Wednesday, May 6, 2009

Misteri ayam goreng Bey - 2005 story


(sekadar gambar hiasan dan renungan-gamba thn 2009)
bkan ayam goreng ini yg aku maksudkan..tp ayam goreng pasar mlm dungun nyer..


(gamba thn 2006..celebrate sbb dh abes blaja kat poli)
bey with aini..bey mkn ayam goreng tapi cap kfc la..
Satu hari time bulan puasa ke tak puasa ntah aku pun dh lupa…aku keluar dgn mira, norji, yuh..pergi pasar malam..tp bey n fizah kirim aje kat aku..sebab minggu sebelumnya set² aku kirim kat diaorg..jd mungkin bey n fizah berasa agak gentar utk pergi tiap² minggu kerana tak sanggup nak melihat senarai makanan yang bakal dikirim oleh kami..bey kata dia nak kirim ayam goreng jer..lega aku mendengarnya..hehe..kat pasar aku pun beli ayam tuh barang seketul dua..tp bila balik dr pasar tak sempat nak bagi kat dia..niat hati nak bg kat dia lepas kami makan..so lepas makan..aku pun carilah ayam goreng tuh nak gi kat bilik dia..puas aku cari bukan setakat kat bilik aku,bilik norji pun aku geledah..cari² sampai bawah katil pun x jumpa..last² aku wat keputusan utk bersemuka dgn bey secara berhemah..bey terima takdir ilahi di atas kehilangan ayamnya dengan penuh ketakwaan..dia ada tanya kemanakah hilangnya ayam goreng itu, aku tak dapat menjawabnya sehingga kini wahai bey..lantas aku memberi beberapa andaian sebab musabab kehilangan ayam itu spt berikut:
1. Ayam goreng itu hilang kerana berada di dalam perutku.
2. Ayam goreng itu hilang sebab aku tertinggal kat tempat org yg menjualnya.(andaian ini juga tak diterima 80% kerana kalau tak, mesti org yg jual dah panggil aku)
3. Ayam goreng itu hilang sebab tercicir dan tergolek²ketika aku naik bukit ke asrama (andaian ini ditolak kerana aku telah keluar berjalan dr asrama ke pondok pok guard utk mencari ayam itu tp tak ditemui)
4. Ayam goreng itu hilang kerana aku tertinggal kat pondok rehat kat pasar (andaian ini boleh diterima berikutan aku ada seketika berehat kat situ kerana terlalu penat berjalan keliling pasar dgn tangan penuh dgn plastic makanan..mungkin ayam itu tertinggal disitu diluar kesedaran aku dan pihak tidak bertanggungjawab memakannya..andaian ini berkemungkinan tepat kerana sudah terjadi kes seorg student pompuan memakan berger orang tanpa kebenaran dimana tuan punya berger masih ada lagi di tempat kejadian.)
5. Ayam goreng itu hilang kerana aku tak membelinya (andaian ini sungguh mengarut kerana resit pembelian masih ada… )
6. Ayam goreng itu hilang kerana tertinggal dalam van prebet (mungkin jugak..) sudah lah aku malas dah nak taip byk² walaupun dalam kepala aku masih ada 27 andaian lagi…

1 comment:

  1. hahhaah..aku rasa alasan 1 yang paling tepat kot nik...hihihihiih

    ReplyDelete