Tuesday, March 20, 2012

10 tahun lalu..

Buat seseorang yang bernama ayah..Ayahku…
Ayahku..nama glemernyer..PokNik..sebut saje poknik..ramai orang kenal
Ibuku pula org gelarkan Moknik atau kak melah..mungkin tak seglemer ayahku..
Ayahku ..anak anak semua panggil sebagai ‘Chek’
Ibuku..anak-anak semua panggil sebagai ‘Mek’

Aku banyak menurun mak-wajah dan bentuk badannya mungkin, tapi kening aku menurun kening bapak aku..itu saje yg adik beradik pompuan jeles dgn aku..kihkih
Biarlah hari ini kuceritakan hal ayahku sahaja..
Chek seorang peneroka..dari pagi sampai ke petang dia cok buah kelapa sawit,lepas tu kekebun menguruskan kebun dan kemudian menjual hasil tanaman di pasar.
Bila abes sume keje itu, kadang2 dia pergi semula ke ladang kelapa sawit untuk tengok lembu2 lembunya yg subur membiak.
Aku sendiri pernah pergi ikut dia pergi ladang dan kebun..dimasa kecilku..naik Honda cup 70 lampu bulat tuw..
Kebun itu seingatku sangat cantik..ada aliran sungai kecil dibahagian belakang kebun utk menyiram hasil tanaman.
Check pandai menyusun susunan tanaman..dia tanam mengikut baris sayuran2..ada bendi, kacang panjang, cili, terung, sawi, kangkung, timun dll
Pada bahagian lain kebun ada buah rambutan, durian dan pisang.
Aku juga pernah ikut dia pergi jual dipasar..mase tu aku sangatlah kecil..tengok je dia jual..adik beradikku yg lain ntah buat ape aku tak ingt..ramai sgt mungkin sibuk bermain2 dgn kawan2 lain kat rumah

Dia seorang peniaga yg baik. Kadang2 bila abes jual, aku tengok dia kira2 duit kat tangga dalam umah..kadang2 juga dia bagi duit tu pada anak2 sebegitu saje. Syok jugak tgk dia kira2 duit..dia susun dengan rapi sekali.
Chek memang peramah dan kelakar orangnya.
Tapi dengan anak-anak, dia sangat tegas, bengis , serius, sampaikan sume ank tak berani nak bermanja dgn dia..minta duit belanja sekolah apatah lagi.
Tapi kdg2 aku tengok chek romantic gile kentang dgn mek :D..ya mmg dia seorg lelaki yg romantik
Anak2 dia pon ade mewarisi perangai dia
Hmm..tak banyak kenangan aku dengan dia
Dia serius..mgkin juga mempunyai ego yg tinggi berdepan dengan anak2..tapi tidak dengan kawan2nya

Antara kenangan yg aku takkan lupa adalah :
1.       Buat kad pengenalan kat Segamat
~Pergi dgn kakak dan suaminya naik kereta..pagi2 lagi pergi segamat bersama..aku dan chek pergi pejabat pendaftaran dan kami tak jumpa pah sudah kakak dan suaminya..kakak pergi supermarket sementara tunggu urusan aku tak selesai lagi..maklumlah dulu xdek telepon bimbit..puas kakak mencari kami lepas tu..kami juga puas mencari kakak smpai lah petang. 
Mase tu umurku 11tahun.. aku nak nanges sangat menunggu berjam2..chek pula sangat sbr orgnya. Dia ajak aku pi makan roti canai, tapi aku xnak..smpai pukul 2lebih..dia suh aku tunggu tepi jalan..manalah tahu kakak akan ternampak aku sementara dia nak pi surau solat zohor..tapi aku xnak ikut ckp dia..aku ikut dia pergi surau jgk..petang tu, kami terus menunggu dan duduk di sebuah kerusi tepi jalan depan Pasaraya Matahari..masa tu aku nak nanges sangat2 tapi aku tahan sbb dah letih menunggu hampir 10 jam. Berkali2 ayahku dail telepon rumah keratong tapi xdapat2..aku tengok saje kat belakang dia..sudah lewat petang dan akhirnya kami pergi ke stesen bas segamat.
Sebelum naik bas, chek dail lagi telepon rumah, tapi xdpt lagi, tiba2 seseorang sebaya dgn dia tegur. Chek bagitau kenapa tak dapat..rupanya2 dia tak dail 09-XXXXXXX..yelah kena la tekan nombor tu pasal situ area Johor. Aku senang hati dapat naik bas dan balik rumah..yeay..sampai rumah kakak dah ade, dia terpaksa balik sebab tak jumpa kami, babynya pula meragam..hmm ntahlah aku tak taulah ape yg terjadi selepas itu pasal aku bebudak lagi..

