Sunday, December 4, 2011

Siti Fairus dalam Kenangan


Wargghh..lama tak update ni..sian blog ini..tuan punye blog asyik menyibukkan diri dgn benda lain..last post is about Antara Sahabat dan Kawan. Mmg banyak perkara nak diceritakan tapi asal nak mengarang jer, aku pi bukak games The Sims Social, asal nak mengarang je, aku pi layan citer korea. Ape pon tak boleyy :-P
Baik lah sebelum Nov2011 pergi aku ingin bercerita tentang sahabatku ini, kisah ini berlaku sekitar bulan Oktober 2011:-

Arwah - tudung putih
Jun 2011


Last wishes..
Sekitar majlis perkahwinan Mira ~ http://niqstories.blogspot.com/2011/07/b-ulan-jun-xdek-post-lg-rupenyer.html, Yus datang juga tp kedatangannya agak lewat. Aku agak keletihan lewat ptg itu yg menyebabkan aku kurang berborak dgn yus. Aku lihat yus dari satu sudut.. sehinggalah kami menghantarnya pulang ke rumah, dalam kereta Fizah, aku duduk didepan, Yus dan Aini duduk di belakang, ketika salam terakhir dgnnya, aku menggenggam erat tgnnya kerana dalam hatiku, susah utk kami semua berjumpa lg selepas ini. Sebelum kereta beredar,kami dan Yus saling melambai2 tp pd mase tu aku melihat pandangan sayu Yus..aku juga sgt sayu.. kalaulah aku tahu ini adalah pertemuan terakhir aku dan Yus...hmm

Jumaat-07Oktober

Minggu ini aku dapat berita tentang keadaan Yus-Dimasukkan ke ICU dan kritikal. aku sebenarnya tak sedap hati bila dengar perkataan kritikal, lagi2 bila doktor dah suruh keluarga berkumpul..hmm yelah sbb aku dah ade pengalaman lalu.. tapi kesibukan kerja menyebabkan kerisauan hati dpt ditampung..minggu itu aku plan nak gi Kelantan lawat Yus naik bas express, tp mungkin dah takdir, masalah kerja menghalangnya..mase tu aku pikir mungkin Tuhan nak aku pegi minggu depan agaknye..adelah tu hikmahnyer-pujuk hatiku yg serba salah ni..

Jumaat-14Oktober
Tiba2 Mira call aku pada minggu ni bgtau dia mau balik Kelantan, Mira ajak aku balik sekali dgn dia. Dengan ini, aku kena berhempas pulas memastikan masalah kerja minggu lepas tidak berulang demi tidak menghampakan Fizah dan kawan2 yg menunggu kedatangan kami..dan hasrat besarku adalah utk membisikkan sesuatu di telinga Yus, membacakan surah yasin utknye krn dia dalam keadaan  spt koma. Yus ni kawan sejak kecik lg dgn Mira, smpailah belaja kat Poli. Kehilangannya lagilah dirasai oleh Mira. Berbalik pd saat genting aku mahu pergi ke Kelantan bersama Mira, hmm aku mmg fedup dah mase tu dgn kerja wep ade error-pending..kenapalah time aku nak pegi jauh ni ade jer masalah. Teringat plak aku mase nak pi Pulau Perhentian awal pg tu..haa yg tu lagilah malam kritikal besar punyer bagiku sebenarnyer..sakit hati raser.. ~ http://niqstories.blogspot.com/2011/07/panggilan-pulau-perhentian.html
Mira nak bertolak malam, berkali2 dia msej mitak confirmation tp aku xleh bg confirmation about time..yg confirmnyer aku mesti pergi Kelantan malam tu jgk! seharian aku mengejar masa utk siap wep dari pagi lg tp tiba pkul 6 ptg masih belum settle.. hampir pkul 8mlm aku masih di TPM dan akhirnya pkul 8.30 aku keluar TPM dgn perasaan bercampur baur... Sebenarnya aku sgt penat..badan dan otakku yg tak berjambul ni sgtlah letih.. sehinggakan bila smpai umah, aku rase tak sedap hati, aku rase mcm takut2 accident mase pejalanan ke Kelantan..rase nak cancel jer mlm tu gi Kelantan tapiii..mase packing baju dlm beg, tetibe jantung bergerak laju, mmg xsedap hati smpai Sah dan adikku Nor nampak perubahanku..
Tapi aku gagahkan juga pegi..aku pi rumah Mira di Sungai Besi dan parking kete kat sane, dan kami berdua bertolak dgn Myvi Mira dlm pkul 10 mlm. Maaflah Mira, hala pegi ni aku xleh tukar2 driver dgn mu sbb aku letih dan ngantuk sgt..minta izin tido sejam spnjg perjalanan tu pon dh ckup bg aku..
Sampai Kelantan 5pagi, kami disambut oleh keluarga mertua Mira yg sgt baik hati..lepas subuh, aku tido barang sejam dua.
Pemandangan rumah mertua Mira bila ku buka jendela bilik yg aku tumpang..hehe

