Sunday, February 26, 2012

..yang bernama Dugaan

Kita sering mendengar 'Dugaan' pabila sesuatu buruk berlaku.. Dugaan ini subjektif. Manusia diduga dengan pelbagai cara. Ada ke seseorang insan di bumi ini tak diduga? Jika ada, insan tersebut agak malang kerana tuhan tidak memberi perhatian kepadanya..
Dari kecil hingga dewasa, aku juga telah melalui pelbagai dugaan dan rintangan. Ia membuatkan aku menjadi seorang wanita yang agak kuat dan sabar. Ingin kukatakan bahawa aku masih lagi lemah tp tak mengapa kerana aku bukanlah sebatang kara. Alhamdulillah.
Mungkin dugaan itu juga mematahkan keegoanku yg sgt tinggi sebelum ini. Patah dan jatuh kebawah. Manusia boleh berubah. Aku bukan seorang yg sangat ego sekarang ini. Mungkin setelah arwah mak pergi 2 tahun yang lalu..
Bulan ini sudah suratan takdir jodoh kakak sulungku begitu..bergelar seorang Janda. Dia tiada harta, tiada ilmu yg tinggi, tiada kerja dan 5 orang anak yg masih kecil adalah satu2nya harta dia dunia akhirat. Tiada niat utk kuceritakan baik buruk dia dan keluarganya disini. Semoga dia tabah melalui perkara ini.
Tetapi, satu hari adikku terbaca coretan ank perempuan kedua kakakku yg berumur 10 tahun ni didalam buku notanya. tak abes baca, ank sedaraku ni ternampak lantas melarikan bukunya itu dan mengoyakkan helaian ini. adikku pura2 buat tak kesah, anak sedara senyap2 ke dapur utk membuang helaian kertas ini dan beberapa minit kemudian adikku mengambilnya.....
Begitu tinggi harapan anak sekecil ini dan sudah memahami apa yg berlaku.

Duit simpanannya baru berjumlah RM31.20
Melihat perkara ini membuatkan aku bersyukur, masih ade lagi org yg lebih susah dari aku.. sebab itu aku sebolehnya berusaha utk mengurangkan keluh kesah dan merungut..
Anak2 ini tidak diajar dgn kemewahan dan kemanjaan berlebihan..dunia kini semakin mencabar, Diharap dengan pengalaman ini, mereka semua cepat matang dan tidak memberontak, kuat berusaha dan jatuh bangun sendiri seperti aku di waktu kecil.. :-) . Biar susah diwaktu kecil, besar nanti menjadi org yg berjaya dan senang. Ibu mereka pasti bahagia.
Aku akan membantu apa yang terdaya dan seikhlasnya..

2 comments:

  1. sedihnya kak niq huhu kecik2 lg dah melalui macam2 perkara dalam hidup...

    ReplyDelete
  2. bukan akak sorang dik..sume org melaluinya kan

    ReplyDelete