badan, engkau sudah boleh duduk..lama-lama boleh berjalan sikit2..
3 tahun aku di Perlis, 3 tahun jugalah engkau sakit di kampung..
3 tahun kemudian,bila aku menjawap peperiksaan terakhirku di Perlis, engkau dikatakan sedang kritikal.
Aku pulang dgn hati kosong, seminggu berada disisimu..hanya kita berdua..hanya diam membisu..engkau tidak bangun2..semakin lemah..tiada komunikasi antara kita..
aku melihatmu dan engkau tak dpt melihatku..
Tiada kata maaf dariku krn engkau hanya terbaring tidak bangun2..

Ya mmg aku jarang berada disamping engkau krn berada di Perlis tp seminggu pengakhiran itu cukup utk aku ingat sehingga bila2.
Saat nafas ditarik dari hujung kaki hingga kepala, aku tengok sendiri..saat aku memasukkan susu kedalam bdnmu tp bdn sudah tidak menerimanya lg...saat aku sendiri mengeluarkan tiub dihidungmu dan menariknya keluar ketika engkau sudah pun pergi..
Dan..saat aku memandikan dan mengafan dirimu..

Oh emak..mmg byk perkara ttg dirimu hendak kuceritakan disini..terlalu byk..
Tapi mungkin smpai disini dahulu..
Aku sentiasa mengingati saat engkau memohon maaf dariku..
Seseorang pernah berkata padaku..'Emak tu nak mintak maaf dgn mu..sbb dia selalu marah kat mu'
'emak nampak kelibat mu kat dapur tapi mu kan kat perlis skrg..'
aku senyum mendengarnya..mungkin emak rindu..
bagiku..manalah ade salah ibu utk anaknya..walau sebesar zarah pun..

Kata2 maaf begitu sukar diungkapkan olehku..
Bila dia sudah tiada, aku belajar utk sentiasa mengucap maaf, baik utk teman2, kawan2, adik beradik..
Kerana arwah emak sgt suka meminta maaf dengan org..
Seperti sudah tahu dia akan pergi..
mungkin ini yg dikatakan 'Kemaafan yg tertangguh..' oleh diriku...




2 comments:

  1. Sedihnya....tabahnya K.Nik.... :'(

    ReplyDelete
  2. nik ... sedih la.

    alfatihah buat arwah ibu & ayah nik ...

    amin.

    ReplyDelete