Wednesday, May 16, 2012

Keretaku dipulangkan


24/04/2012
8 jam selepas artikel ‘Tuhan Sedang Mengujimu’ di postkan… Keretaku dipulangkan..
Bagaimana?Siapa?Kenapa?Bila?Dimana? Satu persatu perlu dirungkai hari itu..
Sukar dirungkai bila aku perlu berhadapannya seorang diri..tiada pengalaman menghadapi situasi ini.
Watak 1:Teknisen TM~Jihan (Org Kelantan)
Watak 2:Pembeli Kedua~Kak Ros + hasben (org Kelatan)
Watak 3:Pembeli pertama~Pelajar UPSI (beberapa org)
Watak jahat:Pencuri~Zaidi bin Rahim (Sila google,, pasti ade..)
Watak 5:Adik Kak Ros (Lelaki)
Watak 6: Sarjan Ahmad Fauzi (Sarjan Misai Datuk K)
Ramai kan orang yang terlibat..
Lokasi: Opis EBI (11.00am)
Abangku datang utk membantu menyelesaikannya..
Pembeli Kedua adalah kawan kpd kawan Jihan..Menurut Jihan, pd pagi itu kat kedai makan kat Serdang, dia bersama kawan dia brekpes sekali dgn pembeli kedua-KakRos+hasben. Sudah ditakdirkan dokumen jual beli kereta tu dia tertengok krn Kak Ros bgtau kereta tu mungkin kereta curi. Jihan tengok alamat opis kat dokumen tu..dia familiar dgn company EBI (Alamat yg tertera)
Kemudian, dgn niat mahu tolong..Jihan datang ke opis. Dia masuk dgn sehelai tisu tertera nama dan no. plat keteku. Nak jumpa owner kete katanya..Bila melihat helaian tisu itu, aku rase bagai satu keajaiban..sukar diceritakan perasaan ketika itu..hehheh

Lokasi: Gerai Mamak AlBarkath Bukit Jalil (12.30pm)
Lepak di gerai mamak berbincang perkara itu..aku diam seribu bahasa..Risau jika harapan itu tidak kesampaian atau terjadi apa2 yg buruk ketika itu..Aku+Abang+Jihan menunggu kedatangan pembeli kedua..Jihan suruh Kak Ros bawak keta aku sekali. Tapi rupa2nya lakibini tu dtg dgn keta sendiri. Panas hatiku, nak aje aku call polis mase tu tapi tak boleh ikutkan sangat perasaan ketika itu.Silap2 keta aku dibawak lari pulak atau ditinggal ditepi highway..
Sampai je kak Ros dgn lakinya..Kak Ros ckp keta aku ada kat tangan pembeli pertama dgn kuncinya sekali. Malam tadi dia dah pulangkan serta merta kpd pembeli pertama krn mengesyaki kerete itu kereta curi. pembeli pertama juga telah memulangkan RM5700 kepada kak ros malam itu jugak selepas Kak ros menggertak pembeli pertama utk report polis jika wang tidak dipulangkan..
Kak Ros mmg pndai berbicara dan melawan. aku lihat Jihan dan Abang sudah panas hati dgn dolak dalik bicara Kak ros yg memakai blous dan eye shadow warna warni dimatanya (macam Negro..ehh..astagafirullahalazim) Geram hatiku melihat wajahnya..rase nak simbah air je kat muka dia mase tu smpai hilang eyeshadow pelangi dia..huh!
Kak Ros tanya aku samaada boleh ke bayar ‘sejumlah wang yg ada’ kpd pembeli pertama (kerana pembeli pertama telah kerugian membeli dgn pencuri). Tak habes Kak Ros tnya, aku serta merta menggeleng dan berkata ‘Tak Akan!’. Kepala hotak korang berjambul, owner plak nk kena bayar kerugian.. Mase tu aku rase nak penampor je muka Kak Ros sampai juling (Sampai dia takda hati nak pakai eyeshadow pelangi)..tapi aku sabarkan hati kerana hari itu aku kena ingat Allah telah memulangkan semula hak aku..
Didepan aku, Kak Ros berurusan dgn pembeli pertama (keretaku berada ditangan pembeli pertama). Akhirnya kami semua setuju utk selesai scr baik dan pembeli pertama bersetuju memulangkan kereta aku sebelum aku report polis. (Dia takut dia kena buang UPSI).

Pergi ke Serdang ambik keta, sebelum kami sampai, pembeli pertama letak kereta dirumah Kak Ros. Bila kami sampai, Kak Ros takdek, pembeli pertama takdek, hanya Adik Kak Ros yang tolong. Tahu pon takut!
Semua barang dlm keta aku dibuang, yg ada hanya surah Yasin, Selipar wedges yg aku baru beli kat Jln Tar, Stereng Lock (dah rosak) dan bau2 rokok yang busuk!
Antara barang yg tiada :- Semua kasut2 aku kat bonet termasuk kasut sport (aku wat mcm rak kasut),pendrive yg baru beli kat KLCC Fair, Car MP3 Usb, Semua dokumen salinan kereta, bantal leher, Bunga gantung yg Nor bagi, En.Sutun yg sentiasa tersenyum padaku, hon keta tak berfungsi, dll.

