Thursday, May 31, 2012

Surat Dari Syu

Di satu malam yg tak dingin,..
dengan rajinnya aku mengemas barang dalam bilik.
Check stationary dalam pencil box yang lama..
Makanya terjumpa surat cinta..
Biarlah aku abadikan dlm blog ni sebelum ia hilang dimamah usia..
atau reput dimakan Cik Mut (semut).
Surat dari Syu masih dalam simpanan.
Mungkin sekarang dia dah lupa dia penah bagi surat.
Yelah bukan selalu orang bagi surat kat kita..
Surat yg ditulis dengan hati yg ikhlas dan sebak..
Seingat aku, Syu bagi surat ni masa dalam dewan..
Tiba-tiba je dia hulurkan surat ini
Entah bilalah dia karang surat ni..

Surat 1
 Aku sering teringat2 kata2 itu 'Please Say No utk certain condition'
Sekarang aku sudah agak berjaya mengatasinya..
Kita kena tegas sikit, jgn ikut je kata org kalau kita tak mampu dan hati tak ikhlas
Menolong biarlah bertempat..
dan kena ingat..
Kalu kita tolong org, nanti Allah tolong kita balik..
Kalu kita permudahkan urusan org, nanti urusan kita juga dipermudahkan..

Surat 2
Lepas baca, aku terharu juga..
Tiba-tiba sorang rakan mahu baca jugak..
Aku hulurkan pada dia..
Lepas tu dia tanya soalan peribadi tentang 'Lelaki'..
mmm..tak sampai 10 patah perkataan..
Tuturku tersekat2..cannot go..
Dia cepat2 pegang bahuku dan tak bertanya lagi..
Aku senyum dan kami mula tumpukan pada acara yg sedang berlaku..

Itulah antara saat2 yg diingati semasa berkursus Gems kat Kuantan dulu..2010
Berjumpa dgn kawan2 yg baik tapi sekarang..
Itu semua Kenangan..

1 comment: