Sunday, October 2, 2011

Antara Sahabat dan Kawan

Aku menyayangi sahabatku dengan seikhlas jiwaku..
Sahabatku yg baik adalah dikala senang dan juga susahku..
Ku hulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan..
Tika aku susah, dia mendengar dan mententeramkanku..
Tika aku berjuang, dia bertepuk tangan dan senyum padaku..
Tika aku alpa, dia juga mengingatkan ku..
Tika sama-sama gembira, dia berkongsi denganku..
Tika bersilih faham, aku mesti mengingatkan kebaikannya padaku..
Semakin ramai kawan,aku merasa bahagia tapi hanya sedikit yang menjadi sahabatku..
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tak hilang dalam suka dan duka..
Jika aku dapat, aku akan setia padanya seperti mana dia setia padaku..
Sahabat tak sama dengan kawan, jauh sekali dengan kenalan..
Kawanku ada yang mementingkan diri sendiri, mencemuhku dan yang paling kukesali, tidak memberi aku peluang pun untuk membela diriku sendiri..
Aku terkilan sebenarnya, apa salahku..tapi aku tak pernah membenci kawan-kawanku,
kerana mereka ada kebaikan terhadapku..
Kawan, jika kalian berasa benci padaku tak mengapa..tidak menganggap aku sebagai kawan pun tak mengapa, tapi sekurang-kurangnya anggaplah aku sebagai seorang insan..
Siapa yg jadi sahabatku, hanya aku dan tuhan saja yg tahu..
Kerna aku lebih kenal siapa sahabat siapa kawan..
Kepada sahabatku, aku sangat menyayangi kalian..
Tika aku punya kekasih, sahabat masih bersama..
Tika aku hilang kekasih, sahabat tak hilang tika aku mencari untuk meluahkan..
Kalau sahabatku sakit dan sedih, aku juga bersedih..
Mungkin kita sudah tidak bersama lagi..sahabatku semuanya menempuh hidup baru..
Tapi kenangan antara kita semua tak akan luput diingatanku..biarpun kesibukan sentiasa disisi..
Aku doakan sahabatku semuanya bahagia dihati dijiwa sehingga hujung nafas kalian semua..

Nukilan hatiku,
-Nik Anisah NM-