Pertemuan pertama selepas 7 hari hilang..
Selepas itu, aku dan abang ke Balai Polis Bukit Jalil utk report susulan. Aku balik opis dan tinggal semula keta kat Taman LTAT utk melindungi keta yg 100% tak selamat lg.
Esoknya aku cuti dgn harapan dapat berjumpa Sarjan Misai tapi dia pulak nk rest (hampeh sikit).
Waktu lunch, dgn bantuan Kak Syida, aku bergegas memindahkan keta dari Tmn Ltat ke Balai Polis BJ krn tak sedap hati.
Malam esoknya, dgn bantuan Kak Syida, kami ke Balai Polis Pudu utk berjumpa Sarjan Misai.


Balai Polis Pudu dimalam hari


Sekitar Balai Polis Pudu
Malam itu, kulihat sarjan Misai kelihatan segak dan harum. (kat bilik dia ade deretan botol perfume lelaki yg mahal2), bilik sedikit kemas berbanding sebelumnya. Aku berhadapan dgn dia seorang diri didalam bilik yg agak sunyi itu.. aku baca ayat kursi (sebab Kak Syida mase tu belum sampai bilik sarjan tu lg). 
Makanya bermulalah bebelan Sarjan Misai tanpa henti kerana tindakan aku seolah-olah menutup kes tersebut. Tak heran lah, kat atas almari dia ade sijil perhargaan-‘Perhidmatan Cemerlang’..hmm cemerlanglah sangattt.. Aku tadah telinga jelah..abes sume citer dia terhambur smpai dia kematian bini pon nak citer..ermmmmm.
Sejam kemudian, hal ini settle, aku kembali meletakkan keretaku kat Balai Polis BJ. Tgh drive, sarjan tu call, bgtau IC aku tertinggal atas meja dia..phuiii..nape la aku ni loklak sgt..Esoknya aku pi lg bilik sarjan tu ambik ic..hampeh!

Lepas tu aku pulang ke kampong utk urusan tukar kunci, alarm dan beli kunci solek yg baru (betul tak eja solek macam tu..argh belasahlah..)..sumenyer abes dalam 2k..ehh tak lah tipu jer..RM200 jew..Alhamdulillah..at~Kedai Kunci Segamat.
Lalu aku kembali ke KL utk urusan penghijrahan aku ke tempat yg lebih selamat.  Sekali lagi Alhamdulillah, urusan dipermudahkan, aku dapat jgk cari sebuah bilik/rumah pada minggu tu jgk..sekarang aku rasa aku dapat rumah dan tempat tinggal yg jauh lebih baik dari sebelum ini (Mudah-mudahan)..mungkin ada hikmah sume ini berlaku. 
Sekarang aku tinggal kat Blok B Taman LTAT, Bukit Jalil. Berbanding blok2 lain, Blok A dan B ade beberapa pak guard yg jaga 24jam (mungkin bekas2 tentera diorang ni). Sampai kehari ini..masih ade lagi brg2 aku tak abes angkut lg kat umah lama tu..kerana aku mengamalkan konsep ’Satu Hari Satu Barang’..Phuii..dah beberapa hari aku tak amalkannya.. teringat jugak bilik lama dan kenangan hampir 2 tahun duduk kat situ..Kak Syida mungkin jgk tak rindukan aku..hukhuk..xpelah..aku bukannye sape2 pon..Timakasih Kak Syida!

Persoalan dan hakikat yang masih bermain2 di mindaku..
~Aku hilang kereta selama 7 hari!
~Adakah pembeli pertama bersubahat dgn pencuri kereta?
~Jika tidak, adakah Kak Ros dan pembeli pertama mempunyai talian persaudaraan?
~Bagaimana pencuri mencuri keretaku dan tidak kereta org lain yg tak b'stereng lock lg?
~Adakah pusat servis Puchong bersubahat dengan pencuri? (aku servis kereta 2 minggu sebelum hilang, tinggal segugus kunci keta dan keta dari waktu lunch sampai pkul 6 ptg)
~Apakah penyebab isteri Sarjan Misai meninggal? ehh..

SEKIAN..

3 comments:

  1. Jadi kesimpulannya, pencuri tu kena tangkap ke x...??knp k.nik ckp pencuri tu nama Zaidi bin Rahim (Sila google,, pasti ade..)?? mmg betul ke...??

    ReplyDelete
  2. Pencuri tak dapat tangkap..sbb mcm tutup kes..tu yg sy kena bebel dengan sarjan misai..hikhik..cubalah gugel..Zaidi bin rahim tu sindiket curi keta yg brgerak scr kumpulan sekitar KL

    ReplyDelete
  3. uwaaa....be careful yeah...sabar lagi..

    ReplyDelete