Sabtu-15 Oktober
Pagi tu dlm pukul 9 pagi, aku sedang bersiap2 utk ke Hospital Kota Bharu bersame Mira dan hasbennyer..tp dlm masa itu jugak aku terima panggilan kematian Yus dari Fizah.. Aku terpana..
Kami putuskan utk terus ke rumah arwah krn jenazah sudah berada disana. Aku tak bwk baju kurung pon..sedih jgk pegi sana dgn seluar dan baju kemeja. tp mana lah nak tau benda ni nak jadi..
Antara 8 sahabat, yg dapat melihat wajah terakhir arwah adalah aku, Mira, Fizah, Norji, dan Aini. yang lain2 tak dapat pergi.
Sepanjang perjalanan ke rumah Yus, fikiranku kosong..tapi bila smpai je umah arwah, dan bila tengok je muka Fizah dan Aini.. tetibe je jadi sebak..


Naik rumah arwah, aku lihat jenazah nyer terkujur kaku. lantas aku mengambil wudhuk utk membaca yasin.. Aku tak tau, kenapa hatiku sgt terluka, sedih dan berjujuran lebat airmataku jatuh bila mulakan kalimah bismillah dan seterusnya.. yelah aku sgt berterimakasih pada Allah swt kerana dpt jugak aku bacakan yasin utk arwah seterusnya membuka kain kafan melihat wajahnya yg sudah biru, kelopak matanya tertutup rapat dan nampak wajahnye sgt menderita...
Arwah yus, semoga rohmu berada bersama org2 beriman, aku akan sentiasa doakan keampunanmu. Sebenarnya kamu lebih bahagia disana. Amin.

Siti fairus telah pergi pada 15/10/2011-9.30 pagi. Dia sudah tiada lagi didunia ini, dia mungkin tak  sempat membalas jasa ibubapanya, tidak sempat menikmati alam perkahwinan dan kehidupan didunia yg sementara ini. Dia jugalah sahabat pertama yg menjadikan 9 sahabat menjadi 8. Tak mengapa yus, kamu sudah lama menderita, kamu pasti lebih bahagia disana. Yus seorang yang baik hati, tiada perselisihan antara kami,dia seorang yg pendiam, bukan pemarah,susun katanya penuh sopan dan halus serta lemah lembut. Dia tergolong dalam golongan gadis yang baik hati.
Jadi Nik Anisah, mengapa kamu mengenangkan persahabatan ini, penting sangatkah mereka ini..
jawapannya adalah..NILAI PERSAHABATAN kami sgt tinggi..kenangan antara kami yg dulunya tinggal bersama satu rumah sgt indah, belajar bersama satu kelas, kemana sahaja kami 9 org tak pernah berenggang waima ke tandas pon kami bersembilan..sehinggakan ada yg cemburu melihat persefahaman antara kami.. persahabatan seperti ini sukar ku cari ganti selepas berpisah dgn kamu semua dan membawa haluan masing2 selepas itu..
Jadi mengapa dia ditakdirkan sakit begitu, apa salah dia, dia kata mungkin ini adalah dugaan hidup bagi dirinya. Aku berfikir, sbb itulah umur dia tak panjang krn Allah lagi sgt menyayanginya. Siti Fairus berhak mendapat ketengangan yg hakiki disana. Kamu sgt bertuah yus krn adakalanya di tiap doa solatku, aku menyebut namamu selepas nama arwah ibubapaku,keluargaku..berdoa semoga Allah ampunkan dosa2mu. Jika aku punya waris satu masa nnti, aku harap mereka juga berdoa utk keampunanku setelah aku tiada didunia ini suatu masa nnti..
*Email yg pernah ku kirim buat Yus ~ http://niqstories.blogspot.com/2009/09/ramadhan-3-tahun-yg-lalu.html

*Cerita 9 sahabat ~ http://niqstories.blogspot.com/2009/03/minggu-suaikenal-yg-tak-kenal-sapa.html
Lepas gi rumah arwah, kami mkn disini..nasi ayam..potongan ayam plg besar pernah aku jumpa dalam sejarah nasi ayam
Fizah
Simanis Aini dan Norji..kalau lah kita boleh bersama semula..
Mira dan hasben