2   Tertinggal aku
~Chek mmg kena antar dan amik aku dari sekolah.walaupon tak jauh tp aku selalu nanges sbb chek selalu lambat balik dari ladang utk hntar aku gi sekolah. Aku dan abgku sesi petang sekolah. Abang aku cool je..aku tak boleh..aku selalu memberontak! Selalu sgt kami berdua kena jalan kaki. Ade satu tahun tu..abg aku dah naik sesi pagi..maka terpisah lah kami..jadi aku selalu kena jalan kaki sorg2 gi sekolah..aku tak suke chek lambat balik. Makanya ade sorang pakcik ni selalu tumpangkan aku gi sekolah bila dia nampak aku jalan kaki ..selalu sangat..disebabkan pakcik ni ade ank pompuan sekelas dgn aku makanya aku tepaksa duduk atas besi kat motor Honda cup pakcik ni..gemuk sgt aku mase kecik. Arggh..takpelah asalkan aku dpt naik motor :D
Aku paling lega bila nampak chek ade tunggu kat luar sekolah bila time balik sekolah..
Satu hari, satu incident telah berlaku..mase tu balik sekolah. Aku letaklah beg sekolah kat raga moto..time nak naik tu, chek nonong je press moto dan berlalu pergi..aku terpinga2..makanya seorang kawan dia memekik ‘woii..anok mung tetinggal ni’ haha..chek patah balik ambik aku yg terpinga2 seribu bahasa.

Atas moto ke sekolah agama waktu pagi 
~Masa tu aku darjah 2, sampai sekarang aku masih ingat kata2 dia mase aku duduk belakang dia atas moto. Chek cakap ‘ani dah besar nnti nak jadi ape?’ Hmm mcm biaselah jawapan stendet bebudak kecik ‘nak jadi dokter’. Chek sambung ‘kalu macam tu kenalah belaja rajin-rajin’

4   Dia cakap kelasku mcm kandang
~Mase aku darjah 2 juga, aku telah tercampak ke kelas buta huruf dan buta nombor sbb matematik aku markah 0. Walaupun aku pndai membaca..tapi aku tak tau knp  prestasi aku merudum mase darjah 2.. walhal aku budak pandai mase sekolah tadika dan darjah 1. 
Cikgu Mazlan yg kacak dan gatal tu cepat betul menghukum aku..maka aku tercampak ke satu kelas buta huruf bersama budak buta huruf dan jahat. Yg paling aku tak leh terima, aku takdek kelas..memang merempat je keja aku..jeles aku tengok bebudak lain ade kelas..kami sume kena menumpang kalau2 ade kelas kosong. 
Sampai la satu hari kami sume ditempat di satu bengkel..ni bukan kelas namanya, dah mcm tmpt org potong kayu kayan. Satu hari, cikgu suruh ibubapa datang sign buku rekod. Mcm2 aku plan mcmana tak nak bagi chek datang.. maka satu hari datang juga chek sign buku rekod yg byk markah merah dari biru. Balik rumah, chek ckp kat org lain ‘kelas Ani mcm kandang lembu’. Abangku ketawakan aku. Aku pula terase hati. 
Mase ni baru aku kenal ape itu erti berusaha. Aku naik semula menjadi seorang murid yg berjaya..walaupun aku tercicir ke kelas buat huruf, 3 tahun aku naik pentas sbb dapat no 1 (dapat hadiah check yg bernilai RM7) byk siot nilai RM7 mase tu. Sekolah agama pon aku selalu dpt no1 (dapat hadiah kain pasang sekolah)…dan akhirnya Cikgu Mazlan selalu memandangku dari jauh. Aku tak pernah membencimu Cikgu Mazlan :D

5     RM 10 utk birthday ku
~ Aku tak pernah sambut birthday mase kecik.. hanya aku sorg je yg tau tarikh lahir ku.. tapi ade satu tahun tu, tetibe chek bagi RM10 kat aku mase birthday.. aku tau dia pon tak tau hari lahirku tp mungkin tuhan nak bagi rezeki pada hari lahirku.

