Friday, March 9, 2012

Antara Kak Ri dan Si Dia


Nama pendekku Kak Ri
Aku bertemu dgn si dia sekitar Ogos2011 kalau tak silap
Hari itu aku duduk bersahaja didalam Shopping Mall yg tak lah terkemuka sgt-dekat Parkson OUG.
Tetibe dia melihat-lihat diriku yg duduk berseorangan di satu sudut.
Dia menegurku, dan bertanya sesuatu pada org lain tentang diriku..ermm
Mula-mula dia spt berkira-kira..tapi kulihat dia tak kesah memandangkan dia mungkin sudah jatuh hati dengan diriku agak comel ni. :P
Dengan tak pikir panjang dia terus berkenalan denganku.
Kesana kemari dia membawa aku..tak kira hari ape, setiap pagi dia mesti tersenyum padaku
(tapi taklah sampai ke toilet atau bilik tauu)
Hmm..dia pernah membawaku berjumpa kawan-kawan seangkatan denganku..biarlah aku gelarkan kawan-kawan seangkatan denganku ini Si Kuning, Si Hijau, Si Putih, Si Grey
Diorang ni gelarkan aku Kak Ri Pink! Mcm haremm..
Aku sayangkan dia dan sentiasa menjaga dia sehinggalah aku jatuh sakit satu hari
Bukan aku salahkan dia, dia tak pernah bawak aku tgh2 hujan dan lumpur pun
Dia sentiasa melindungi ku.
Satu hari aku tengok dia susah-susah aje bawak aku jumpa doktor..dekat kampungnya..jauh tuu!
Doctor tu ckp ..aku mcm tak boleh diselamatkan..aku rase sedikit takut dan sebak
Ada riak hampa diwajah dia
Dia tinggalkan aku seharian disitu untuk dirawat.
Semasa dirawat, aku pulih tau..tapi aku tak bagitau dia (konon-konon nak buat surprise la..)
Esoknya dia datang dan mengambilku dgn penuh kegembiraan dan kesyukuran
Aku rase hepii sgt kerana dapat kembali bersama dia
Tapi kegembiraan tak berpanjangan kerana tak kusangka buah cempedak menjadi nangka.
Aku jatuh sakit semula, kali ini agak kritikal
Masa tu dia tak perasan keadaan aku makin teruk
Bila sampai dirumah, dia memandangkan aku dgn penuh kesedihan
Sedih melihat aku sebegitu rupa..
Patutlah dia rasa tak selesa dan tak sedap hati
Aku tau dia sentiasa berharap dapat kembali bersamaku
Sedih aku lihat dia asyik bersama dengan Si Kuning aje..jeles pulak rase
Aku tau..dia bukanlah suka sgt dengan Si Kuning tu pasal dia dah 2 kali jatuh terjelepok atas tanah pasal Si Kuning tu la..
Satu hari, dia pernah berkata padaku ‘Hari hari saye bersama Si Kuning, bilalah saya akan bersama dgn awak, susah saya nak cari yg mcm awk, mungkin sampai disini saja………’
Dia sangat sayangkan aku..aku tau mungkin aku takkan ada harapan untuk bersama dia lagi
Dia takkan melupai aku kerana dia sentiasa meletakkan diriku di bonet keretanya dengan harapan dia akan jumpa doktor yang boleh merawat aku lagi..
Sekian.

Watak utama: Kak Ri (Kasut Pink Carlo Rino)
Heroin : Si Dia (MokNiq)
Watak Tambahan: Si Kuning (Sepatu Kuning)
Watak Berbayar : Doktor (Tukang Kasut)

1 comment: