Wednesday, May 16, 2012

Demam Rindu & Jatuh Hati





DEMAM MALAM

Sejak hilang kereta, environment kerja berjalan dgn perlahan sekali..bulan April dan May 2012 begitu under control..tak seperti tahun lepas, bulan May bulan pecah kepala..
Dengan cuaca yang tak menentu di awal May, aku mengalami demam yg agak pelik.. ianya melanda pd waktu malam sahaje..sehari selepas aku bermandi hujan ketika lunch..

Malam pertama~Mujurlah Nor ade kat umah minggu itu, aku minta tolong dia ambik itu dan ini..badan panas, tak larat nak bangun, takda selera nk makan (tapi rase nak makan gulai daging panas dgn nasi putih tak kesampaian), bila mandi menggigil satu badan..Makan Panadol Actifast dan balut kepala dengan tuala kecik basah time tido..Esoknya aku bekerja seperti biase..Sukses.
Malam kedua~Lepas balik kerja, terus pening, sama mcm malam pertama, malam kedua aku minum 100Plus + Panadol Actifast, balut kepala..tido dalam keadaan berpeluh..Esoknya aku bekerja seperti biase..Sukses.
Malam ketiga~Sekali lagi simptomnya sama, sampai rumah, tak larat nak bangun dan panas. Aku mula bertanya Encik Gugel perihal demam malam..jawapan yg aku jumpa adalah Demam Kura-Kura, Demam 'ada isi' (yakni pregnant)..OMG aku belum berlaki lagi..Esoknya Sukses.
Malam keempat~selepas magrib dan selepas menghantar Nor berpindah ke Kampung Baru KL, lebih parah aku sakit belakang yg teramat..tak boleh berdiri..aku mcm rase nak sembahyang duduk jew..tetibe panas badan melanda..terbaring jew malam tu~aku mula risau, adakah Demam Denggi? Sakit Buah Pinggang? atau ajal semakin dekat?..Jauh bebenor mikiornyerr..
Aku malas nk pergi klinik malam2..

Demamku kebah esoknya,  tak sakit belakang dah..tetapi beberapa hari selepas itu, ia dtg semula pada Petang Khamis. mase tu aku dirumah baru..kali ini aku mengalami bengkak gusi..sangat Damn! keje tak boleh fokus, lalu ptg itu aku pi Klinik..inilah jawapan doktor yg belajar ilmu perubatan dari Ireland itu..
Demam Malam mungkin terjadi akibat dari virus bengkak gusi (Gingivitis) yg mula menjalar pada malam pertama. itu saje? iyer itu saje..aku mcm tak yakin je dgn jawapan doktor ni..lalu dia bagi ubat itu ini..
Aku makan ubat tersebut, yg peliknya lepas jumpa doktor tu aku terus sembuh dari demam malam..cuma bengkak gusi ni yg aku tak tahan.. aku rela demam dari sakit gusi camni..Nak makan susah..jadi aku takdek mood nak makan..

JATUH MOTOR
Tadi balik keje..kat simpang traffic lite LTAT menuju ke Kinrara, mase lampu tgh merah dan sume keta berhenti, tetibe ade sebuah motor terbabas ditengah2 keta berhenti..huhu naseb baiklah..aku tercengang tengok 2 org ank muda itu terjatuh..mcmane motor diorg jatuh..bukan tuannya yg jatuh..motor tu jatuh dulu..nk kata jalan licin tak ujan.. kesian gila aku tengok diorg dari jauh. mereka berdua bangun, pemandu kereta sebelah kanan mereka (Lelaki melayu) tolong mereka angkat motor bawak ke tepi dan bagi beg yg tercampak.. tetapi pemandu sebelah kiri mereka (Lelaki cina) keluar dari kereta dan terus melihat keadaan kereta besarnya samada bercalar atau tak.. PHUiiii!

2 comments:

  1. Bengkak gusi nk tumbuh gigi ke...??hehhee...
    lawak lak baca ayat demam kura2 atau demam dh ada isi tuu...hahahha...

    ReplyDelete