6     Tabung
~Aku memang menabung mase sekolah rendah dlu.. tapi aku paling takut kalau2 chek ternampak tabung yg penuh duit syiling tu..tabung tu aku buat dari bekas bedak. Macam2 aku plan sorok tabung tu dari dia. ntah kenapa aku takut sgt kalu hal2 melibatkankan wang ni..Kadang2 aku sorok bwh katil,bawah tilam, penah nak korek tanah simpan dlm tnh tp xjd. Sampailah satu hari, chek terjumpa tabung tu dan marahkan aku dan sbb aku tak jawap pertanyaan dia ~dari mane dapat duit sebanyak itu..hmm mmg aku tak reti berbohong dan tak reti menjawap soalan. Yang aku tau nanges je..

Kasut pengawas
~Kasut hitam pengawas aku selalu koyak..maklumlah kasut murah mmg le tak tahan. Tiap2 minggu sebelum hari Isnin, mesti aku bersengkang mata menjahit kasut. minggu depan koyak lagi, jahit lagi..
Sampailah kasut tu tak boleh dijahit lagi. aku mula risau mcmane nak gi sekolah.
Aku bagitau mek nak kasut baru. Tapi aku hanya memendam rase je. ntah mek bgtau kat chek ke tak ni.. aku takut nak bgtau chek yg aku nk kasut baru. Seharian aku duduk dlm bilik nangis nak kasut baru sbb esok nak sekolah.. dari pagi smpai petang takdek org pedulikan aku..
Sampailah Magrib, aku still tak kuar bilik dan meraung nak kasut baru..tak makan tak ape.
Tetibe je mlm tu, chek bagi aku sekotak kasut hitam yg baru..yahoo..leganya xdpt digambarkan dgn kata2. tak sia2 aku berendam air mata! tapi seksa sunggu rase hatiku..

Beskal
~Sebagai kakak yg mithali, aku berkorban utk membiarkan adik2 ku naik moto gi sekolah..sian pulak tengok ayahku byk kali kena ulang alik hantar amik kami sume. Jadi aku mulakan plan utk mencari duit utk membeli beskal..alaa..beskal pompuan raga didepan tu. Macam2 aku masuk peraduan itu dan ini..peraduan melukis rancangan kanak2 kat tv2 tu aku bedal 'whatsup doc?' tak silap aku. Jadi bertungkus lumus aku melukis dan mewarna utk hantar ke rancangan tu tapi no respons. Hal nak beskal ni aku tak penah bgtau sesape. lagi2 pada bapak aku yg sorg tu.
Hadiah bernilai RM200 tau. aku berangan boleh lah beli beskal.
Tapi nampaknya tak membuahkan hasil. Maka di satu petang yg indah, tetibe chek tanya 'Ani nak beskal warna ape?' perghh terus tnya warna ni yg tak tahan ni..Aku ckp nak warna merah. Dalam hatiku berbisik, manelah bapak aku tau aku nak beskal ni..kuat betul naluri dia.
Lalu satu hari yg tak disangka, chek balik dari Segamat dengan menaiki teksi. Aku tengok je di pintu rumah..pergh 2buah beskal, 1 beskal ade roda utk adik bongsu dan satu lg beskal gegerl wrna biru raga didepan utk akuu..yihaa..

