Tuesday, April 24, 2012

Tuhan sedang mengujimu..

Selamat Pagi..

Aku bangun semula awal pagi ni utk basuh kain..
Sebab aku xleh tido..panas membahang hari ni..
hampir sebulan tak update blog ni..
Macam2 berlaku..

Seminggu sebelum kejadian..
Jangkamasa seminggu sebelum kejadian, aku sensitif sgt (Mungkin hormon xstabil nak dtg bulan?..)..Mungkin..
Aku mcm byk makan hati la..(bukan hati ayam)
Setiap hari airmata nak keluar..puas tak bagi keluar pun..keluar jgk..
Airmata tidak murah sebenarnya bagi seorang perempuan juga sangat mahal bagi seorang lelaki..
Ia mewakili 1% air dan 99% perasaan..

17 Apr 2012..Kesensitipan hatiku berada dikemuncak..
Dari pagi rasa tak kena..bukan rase tak sedap hati..cuma rase nak marah, rase nak nanges je..
Bulan ni byk bertahan dgn hati..tak puas hati smpai hari tu aku menghempaskan mouseku sekuat hati..Sian mouse..naseb baik tak rosak..
Aku tak suka org pilih kasih..dgn org lain manis mulut manis muka..dgn aku masam mencuka jawab nak tak nak..
Apelah salah aku yek..teruk kot aku ni..
Sebab kerja, aku telan sume..tak sangka ade org tak suka aku..aku mesti bekerja dgn ikhlas..
Aku tak suka simpan lama2 rasa tak puas hati krn aku tak suka menghodohkan wajahku dgn perasaan negatif.
Aku kena ingat 'Jangan terlalu mengingati kesalahan org lain sehingga terlupa kesilapan diri sendiri'

Petang itu
, meeting bertiga..bos tegur itu ini..memang tak mengapa..mmg karenah bos begitu..sikit pon aku tak ambik hati..
Tapi..kenapa ada yg tak henti2 menyindir..seperti sedang menolak-nolakku atau memijak-mijak tanganku yg sedang bertahan bergayut bergantung didahan..menunggu masa utk jatuh ketanah..
Sampai ke satu tahap aku nak campak pen dan menjerit 'Shut up!'
Beristighfar dlm hati..airmata sudah bertakung..
Mcm2 aku wat mimik muka agar airmata masuk balik dan berusaha mengingati perkara2 lain..
Selepas sejam lebih meeting..aku tak dapat bertahan..Aku rase spt sudah jatuh terjelepok ketanah..
Mungkin bos pelik lalu berkata 'Jangan stress'.. aku bukan stress..
Selepas hampir 2 tahun kerja, ni la pertama kali aku tak dpt bertahan depan diorg..
Aku menangis teresak2 dlm bilik tu..
Diorg cepat2 keluar..
Masa tu takda sapa bg kekuatan..aku berperang dgn perasaan sendiri..

Sampai rumah jam 7.15mlm..lama duduk dalam keta..sedih je rase..
15 minit dalam keta tak berganjak..
Sampai ade beberapa org tu pelik tengok aku duk lama2 dalam keta..
Yelah sbb aku sudah lock stereng n lock besi panjang tu tp masih tak keluar2 dari keta..
Hmm kalaulah kutahu itulah saat terakhir aku berasa disampingmu kesayanganku..

Malam tu mataku berat sbb byk airmata keluar hari tu..hati rase mcm nak hantar surat berhenti kerja sbb malu..tp bila fikir kereta kena byr bulan2..kena kuat!
Honestly.. aku memaafkan kesilapan yg berlaku dan berazam utk semangat bekerja dan melupakan kejadian tadi keesokannya..
Hampir 12 malam. kak syida berdiri ditepi tingkap..aku masih didepan laptop depan tv.
kak syida bertanya mana aku parking keta..Aku pergi ke tepi tingkap dan melihat ketempat aku parking keta jam 7.30mlm td...
Aku tersenyum tengok kak syida..(dah start bingung) lalu bgtau dia kat situ aku parking keta.. mana keta aku?!
Lalu kak syida ajak aku turun tengok keta..
Kak syida tak sedap hati aku pula bingung..
Tak tahu nak buat ape..airmata langsung tak keluar..aku bingung sebingung-bingungnya..
pergi ke balai polis bukit jalil buat report, then ke balai polis Pudu..
berkali2 aku mencubit diri sendiri..bermimpi kah aku..
Pukul 4pagi selesai report polis
Aku tido utk melupakan semua dan berharap kereta hilang hanyalah satu mimpi bila aku bangun keesokkannya..

Hanya org2 yg ada pengalaman mcm aku yg tahu perasaan ini..
kecewa..bingung..
aku takda sesapa pon..tp kenapa satu2nya harta aku pun Dia ambil juga..
dan aku tak sanggup berasa kehilangan sebegini
Susah payah aku kumpul duit nak beli kereta, setiap bulan aku cukup2 makan demi kereta..
Lalu ia hilang sebegitu sahaja..
Sekarang aku takda apa2..kebahagiaan aku cuma keluarga,kawan2,kerja..

aku kasihan dgn keretaku..ntah apa jadi skrg..
Kerja juga memahami..saat2 ini tak byk kesana kemari..

Aku cuma berdoa agar tuhan sentiasa bagi kekuatan utk menghadapi semua ini..semua sekali..
Ia seperti satu musibah, bila perkara ketiga itu menimpaku sekarang..
perkara pertama, hatiku..
perkara kedua, kesakitanku..
perkara ketiga, hartaku..
Dan ketiga2nya aku kena hadap sekarang..
Semuanya akan kembali normal dan tenang satu masa nanti dengan izinNya..

Ya Allah, ujilah aku dgn sebegini ujian tak mengapa,
jika ini mampu menghapus dosa2ku padaMu..
jika ini mampu menghapus dosa2 ku pada arwah ibu bapaku..
jika ini mampu menghapus dosa2ku pada insan lain..


Setiap hari aku pasti akan menjenguk ditepi tingkap utk melihat harapan..
harapan kereta dipulangkan..
Sungguh aku rindu...


Beberapa jam sebelum hilang..ni lah first time aku parking keta camni-parking punggung kat depan opis..

1 comment:

  1. Huwaaaa....sedihnya kalau kete hilang!!!! sabar k.nik...Allah tahu k.nik kuat, tu Allah uji...insya Allah ada perkara yg lebih baik akan berlaku...hbs tu, g keje cmne skrg....?

    ReplyDelete