7     Pesan ‘Jaga aurat'
~Sidai kain kat luar rumah tak pakai tudung. Chek selalu pesan tutup sikit rambut tu. Tapi mek lagi advance..mase tgh syok sidai kain dgn tak pakai tudung..mek trus tarik2 rambutku..tarik sekali telinga..aduii sakit tau..degil sgt aku mase remaja dulu..lepas tu aku sikit2 tutup..memula tu pakai tuala kecik sj. Lama2 bolehlaa…

Sedap ke?
~Satu hari mek xdek sbb kena jaga kakak bersalin dan aku terpaksa masak..first time masak sbb mek xdek. Ermm, boleh pulak aku goreng ikan kembong masak merah combine sekali dgn telur. Aku pecahkan telur dan kacau sekali.. Erkk..aku letak cili kering dan sos je pon.. mkn dgn nasik putih. Boleh pulak chek ckp ‘Sedap jugak ikan ni..’ 

      Volunteer ke depan
Di dewan pagi itu, ada perhimpunan ape ntah antara cikgu, ibubapa semua pelajar tingkatan 4.
Ade sekali timbalan menteri besar Pahang. Sesi soalan dimulakan, ibubapa volunteer tampil kedepan, terkejut monyet aku tengok bapak aku pergi kedepan Tanya guna mikropon kat timb. Menteri tu pasal wang biasiswa ank2. Ermm.. terharunya aku ade bapak yg berjiwa satria ni. Alhamdulillah, kebanyakan adik beradikku dpt biasiswa mase sekolah menengah.


19 March 2002~10 tahun lalu dia sudah pergi, saat dia pergi tiada seorang pon anaknya berada disisi.. dia mati mengejut seolah2 nyawa tidak dicabut dari hujung jari kaki. 3 jam sebelum kejadian, dia menonton tv, aku mengambil sesuatu diats almari didepan dia, barang itu terjatuh dan menghentak ke lantai dgn kuat, dia marah sgt dgnku krn buat dia terkejut.. selepas itu aku solat dan menangis kerana terasa hati dia meninggikan suara padaku. ntah kenapa malam tu aku sensitive. Selepas itu aku pula menonton tv. Discovery channel menyiarkan pasal mumia firaun di mesir. Kakakku masih berpantang. Chek dibilik tiba2 susah bernapas..kami memohon bantuan jiran2 bawa dia ke hospital. Sangat kelam kabut sehingga mek tak sempat ikut pon.. abg ipar pula tiada di rumah. Aku juga tak dpt ikut. 
Tapi aku dapat rase mungkin aku tak akan berjumpa lagi dgn chek.. kenapa aku berpikiran sebegitu sedangkan chek masih dlm perjalanan ke hospital. Lantas aku dirikan solat dan berdoa..dan saat bila dgr kakak ckp ‘chek dah meninggal’ aku rase seperti jantungku berhenti sesaat dua. Ermm..sukar diceritakan bagaimana ia berlaku.. aku berasa sgt sedih. 
Chek pergi dgn seribu ketenangan, dapat lihat diwajahnya. Tetapi  aku sedih krn tak sempat membalas jasa2nya.. aku selalu berangan nak bagi chek jam tangan bila aku dh bekerja nnti pasal jam tgn yg dia beli kat pasar selalu sgt rosak. 
Dalam surat kematian, doctor mengesahkan sebagai serangan jantung. Ya..aku tau ini sume kesan dari merokok juga,,walaupon dia ade darah tinggi. Arwah tak merokok, tapi dia sgt kuat merokok sejak akhir2 usia itu..mgkin kerana kwn2 dia sume merokok. 
Semoga rohnya dicucuri rahmat..aku senantiasa doakan keampunanmu disetiap solatku..Semoga saat ini kau berada bersama2 dgn arwah mek, keluarga dan sahabat2 yg telah pergi disana. Insyaallah kita sume akan berjumpa di syurga nanti. AMIN Ya Rabbal Alamin.. 

Bapak aku mmg hensem, idung mancung..yg pakai tudung merah tu bukan aku tp cucu dia..

3 comments:

  1. Innalillah....mudah2an roh Arwah ditempatkan di kalangan org yg soleh...sedihnya baca... :(

    ReplyDelete
  2. hahaha..xkata dah..mula2 suka saya bc..kelakor yg tertinggal anak tu kt sekolah..tp last2 sedih..nak menitik air mata..

    bgus karangan anda panjang, lengkap, padat,sy bg gred A++..

    SY menunggu episod seterusnya..

    ReplyDelete
  3. Thanks a lot haliza dan tini..

    ReplyDelete